Jumaat, Jun 21, 2013

BEKAS 'MAFIA' MENANGIS


Sewaktu bertemu 6 daripada 9 mangsa kes penipuan membabitkan syarikat kononnya pengelola umrah di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor, semalam, saya berhadapan dengan realiti.

"Masa umur saya 50 tahun, saya berniat untuk mengerjakan umrah  tetapi terkandas sebab duit tidak cukup. Saya menunggu sehingga  usia mencecah  55  tahun,  keluarkan wang  EPF dan serahkan lebih  RM4,000  untuk menunaikan umrah buat kali pertama bersama  ustaz Haji Mohd  Nawawi Haron," ujar Abu Nawas Abdul Rahman.

"Dia sudah banyak berubah, rajin beribadah," celah Nawawi.

Klik di sini.

Abu Nawas, anak kelahiran Paya Jaras.


"In Sha Allah, niat baik Allah akan kabulkan (niat untuk mengerjakan umrah)," ujar saya.


"Saya terkilan,  esok (21 Jun), bapa mertua dan biras saya terbang ke Mekah untuk umrah. Mereka tidak merancang, boleh pergi.  Beberapa malam lalu,  sewaktu  kenduri  di rumah ayah,  saya berasa sebak. Kita merancang,  tidak dapat pergi. Malam 13 Jun bila diketahui tidak boleh pergi, saya menjadi terlalu sedih. Apatah lagi sebelum itu,  kawan-kawan menyuruh saya  membeli ubat itu, ubat ini, untuk dibawa ke tanah suci. Punya ramai sangat saudara-mara menawarkan untuk membawa saya ke KLIA,  seperti saya hendak mengerjakan haji. Saya kata tidak perlu ramai, mereka membalas, KLIA  boleh masuk ramai. Sedih,  kita berniat untuk pergi,  fasal dahulu saya  bukan orang baik Mazidul,  mafia. Dalam Paya Jaras, semua kenal saya siapa. Saya dahulu jahat! Jadi saya hendak bertaubat di Mekah.  Saya berasa cukup  kecewa. Kalau alasan lain,  tidak mengapa, ini  kerana ditipu," jelas Abu Nawas.


Kes penipuan ini mula terbongkar apabila peguam, Azmahanim Azman Shah, 29 tahun, membuat  tuntutan wang, RM32,800  daripada  syarikat  pengelola umrah   tanpa lesen  di The Strand,  Kota Damansara  kerana syarikat itu  gagal  mengelolakan pemergian  dia bersama 7  ahli keluarga  lain ke Mekah .  Alhamdulillah, setelah didesak, semua wang Azmahanim dibayar kembali melalui 3 transaki pemindahan wang melalui ATM,  diuruskan lelaki bergelar 'Ayahanda Paduka Dato' (klik di sini).

Klik di sini.

Berita  kes penganiayaan terhadap umat Islam ini  mula   didedahkan oleh  wartawan  majalah Mingguan Wanita.


Hasil siasatan mendapati,  syarikat terbabit dimiliki oleh wanita berusia 52 tahun, menggunakan  gelaran  'Dato Paduka'.  Dia mempunyai  dua anak,  lelaki dan perempuan.  

Nantikan entri memuatkan hasil  temu bual saya  bersama ejen syarikat  pengelola umrah.  Ejen  terbabit   telah membuat  laporan  kepada polis,  Kementerian Pelancongan Malaysia serta  Kementerian  Perdagangan  Dalam Negeri,  Koperasi dan Kepenggunaan.

Ejen bertugas sebagai imam masjid itu  kemudian  menyerahkan salinan  gambar  wanita bergelar Dato Paduka itu kepada saya.  Buat masa ini,  saya kaburkan terlebih dahulu.


Buat pengetahuan semua mangsa,  saya telah  memanjangkan kes ini kepada pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman kerana  dipercayai  kes ini membabitkan lebih 1, 500  mangsa  dari seluruh negara. Saya dimaklumkan kerugian dialami mangsa,  kira-kira RM6 juta.

Semua mangsa  kes  ini diminta  menghadiri  perjumpaan  anjuran sebuah badan bukan kerajaan  pada jam 9 pagi,  Sabtu,  22 Jun di No  37 Jalan PPH 2/12  Taman Pelangi 2, Semenyih,  Kuala Lumpur.


4 ulasan:

  1. Kami di Kuala Kangsar Perak pun pernah kena tipu pada tahun lepas. Tetapi penipu ini beroperasi di Kedah. Namanya Encik Mat. No telefon: 04-9179214. Fax: 04-916 3001. Tetapi kami tidak buat laporan polis. Kejadian berlaku tahun 2012. Skurang2nya 10 orang di tipu dalam kes ini, sebanyak RM35,000 (seorang RM 3,500).

    BalasPadam
  2. SMTI: Orang nak buat amal ibadat di rumah Allah pun di tipu... Moga kes ini dapat dibongkarkan hingga ke akar umbi.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum ... saya adalah salah seorang bekas mangsa sendikit ini saya amat memahami akan kesusahan yang di alamai oleh ejen kami ia itu encik syamsu seperti yang di temubual oleh encik mazidul.... saya cukup paham perasaan mangsa yang ditipu dan tidak dapat pergi menunaikan umrah... namun saya bersyukur kerana setelah mengalami susah payah asyik tangguh ketangguh ,tunda hari dan sebagainya selama lebeh kurang dua minggu dari jadual bertolak ..akhir nya saya suami isteri dapat juga pergi menunaikan umrah tempoh hari pada bulan april yang lalu..selama 13 hari...empat hari di madinah dan sembilan hari di mekah bersama 23 orang perserta lain yang di ketuai oleh seorang bekas kolonel tentera yang banyak membantu semasa menyelesaikan masaalah makanan dan tempat tinggal semasa di madinah dan mekkah...... syukur alhamdulillah kerana berkat doa serta kesabaran kami akhirnya kami selamat menunaikan umrah pergi dan balik..kesabaran dan doa serta muhasabah diri kepada Allah..adalah kunci kejayaan kami semua selamat pergi dan selamat sampai...malu pada saudara mara kawan dan kenalan memang tak terkira..kerana tidak dapat pergi pada hari yang dijadualkan...bermacam macam yang terbayang di kepala fikiran..berat sungguh bahagian dan cubaan yang di terima.. bersih kah wang aku yang ku bayar...dosa aku banyak ker ...atau perlu taubat dulu...sebelum pergi.. itu semua sudah dialami..akhirnya notis mengejut dari ejen arahan pergi lapur diri diterima tengah malam jam 12.15 mlm repot diri di KLCT sepang jam 6.00pagi. sebelum berlepas jam 10.00pagi hari yang sama... mujurlah semua persiapan beg memang sudah disiapkan beberapa hari sebelum itu...stanby jer...tawaran berlepas tu mesti di terima ,itu janji yang di berikan oleh ejen kalau tak mau tak tau lah bila lagi boleh pergi.dengan berat hati kami terima walau pun tidak bersama kumpulan yang di rancang sebelum ini...namu kami suami isteri nekad dan tawakkal menerima peluang tersebut walaupun secara mengejut,kerana dah lama tertangguh..cuti pun dah terlebih banyak di anjakkan ..alhamdulillah berkat kesabaran tercapai juga niat kami menunaikan umrah pada bulan April yang lalu....syukur yang teramat kepada Allah,

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.