Ahad, Jun 09, 2013

MRT 'DILANGGAR' DI UPTOWN D'KOTA

"Pada  mulanya   syarikat  pengurusan  Uptown  D'Kota,  Ilmu  Panduan Hidup   telah  membuka ruang perniagaan  di blok A  pada  Jumaat  malam Sabtu  lalu.  Mereka  hanya  berpeluang  beroperasi   untuk satu  malam sahaja  kerana  mereka  berniaga di  kawasan larangan.  Saya  kemudian  menghubungi dan melaporkan  kegiatan itu kepada  pengurus  syarikat  membina  MRT,  Prasarana Negara Berhad, Prasarana,"   ujar peniaga,  juga penyokong kuat  PKR,  Zainuddin Hashim.

Di bawah,  gambar blok A  saya rakamkan petang tadi.  Masih kelihatan beberapa kanopi  dipacakkan  di bawah  blok terbabit,  kawasan larangan berniaga.  


Blok A di sebelah kanan.


"Apakah  respon  pengurus  itu?," soal saya, sekadar ingin tahu. 

" Beliau berkata,   kegiatan  itu  tidak  dibenarkan,"  balasnya.



Zainuddin,  63  tahun,  mula berniaga  barangan kulit  dan minyak wangi  di Uptown sejak 7 tahun  lalu.

"Sepatutnya  setelah  Prasarana  membayar  pampasan  lebih  RM10 juta  kepada  penyewa unit  di blok A,   blok  itu  harus  dikosongkan.  Kira-kira 10 hari lalu  saya juga  telah menghantar  surat  kepada Datuk Bandar Petaling Jaya,  salinan kepada Bahagian Perlesenan  Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ  dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selagor,  PKNS.  Saya bertanya,  mengapakah  penyewa  asal  tidak dibenarkan berniaga, tetapi   pihak pengurusan  membuka  laluan kepada orang luar? Sehingga hari ini tiada jawaban bertulis saya terima ,"  ujar   Zainuddin.

Tambahnya,  setiap  peniaga  terbabit   telah  membayar sewa  bulanan  RM300.  Terlintas  di hati saya  betapa  HEBATNYA  pihak pengurusaan,  Ilmu Panduan Hidup,  MRT  pun hendak  'dilanggar' begitu sahaja demi untuk mengaut  wang   ringgit.



"Sekarang  ini  kanopi   telah   didirikan  oleh  pihak  pengurusan di  bekas  tapak  gerai menjual   makanan.  Peniaga  sebelum ini   telah  menerima  pampasan,  termasuk   dalam RM10  juta itu.  Saya percaya,   peniaga  terbaru ini  akan  dipindahkan  ke lokasi kedua itu. jika MBPJ  membenarkan.  Desas-sedus mengatakan,  individu  ingin berniaga di  sepanjang bulan  Ramadhan   bakal  dikenakan  bayaran  RM2,000,"  tambah peniaga sama.


Barangkali tidak ramai  penduduk Kota Damansara khususnya  mengetahui fakta, Ilmu Panduan  Hidup  BUKAN pemilik sah  Kompleks Muhibbah  atau  Uptown  D' Kota.

Pengarah  Ilmu Panduan Hidup bernama  Khairulazman Abd  Rahman.

Pesan  saya kepada  Khairul,  tatkala   memburu keuntungan,  peliharalah  kepentingan orang Melayu,  warga sebangsa saya.   Jika  tidak,   In Sha Allah   samada  saya  berseorangan  atau  berkumpulan   akan  mencungkil  fakta  sebenar secara  LEBIH  terperinci untuk  dipaparkan  di blog  ini.

Ilmu  Panduan  Hidup  membayar  RM4.8 juta  kepada PKNS  tetapi  syarikat itu BUKAN   pemilik sah kerana Kompleks Muhibbah  masih menjadi hak milik kerajaan negeri Selangor. PKNS  sepatutnya  membayar  premium  lebih  RM20  juta sekiranya  Ilmu Panduan Hidup ingin memaju atau membangunkan Uptown.  Syarikat itu diminta oleh PKNS  untuk  berurusan secara  terus dengan  kerajaan Negeri,  Pejabat Tanah dan Daerah Petaling Jaya.

Melalui  maklumat  saya perolehi,  tindakan itu  masih  belum  dilaksanakan lagi.

Klik di sini.

2 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.