Sewaktu membeli beberapa barangan di AEON BIG Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, saya mendapati beberapa barang tidak dilabel dengan harga salah. Sebelum diambil alih, AEON dikenali sebagai Carefour. Lebih dua tahun beroperasi bak hidup segan mati tidak mahu, kerana kekurangan pelanggan, akhirnya kini pasaraya itu dikendalikan oleh syarikat Jepun.
Selepas selesai membeli barang, saya bergerak ke kaunter perkhidmatan pelanggan AEON dan memaklumkan 2 pekerja wanita di situ, keinginan saya bertemu pengurus bertugas.
Kurang 5 minit, pengurus muda bertugas datang menemui saya di pintu masuk utama. Dia sudi mendengar komen saya.
"Pertama, mohon tolong latih kakitangan di kaunter perkhidmatan pelanggan supaya menyapa pelanggan, bagi salam ke, selamat sejahtera ke atau good afternoon ke. Bila wajah tidak senyum, sebagai pelanggan, saya rasa seperti bersalah untuk meminta mereka memaklumakan saya ingin berjumpa dengan encik. Ketiga, saya dapati sebilagan barang dan harga tidak sama. Sedikit sebanyak, menyusahkan pelanggan," ujar saya.
"Kami memang sedang melakukan penyusunan semula barang setiap hari," jelasnya.
Penjelasan itu saya terima dan tiba-tiba saya terlihat pengawal keselamatan warga asing berdiri di pintu masuk.
"Pengawal keselamatan itu orang mana?," soal saya kepada pengurus beradap itu.
"Saya kurang pasti," balasnya.
Jawaban itu juga boleh diterima kerana dia bukan pengurus keselamatan.
Lalu saya mendekati pengawal terbabit.
"Where are you from?," tanya saya.
"Punjab, INDIA," katanya.
Menggunakan bahasa Inggeris mudah, dia memaklumkan, namanya Bawinder Singh, berusia 23 tahun. Dia tidak memahami bahasa Melayu apatah lagi berturur menggunakan bahasa kebangsaan.
"Hanya warganegara Malaysia dan warga Nepal SAHAJA layak menjadi pengawal keselamatan di Malaysia. Dia berasal dari India dan tidak dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan di sini. Maksudnya, dia bertugas secara haram (di AEON BIG) ," kata saya kepada pengurus.
Menggunakan walkie-talkie, dia memanggil kakitangan bertanggungjawab berhubung kawalan keselamatan. Beberapa minit kemudian muncul lelaki India bertubuh tegap datang menghampiri pengurus terbabit.
"Kenapa?," soalnya.
Mereka berdua berbual tetapi tidak saya dengari isi perbincangan ringkas itu. Setelah menoleh ke arah saya, lelaki terbabit beredar.
Saya kemudian menghubungi Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Imigresen Malaysia menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan kepastian.
"Bolehkah warga Punjab bekerja sebagai pengawal keselamatan? Mungkin ada perubahan peraturan tetapi sebab sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri, KDN kata tidak boleh," tanya saya.
"Tidak boleh," balasnya ringkas.
Beliau bercuti di kampung dan sedang membeli barang untuk kenduri menyambut bulan puasa menjelang tiba.
"Mengikut pekeliling dikeluarkan oleh KDN, warga Indonesia berstatus penduduk tetap juga tidak layak bertugas sebagai pengawal keselamatan. Itu undang-undang termaktub. Mengapakah dia tidak boleh bekerja di sini? Jika berlaku kejadian jenayah tanpa diduga di AEON BIG, sebagai pengawal keselamatan dia pasti akan melarikan diri sewaktu polis datang untuk mengambil keterangan atau melakukan siasatan kerana saya syaki dia menyalahgunakan permit kerja," kata saya.
Saya memohon ingin berjumpa Pengurus Stor AEON BIG, Zulkifli Kamarudin.
