Jumaat, Jun 28, 2013

PUSAT TAHFIZ MEMPERHAMBAKAN KANAK-KANAK DAN REMAJA DIARAHKAN TUTUP (ORANG RAMAI SILA PANTAU)


"Kes Pusat Tahfiz Amal (PTA) keluar dalam Buletin Utama," ujar kenalan malam tadi.

Tatkala itu, saya sedang menulis di meja rumah.

Semalam, Nazir  Sekolah-Sekolah Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Kedah, JAIK, Ismail Zakaria  bersama 5  kakitangan dilapor melakukan lawatan mengejut ke PTA di Yan, kedah DAN mengarahkan PTA ditutup.


Menurut  Ismail,  operasi PTA  didapati menggunakan pelajar membuat  kononnya 'jualan amal' di seluruh negara.  Walhal mereka menjual barangan dikeluarkan oleh SM Amin, klik di sini.  Menurut laporan akhbar Harian Metro,  premis sama  telah diberikan notis penutupan sebanyak dua kali.

Hakikatnya, arahan itu  secara terang-terangan  TIDAK dipatuhi dan PTA terus beroperasi.

Alhamdulillah, setelah sekian lama isu ini saya dan ramai pengendali blog  bangkitkan, akhirnya  tindakan  bakal diambil. Bersama kita pantau, samada JAIK akan mengkotakan apa dikata atau  pihak berkuasa itu akan  terus diperlekehkan oleh  pihak pengurusan PTA.

Wakil PTA, Sham Tasu, dilaporkan mendakwa sejak beroperasi, pelajar PTA dilatih untuk berniaga.

Klik di sini.

Barangkali PTA 'melatih' pelajar mereka berniaga dengan cara kanak-kanak dan remaja berusia di antara 10 dan 15 tahun  dibiarkan  berdiri   berterusan  kira-kira 8 jam sehari tanpa diberikan makanan.   Kehadiran mereka di lokasi menjadi tumpuan ramai,  juga  tidak dipantau oleh kakitangan  PTA.

Klik di sini dan juga di sini  untuk melihat contoh jelas kes.

Jika Shan mempunyai anak remaja, sanggupkah dia membiarkan zuriatnya diperhambakan sebegitu rupa? Dieksploitasi secara zalim, tanpa hati perut. Kambing pasti akan menggelengkan kepala jika haiwan itu memahami bahasa manusia jika diajukan soalan sama.


Empat  hari lalu,  informasi di atas dikongsikan bersama saya  oleh rakan  di Facebook.


Saya difahamkan,  lawatan mengejut JAIK itu  diarahkan oleh Setiausaha Politik  Menteri Besar, MB  Kedah, Datuk Azimi Daim.

Berikutan itu,  saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada beliau dan juga  MB,  Datuk Mukhriz Mahathir  kerana bersifat prihatin. Biarpun saya tidak dihubungi oleh kakitangan pejabat MB berhubung tindakan dilaksanakan, saya tetap bersyukur kerana  hati pemimpin Barisan Nasioanal  itu  terbuka untuk membanteras kes perhambaan kanak-kanak dan  remaja terbesar  di Malaysia,  berlangsung lebih 10 tahun itu.

Jika PTA ditutup, baca di sini,  ertinya  semua  kegiatan pelajar dieksploitasi menjual  barangan di stesyen minyak, berhampiran institusi perbankan dan premis menjual makanan dijangka berupaya dinoktahkan  secara total.

Pembaca blog ini akan menjadi pemantau aktif.

Andai anda terlihat   kelibat kanak-kanak dan remaja memegang resit seperti di bawah, sila laporkan di sini.


Kepada penguat kuasa Jabatan Kesihatan Malaysia, sila lakukan pemeriksaan di premis memasarkan produk berbentuk UBAT  tanpa kelulusan kementerian.

Buktinya di sini.



Klik di sini.


19 ulasan:

  1. alhamdulillah.. semoga ianya betul2 ditutup..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... syukur kerana akhirnya mendapat perhatian daripada pihak berwajib. Tapi, saya sangat tidak boleh menerima alasan Shan Tasu itu!

    BalasPadam
  3. Tahniah.. cuma pelik dan kesal kenapa JAIK lambat bertindak. perlu campurtangan menteri besar baru nk buat tindakan.. sedih sgt. semoga anak2 ini terbela nasib mereka..

    BalasPadam
  4. kawan2 semua, buku resit pusat amal terkini sudah ada yang berubah wajah. saya menemui mereka di hentian rehat serdang lebuhraya plus arah selatan (keluar dari surau je budak2 ni mula 'menjual'). buku resit sudah ada yg berwarna warni dan bersaiz berbeza. berhati2 dengan teknik2 sebegini. apapon, teruskan melapor sebarang penindasan.

    BalasPadam
  5. Ada sebuah sekolah menengah agama (swasta)tempat anak saya menuntut (di perak), lain pula ceritanya.Yang buat kerja amal jualan herba dan majalah utk menampung kos pentadbiran sekolah ialah ustaz dan ustazah di situ.Kasihan mereka setelah penat lelah mengajar terpaksa buat jualan.Mereka bukan calang calang ustaz/ustazah.Ada yang berkelulusan Azhar Mesir.Allahu Akhbar!!!

