Khamis, Jun 06, 2013

RAYUAN KE 3 KEPADA YAB MB DATUK MUKHRIZ MAHATHIR : SAYA HANYA MEMERLUKAN 10 MINIT UNTUK MEMBENTANGKAN KES PTA


Alhamdulillah,  saya  dimaklumkan  melalui  pesanan ringkas, SMS,  oleh  pegawai  media    Menteri  Besar  Kedah   bahawa   YAB  Datuk   Mukhriz  Mahathir telah dimaklumkan mengenai  kes  perhambaan  kanak-kanak  dan  remaja  oleh  Pusat Tahfiz Amal, PTA,  Yan, KEDAH.

'Sudah  dirujuk  kepada  MB  dan pegawai' -  SMS  pegawai  media  MB

Saya  juga  dimaklumkan   pegawai  pejabat  MB  telah  diarah  menjalankan  siasatan  selepas  entri ini  disiarkan pada 31 Mei 2013.

"Izinkan  saya membentangkan  kes ini  kepada  Datuk Mukhriz  dalam tempoh 10 minit supaya beliau mengetahui betapa seriusnya kes perhambaan ini," pinta saya kepada wakil terbabit.  



Saya telah menulis mengenai kes perhambaan kanak-kanak dan remaja  PTA  berulangkali sejak  PAS  memegang tampuk pemerintahan negeri Kedah. Malangnya, tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa di negeri itu.

Kini,  saya  sekali  lagi  mencuba nasib  membangkitkan  isu sama  sejak Kedah jatuh kembali kepada  Barisan  Nasional,  BN. Semoga rayuan kali ke 3 saya ini,  terus didengari dan disusuli  dengan tindakan  segera.



Saya  percaya,  pemimpin  BN  tidak  akan membutakan hati dan  memekakkan telinga setelah  maklumat  disalurkan  kepada  mereka.

Siapakah  sebenarnya   dalang sebenar di sebalik kes perhambaan  menzalimi kanak-kanak dan  remaja ini?

Klik di sini.

Adakah  kerana  bekas  ketua  ajaran  sesat  itu  menggelarkan dirinya SAKTI, tiada siapa berani  bertindak?

10 ulasan:

  1. semalam sy pun ada terjumpa budak perempuan di stesen myk shell di Dungun, sedang mengutip derma ikhlas untuk pusat tahfiz amal dari kedah..kesian budak tu, dahla remaja perempuan, seorang diri dalam pukul hampir mencecah 10 malam..yang saya pelik, kalau betul derma ikhlas kenapa setiap resit hanya ditulis rm10.jika derma kurang dari rm10,maknanya tiada resit dikeluarkan.sy masih simpan resit tu, nak snap dan share di facebook.

    BalasPadam
  2. Shopping complex putrajaya, Alamanda pon PTA ni masuk nak minta derma ikhlas... Berani dah masuk kawasan macam ni...

    www.papablogger.my

    BalasPadam
  3. Dan resit ditulis resit jualan amal, sedangkan tak de barangan dibeli.kesian budak2 tu dipergunakan.

    BalasPadam
  4. Bayangkan dalam dunia sekarang yang macam2 jadi anak2 ni terutama perempuan berkeliaran hingga lewat malam minta derma. Belum terjadi sesuatu yg lebih buruk eloklah ambil tindakan. Jgn esok ada yg kena rogol, kena culik baru ibu bapa yg anak2 depa sekolah kat situ nak berlari gi tengok anak2 masing2, barulah pihak berwajib nak terkejut dari tidur.

    BalasPadam
  5. SMTI-pelik betul, apasal kebanyakkan pemandu myvi, alza dan exora masuk simpang tanpa menyalakan lampu isyarat membelok, keluar simpang secara melulu, mana korang beli lesen memandu eh?

    BalasPadam
  6. Kepada rakyat Malaysia,

    hentikan menyalahkan orang lain. hentikan menyalahkan parti tertentu. saudara mazidul dah berusaha. apa usaha kita? jgn hanya komen di sini dan mengharapkan pemimpin yang buat kerja. kita sendiri perlu buat kerja. kena ada usaha. contohnya buat laporan polis beramai2. banyak lagi usaha kita boleh buat. isu ni bukan hanya di Kedah, tapi diseluruh Malaysia.

    BalasPadam
  7. Yang Mulia Raja Azhar Ibni Raja Wahab fuhhhhh hebat!!
    Berasal dari Kulim Kedah
    Sekolah sampai Tingkatan 3 - sijil SRP je..
    Dulu kerja Driver dgn Bank Simpanan Nasional - BSN
    Nahh sekarang kaya raya..
    Bijak & cekap merebut peluang atas kelemahan org lain
    Agak agak la kan Azhar Bin Wahab ni Tahfiz Al-Quran jugak ke takk?? Tah2 macam Ayah Pin-buta huruf@ buta KAYU. Kenal $$$$$
    Andaikata anak2 tu semua anak yatim, dari mana dia dapat anak2 tu semua?
    Siapa yang supply?
    Berapa harga di bayar untuk 1 orang?
    Diharap pihak berwajib dapat siasat dengan segera..
    Tangkap & dakwa di mahkamah..
    Lepas tu kita ramai2 pakat robohkan @ bakar jer tempat tu


    BalasPadam
  8. semoga Allah laknakti org mcm ni.
    kenapa tiada tindakan sedangkan sudah difatwa sesat?
    kenapa ada ibubapa masih antar anak ke situ?
    kenapa aak2 inix report pd keluarga masing2?

    kena pukaukah?

    BalasPadam
  9. budak2 ni ramai kat nilai, pernah sekali saya dan family makan dekat satu restoran steamboat, dekat giant nilai, budak2 ni masuk mintak derma. ya Allah tuhan jelah tahu perasaan masa tu, rasa nak suap makanan depan depa pun xsampai hati..

    Semoga kes ni berjumpa penyelesaiannya.. soon..

    BalasPadam
  10. Saya baru lepas jumpe budak ni smlm. Bdk prempuan. Tghari lepas balik dr tesco nilai,saya isi minyak di shell nilai. Ade sorg budak pmpuan ni dtg. Saya agak die ni msti dari pusat tahfiz amal yan kedah tu. Sbb da byk kali saya jmpe diorg di shell yg sama. Saya ckp la kat budak tu,eh ni tipu ni,awak tau x pusat tahfiz ni tipu,skrg dah masuk berita dlm tv,internet sume,.pastu budak tu lg mcm nak marah,dia ckp,pusat tahfiz,apa nak tipu pulak.. Grrr geramnya saya. Tapi pada hari yg sama saya dinner dgn kawan2,lalu shell tersebit,saya lihat budak yg sama ada lagi,pkai yg sama. Time tu pkul 12 malam..sdih pulak saya rasa. Sbg rakyat mlysia kita kne jd warga prihatin. Tapi tula,sy pn xtau sape yg nk dihubungi berkenaan benda ni...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.