Saya berada di Pulau Pinang di antara 3 dan 8 Jun lalu. Sahabat di Pulau Mutiara membawa saya menjamu selera di beberapa restoran mamak terkenal.
Lokasi restoran? Di Georgetown dan Seberang Prai.
Memang saya akui, makanan dihidangkan contohnya di gerai menjual nasi kandar dan nasi dalcha , saya kunjungi malam tadi di Butterworth, sangat sedap.
Namun sikap dan penampilan pekerja di restoran dan gerai saya kunjungi, amat mengecewakan. Mereka mempamerkan wajah cengil, sukar senyum dan berkomunikasi dengan nada serius.
Ingin dijelaskan, pelanggan bukan banduan harus dilayan seperti itu.
Ingin dijelaskan, pelanggan bukan banduan harus dilayan seperti itu.
"Memang perangai mereka begitu," bisik sahabat saya.
Barangkali berikutan tanggapan sebegitu membuatkan ramai pelanggan hanya sekadar menjeling jelek tatkal kebersihan di premis diabaikan. Tidak ramai pelanggan berani bangun dan menegur.
Sebilangan pekerja restoran mamak, warga India, bukan Malaysia. Justeru mereka tidak memahami budaya layanan mesra masyarakat tempatan dan dikekang oleh masalah bahasa.
Sebilangan pekerja restoran mamak, warga India, bukan Malaysia. Justeru mereka tidak memahami budaya layanan mesra masyarakat tempatan dan dikekang oleh masalah bahasa.
Saya pernah membuat teguran terhadap pengusaha restoran di Pulau Pinang pada bulan April 2 tahun lalu, sila klik di sini.
Bagaimanapun keadaan amat jauh berbeza di restoran Nasi Kandar Pelita di Taman Chai Leng, Prai.
"Setiap hari, kami mempunyai satu pasukan khas untuk memeriksa kebersihan diri pekerja. Contohnya, kuku tangan mereka dipastikan pendek, rambut disisir rapi," ujar Datuk Shamsuri Ahmad.
Datuk Shamsuri, Pengerusi Eksekutif Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd pemilik rangkaian restoran Nasi kandar Pelita di seluruh negara.
"Nasi Kandar Pelita amat komited memantau dan melaksanakan 4 aspek utama, rasa makanan, kebersihan, servis dan status halal makanan. Kami memastikan rasa makanan sentiasa konsisten, kebersihan dijaga rapi, mutu layanan terhadap pelanggan sentiasa dipantau dan sumber makanan, cara simpanan serta kaedah penyediaan, halal. Semua 24 cawangan Pelita telah mendapat sijil halal dikeluarkan oleh Jabatan kemajuan Islam Malaysia, JAKIM pada Mac 2012," kata Shamsuri lagi.
Shamsuri masih berceramah di banyak masjid di Pulau Pinang dan beliau bekas ahli panel program agama di televisyen.
Datuk Shamsuri, Pengerusi Eksekutif Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd pemilik rangkaian restoran Nasi kandar Pelita di seluruh negara.
Turut bersama saya sewaktu Shamsuri ditemui, pengarah Pelita Samudra, Datuk K. K. Sihabutheen.
Shamsuri masih berceramah di banyak masjid di Pulau Pinang dan beliau bekas ahli panel program agama di televisyen.
Smti
BalasPadamvaaaddaaaa
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSenarai produk dan perniagaan muslim dilaman web www.produkmuslim.info
Ekonomi teguh ummah kuat sokongan anda amat dihargai
Terima kasih, kerana siarkan.
terperanjat aku, baru aku tahu yang ustaz kesayangan aku nie pengerusi pelita, aduhai macam mana nie ustaz hoiii
BalasPadamSMTI
BalasPadamPemilik Bangsa India baik tak payah makan. Makan kedai melayu lagi bagus. Dah dikatakan nak sangat tolong bangsa sendiri. Inilah punca orang melayu suka sangat pergi kedai mamak tidak tahu halal atau tidak.
BalasPadam