Rabu, Jun 12, 2013

KESELAMATAN PENIAGA DAN PENGUNJUNG UPTOWN D' KOTA TIADA KOMPROMI - MRT CORPORATION

Terima kasih  kepada MRT Corporation  kerana  sudi  membalas emel  saya dan menghantar penjelasan  selaku  pencerahan kepada klik,  persoalan dibangkitkan.


Saya  amat  tertarik dengan perenggan  ketiga  berhubung  penjelasan  untuk  soalan  pertama di atas.

Sebahagian  daripada Blok A  BELUM   dirobohkan,  itu fakta. Namun,  seperti dilaporkan kepada saya,  aktiviti perniagaan  telah  dilangsungkan  di bawah  blok  terbabit  pada 7 Jun lalu.  Aktiviti itu  telah  disahkan  oleh  seorang  daripada  peniaga,  Zainuddin Hashim.

Berikut gambar  kanopi,  saya  rakamkan sebelum ini di bawah Blok A.



Terima kasih juga kepada MRT Corporation  kerana  memberikan  jawaban  kepada soalan   2 dan  3. 


Jawaban di atas  telah  saya  fahami  dan  In Sha Allah  bakal  saya  sampaikan kepada peniaga  di Kompleks  Muhibbah  pada  malam ini. 

Di bawah,  gambar  terkini  kedudukan  kanopi  dirakamkan pada jam 6  petang tadi. Tiada lagi kanopi  di bawah Blok A.


Adakah  premis  perniagaan di atas  telah dilesenkan  oleh  MBPJ?  Biarlah peniaga di Blok B  mencari jawabannya.  

Berikut  salinan  lengkap vpenjelasan dihantar  oleh MRT Corporation. Terima kasih kepada encik  Amir  Mahmood Razak di atas sikap prihatin.





1 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.