Jumaat, Jun 07, 2013

TERKINI DARI LOKASI JAMBATAN RUNTUH



Saya berada di lokasi dan pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mangsa pertama akibat penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh awal malam semalam.

Akhbar The Star contohnya memaparkan berita dipercayai 4 terkorban dalam tragedi ini namun  setakat ini polis tidak mengesahkan statistik itu.

Ketika ini mangsa menaiki kereta Kelisa dipercayai lelaki Melayu sedang cuba dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

"Ada petanda mangsa masih hidup?," soal wartawan.

Timbalan  Ketua Polis Pulau Pinang,  Datuk Abdul  Rahim Jaafar menggelengkan kepala.

"Ada tiga lagi mangsa?," celah wartawan.

"Itu  kena tanya mereka (mengeluarkan dakwaan)," balas Rahim.

Setakat jam 4.34 petang, mayat belum lagi berjaya dikeluarkan.

Langsung  dari lokasi kejadian, Mazidul Akmal Sidik melaporkan.

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.