"Dia bersama pelanggan sekarang, sibuk," terang pengurus bertugas.
Lebih molek andai pengurus itu berkata ...
"Jom ke pejabat kami, encik duduk dahulu dan selepas selesai berurusan dengan pelanggan terkini , encik Zulkifli akan bertemu dengan encik"
Lebih molek andai pengurus itu berkata ...
"Jom ke pejabat kami, encik duduk dahulu dan selepas selesai berurusan dengan pelanggan terkini , encik Zulkifli akan bertemu dengan encik"
Biarpun tidak berpeluang bertemu Zulkifli, mungkin selepas entri ini dicetak, beliau akan tahu sebab musabab mengapa saya ingin bertemu beliau barang seketika.
Menggajikan pengawal keselamatan tidak sah, HARAM, satu kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63. Hairan, syarikat BIG tetapi bertindak SMALL kerana memandang enteng hal berhubung keselamatan. Saya telah menampalkan entri ini di Facebook Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.
Menggajikan pengawal keselamatan tidak sah, HARAM, satu kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63. Hairan, syarikat BIG tetapi bertindak SMALL kerana memandang enteng hal berhubung keselamatan. Saya telah menampalkan entri ini di Facebook Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.
Saya kemudian beredar namun pengawal terbabit masih setia berdiri di lokasi sama. Apapun, sebagai pengawal keselamatan haram, dia tidak berhak untuk menahan atau memeriksa setiap pelanggan masuk ke AEON.
Sebagai pelanggan tetap, saya menuntut AEON menggunakan perkhidmatan pengawal keselamatan sah bagi menjamin keselamatan semua pelanggan.
Tahniah Mazidul, atas tanggungjawab anda sebagai rakyat yang prihatin.
BalasPadamBagaimana dgn pengawal keselamatan di kawasan2 perumahan? Sama juga ke?
BalasPadamMohd Radzib, kita semua mempunyai tanggungjawab sosial. Tidak salah jika awak bertanya mengenai status mereka, jika berasa curiga.
BalasPadamkenapa warga NEPAL je boleh jadi pengawal?
PadamSaya amat setuju dengan saudara Mazidul Akmal Sidik, kita semua sebagai Rakyat M'sia mempunyai tanggungjawab sosial pada Negara..!! Saya baru sahaja membuat laporan pada pengurusan Condominium PV 16 Setapak...yang menghadapi masalah sama..Hanpir kesemua security di sini adalah warga India & Sri langka yang banyak menimbulkan masalah...harap pihak berkuasa ambil tindakkan.!!
Padamkt pam minyak pon kebnyakaan org asing yg bekerja...sy pon xtaw dorg asl dr mne...yg pasti sume org asing...
BalasPadamsyabas tuan, kalau ramaiyg perihatin mcm u kan aman sikit..
BalasPadamtahniah saudara mazidul.
BalasPadamtahniah!jika encik Mazidul tidak keberatan saya boleh salurkan maklumat pengawal keselamatan warga asing yang bertugas di pasaraya besar seperti Giant,Tesco dan sebagainya untuk tindakan.
BalasPadamapa yang saya perasan kebanyakan pasaraya kecil tidak atau jarang nampak menggajikan warga asing sebagai pengawal keselamatan.yang terlibat hanya lebih pada pasaraya2 besar.
BalasPadamen mazidul,boleh tak senaraikan kerja apa yg pekerja asing boleh buat dan yg tidak boleh buat kerana ramai pekerja asing kerja dm mcm2 bidang.jika majikan salah guna bgaimana kita sbg rakyat biasa boleh buat tindakan.
BalasPadamsatu dari banyak contoh tentang apa yg sedang berlaku di Malaysia ... bahkan bukan sekadar di Aeon Big, malah mungkin juga berlaku di pasaraya lain termasuk TESCO, Giant, Billion, Mydin .... dan juga industri lain seperti perkilangan, perkhidmatan dan lain-lain. moga pemantauan lebih menyeluruh dilakukan oleh pihak berwajib. teruskan usaha tuan .........
