Sabtu, Jun 22, 2013

TERKINI 2 PADANG MERBOK



Menurut laporan Utusan Online, topeng muka dijual dua RM1.


Sumber : Utusan Malaysia


Padang Merbok, Kuala Lumpur  berjerebu namun penyokong perhimpunan anjuran Anwar Ibrahim  dilaporkan sedang berarak menuju ke lokasi itu.


Berikut gambar Padang Merbok dirakamkan dari lokasi tinggi.


Antara  jalan ditutup, Jalan Kinabalu, Jalan TAR, di kawasan Masjid Negara, Dataran Merdeka, Jalan Parlimen dan Dayabumi.

Peserta  perhimpunan  dilaporkan ramai berkumpul di tepi jalan.

Kita semua berharap tidak tercetus kejadian huru-hara di ibu kota, klik di sini. DBKL tidak membenarkan Padang Merbok dijadikan lokasi perhimpunan. 

Jika penyokong Anwar masih berhimpun di padang terbabit, ertinya mereka mendakwa berhimpun secara aman di tempat tidak sah.


1 ulasan:

  1. Perhimpunan haram anjuran parti pembangkang tajaan Anwar Ibrahim di Padang Merbuk semalam ternyata gagal untuk menarik 500,000 orang yang disasarkan. Dilaporkan hanya lebih kurang 20,000 yang datang memberikan sokongan. Anwar mengatakan masalah jerebu menjadi alasan. Dah tak berjaya maka carilah sesuatu alasan untuk cover !

    Apa yang ditakutkan, jika mati sekalipun, bukankah MATI SYAHID seperti fatwa Husam Musa ! Nasib Husam juga kalau mati semasa demostrasi haram itu, mungkin keluarganya tak akan dakwa-dakwi. Itu cakap sekarang, tapi kalau benar-benar ada nyawa melayang, merekalah yang menuduh kerajaan zalim dan tidak bertamadun serta sanggup membunuh rakyat !

    Secara kebetulan atau memang dirancang ianya bertepatan dengan bantahan rakyat Turki terhadap parti pemerintahan pimpinan Erdogan. Namun senarionnya adalah berbeza. Erdogan yang menjadi idola kepada Anwar Ibrahim berada di pihak pemerintah yang menggunakan apa jua kekuatan polis untuk menangani rusukan tersebut. Tetapi di Malaysia, Anwar di pihak pembangkang yang mengadakan perhimpunan tidakpun diusik oleh polis, tetapi para penunjuk perasaan pula diajar bagaimana untuk memprovokasi polis agar polis mengambil tindakan. Namun kerajaan dan polis lebih bijak dalam menangani taktik licik mereka.

    Sebagai perbandingan, ikutilah kupasan saya dalam, “Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniyyah kini bergolak”.

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/turki-erdogan-legasi-bumi-uthmaniyyah.html

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.