Khamis, Jun 27, 2013

JOM KE VIETNAM BERSAMA MAZIDUL (2 HARI LAGI UNTUK MENYERTAI SAYA)

Alhamdulillah, melalui perbincangan bersama pengusaha Travel Agency, perancangan saya bakal dizahirkan.  Saya ingin mengajak mereka berminat untuk terbang ke Vietnam.



Saya namakan pakej ini,  VBM (Vietnam Bersama Mazidul)

Tarikh : 14-17 September 2013.

Pakej 4 hari 3 malam  memberikan peluang kepada semua peserta untuk :  

1. Melawat Cu Chi Tunnel
2. Melawat  Sungai Mekong 
3. Melawat Centre Post Office
4. Melawat  City Hall,
5. Berkunjung ke Hard Rock Cafe
6. Menziarahi  Ar-Rahim Mosque.

Peserta rombongan juga bakal berpeluang membeli pelbagai jenis  barangan di  China Town, Russian Market,  Saigon Square Center, Vi Anh Shop, Tax Center, An Dong Plaza,  Hong Anh, Mai Shop dan Ben Thanh Market.

Baju kurung, baju Melayu, tudung,  kain ela, beg,  SEMUA murah! Bandung, Indonesia kini tewas  jika dibandingkan dengan Ho Chi Minh dari aspek syurga membeli-belah.

Saya  akan bersama peserta di sepanjang tempoh 4 hari itu, In Sha Allah.

Harga pakej  HANYA RM1500 seorang JIKA pembayaran deposit RM1000  dibuat  SEBELUM 5 Julai 2013  dan kita bertolak di dalam  kumpulan di antara 25-30 orang.

Sila depositkan RM1000  ke akaun  Maybank Mazidulakmal Sidik 114106004713.

Harga terbabit termasuk kos :

1. Penerbangan pergi  balik,  KLIA-Ho Chi Minh (Saigon) menggunakan pesawat MAS.
2. Hotel  Hoang Lai Long Hotel  (Twin/Double/Triple)
3. Makan, 3 kali sehari (Halal).
4. Pengangkutan (kenderaan berhawa dingin  di Ho Chi Minh)

Jika  mempunyai pertanyaan,  sila Whatsapp saya di 019 244 5354.



Setakat ini saya  telah mempunyai 11 peserta,  masih ada  14  lagi  tempat kosong. Hanya mereka telah  membayar deposit akan diberikan keutamaan untuk terbang  bersama saya ke Vietnam. 

Selain deposit, emelkan ke mazidulakmal@yahoo.com  nama penuh, nombor telefon bimbit, alamat, nombor paspot dan tarikh luput.

* Kanak-kanak memerlukan  katil, kos 80%, tanpa katil, 50%, BAYI, percuma.

Jom cepat!

* Terima kasih kepada semua peserta telah menjelaskan bayaran deposit.


3 ulasan:

  1. kalau tak pergi tapi kirim barang jer...boleh tak en mazidul?...ongkos flightnya x lepas dong, ongkos brg bisa..

    BalasPadam
  2. alahai salah time lah pulak, time budget kurang, maklumlah lepas raya.... kalau time cuti bulan 11/12 tu mungkin lah dapat ikut sekali.. tambahan pulak saya sendiri teringin nak bertemu dengan abg mazidul dan berbual dengan abg mazidul pasal kisah yg dikemukakan dlm blog abg mazidul sendiri. sebab saya sendiri pun bersepandangan macam abg mazidul jugak, jenuh complain direct fb dan emel MBPJ malangnya sampai sekarang macam tunggu kucing bertanduk.. mungkin lain masa kot peluang saya. :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.