BalasPadamPppkm yang patut di salahkan..napa mereka mengaji pekerja asing yg tak layak menjadi security..
BalasPadamTahniah Encik Mazidul. Sesiapa yang ada masalah yang sama apa mata kalau anda semua cuba buat macam
BalasPadamEncik Mazidul buat. Setakat asyik mengadu sahaja tiada gunanya
Kebanyakkan syarikat keselamatan mengunakan perkerja asing sebagai pengawal keselamatan yg sepatutnya dia ambil tindakan juga..bagi mereka pengawal ni hanya pak pacak sahaja jadi mereka tak kesah tentang keselamatan pelanggan kalau ada sesuatu kejadian berlaku...
BalasPadammohon pencerahan.kenapa nepal boleh jadi pengawal keselamatan?
BalasPadamkalau di banteras kes ni mahu kdn or penguatkuasa imigresen pening kepala nak banteras ke (pati) ni sebab selain kawasan pasar raya.supermarket ada banyak lagi sebagai contoh. kilang.perumahan elite.gudang.hotel2 mewah.3.4.5 bintang banyak di salah guna pakai permit kerja.6tahun lepas sya mengikuti operasi rela di kawasan selangor n kuala lumpur banyak warga pati salah guna permit kerja.start thun 2007 operasi di hentikan sebab perbelanjaan besar sampai lah sekarang itu kurang buat operasi bersama rela. sya rasa encik mazidul dan kru 999 pun ada ikut operasi dekat telok panglima garang. (kalau nak tahu sebab apa warga india.pakistan n bangladesh jadi security sebab diaorang ikut arahan dari pengurusan syarikat keselamatan boleh berdiri 12jam or 14 jam sehari. ini semua pihak ppkkm tak tangani dengan serius tak buat pemantauan berkala maka jadilah macam ni bila pahak persatuan or kdn tak buat pemantauan. macam warga nepal bukan 100% gurkha army (askar gurkha) semua orang awam (public poeple) ada 2.3 org je itu pun polis lari).
BalasPadamJika ada alasan mengatakan "sukar mencari warga tempatan yang berminat atau berkelayakan menjadi pengawal keselamatan", saya anggap itu alasan pembohong semata-mata. Kontraktor kawalan keselamatan yang menjalankan perkhidmatan di premis-premis jabatan kerajaan diwajibkan mematuhi syarat 100% warga tempatan, mampu pula mereka patuhi syarat tersebut.
BalasPadamBanyaklah pengawal keselamatan sekarang yg bukan warganegara Malaysia/Nepal.
BalasPadamPaling teruk, basic English dan basic Bahasa Malaysia pun tak reti.
Bila ditanya
"Mana nak keluar atau EXIT atau Taxi Stand mana?" dia jawab "Ask office"
"Do you know what is this place?", dia jawab "No. I new"
- SS2Mall, PJ. Hasil perbualan 3 security guard & di kaunter info. tak ada orang selama 30mins.
Di walkway KLCC ke Pavillion, pun ada 2 warga asing security guard.
Dah berminggu-minggu nampak dia orang, selalu "clueless" aje. BM & BI pun tak boleh pakai. Ramai orang sesat bila tanya dia orang, simply aje dia tunjuk.
Saya pernah tolong tunjuk jln & cuba ajar mereka.
Pernah juga tolong foreign visitors yg jadi lagi confused dengar cakap diorang. Ada ke, security guard tu suruh visitor tu naik Taxi terus ke KL Sentral sedangkan dia nak pergi LRT yg terletak 5-10mins saje kalau jln kaki. Masa tu Taxi stand tu gelap dah 11pm.
Paling terkejut sebulan kemudian, bila bertembung lagi dgn security guard
.. diorang tak tahu lagi mana itu LRT, KLCC dan Bukit Bintang.