    Kini Alhamdulillah....setelah sekolah itu terima bantuan kerajaan bawah SABK.Semuanya (Guru/Murid) terbela akhirnya.

    BalasPadam
  6. tidak salah membentuk budaya berniaga di kalangan kanak2...tp ada msanya. paling penting jgn mengabaikan pelajaran, makan minum mrk.
    kadang kala pusat tahfiz perlu usahakan sesuatu utk dana pusat tahfiz krn sumenya swasta/ihsan org ramai.......dan tiada peruntukan langsung dr KERAJAAN.

    Panggil penyanyi korea bayar juta2 tak pe pula...Kdg kala marah juga dgn parti pemerintah yg diberi amanah bernama BARISAN NASIONAL ni...bkn benci ok...

    BalasPadam
  7. patut la ptg td x nampak dah, last skali nampak bebudak tu petang khamis depan maybank simpang kuala....

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum abg mazidul.boleh tolong bongkarkan sekali kedai judi komputer yg banyak dan x boleh ditutup langsung skrg ni. Polis dan pihak berkuasa tempatan pejam mata je ke?

    BalasPadam
  9. dlm paper hr ni kata modus operandi dh bertukar... kali ini ada guru pengiring skali dgn budak2 ni g jual2

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..5.30 petang di medan selera seksyen 2 Shah Alam..budak perempuan minta derma sambil memegang resit Pusat Tahfiz Amal tapi x de produk utk jualan..bila ditanya 'sekolah ni dah kene tutup kan?'...dengan slumber dudak perempuan tu cakap 'belum ditutup lagi...' sambil berlalu hilang entah kemana..tiba2 7.00 petang terserempak budak yang sama berjalan dari arah Plaza Alam Sentral...gigih sungguh budak tu berjalan kaki..bila didekati terus hilangkan diri sekali lagi...

    BalasPadam
  11. br td lunch kat restoran temerloh di seksyen 15 shah alam. didatangi pelajar perempuan dr PTA.. bila ditanya mana guru, hanya tersenyum dan terus beredar ke meja lain. sy lihat ramai yg x layan dh kalau yg layan pun hanya beri sedikit duit kpd pelajar terbabit. ingat bila disuruh tutup dh xde.. masih ada lg rupanyer. pihak berkuasa, cptlah hentikan perhambaan kanak2 ni... depa ni kurang skit je dr sindikit pengemis yg culik budak, cacatkan budak, utk dijadikan pengemis

    BalasPadam
  12. Baru je nampak petang semalam dekat Petronas Taman Melati. Tutup dekat Kedah bukak tempat lain. Takde maknanya.

    BalasPadam
  13. kat tganu biase tengok diorang ni duk tunggu dpan pintu bank atau kat stesen minyak. pengusaha PTA dan smua yg bagi kejesama kat pusat tahfiz tu patut ditangkap dan dipenjarakan.

    BalasPadam
  14. Salam. Saya baru sahaja bertemu dgn 2 org budak perempuan, umur 11 tahun dgn resit PTA ni di hdpn Maybank Seksyen 8 Bdr Baru Bangi. Setelah memujuk beberapa lama utk saya bawa pulang, sbb kasihank kan mrk, mrk minta saya hubungi cikgu diorang dulu. Bila saya hubungi, beliau tak izinkan. Mrk masih di situ, dlm pukul 11 malam baru mrk akan diambil. Tolonglah selamatkan budak2 ni....

    BalasPadam
  15. Pusat tahfiz yg berdaftar ada peruntukn dr kerajaan negeri..yg bertopengkan pusat tahfiz yg takde peruntukan..buat apa pun kena ada peraturan..bukan main ikut kepala sendiri je buat lepas tu jadi apa2 salahkn kerajaan...mentaliti kena ubah..niat tak menghalalkan cara..sbg ibubapa yg bertanggungjawab pulak jgn asal dgr pusat tahfiz je main hantar..PTA ni sah2 tak mendidik pelajar jd hafiz pun..hafiz apenyee surah lazim pun xreti baca? Think about it...

    BalasPadam
  16. salam tuan mazidul,

    minggu lepas masih berlangsung kegiatan ini di alor setar. lokasi penuh: stesen minyak petronas berdekatan giant.

    BalasPadam
  17. Hari ini saya jmpe bdk2 ni berkeliaran di sekitar rnr seremban menghala ke selatan..smbil jual produk diats..

    BalasPadam
  18. masih ada dan aktif di area restoran osman masai waktu malam, dan kawasan sekitar yang lain..bila saya kata takpe, dah ada tak pakai lagi. pakcik jangan fikir macam tu..ni untuk anak yatim.. apalah pakcik ni.. rezki allah yang beri..* pandai menjawab.... tapi cara mereka meminta seolah mendesak dan buat kita rasa serba salah..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.