Sabtu, Jun 22, 2013

SEKS DI PREMIS PERJUDIAN

Alhamdulillah,  setelah 7 entri saya nukilkan di blog ini, Ketua Meja Jenayah/Mahkamah Sinar Harian, Izwan Roslin  memaklumkan,  dia  telah mengaturkan  sidang akhbar bersama mangsa serta  pertubuhan  bukan  kerajaan, NGO  di  Karangkraf,  Shah Alam, Selangor. 

Berkebetulan, Timbalan Pengarang Berita akhbar terbabit,  saudara kepada seorang daripada mangsa  diperdaya oleh syarikat pengelola umrah. Barangkali hati beliau terbuka untuk menolong.

Justeru itu,  tugas  saya mendedahkan kes terbabit dinoktahkan di sini.

Semoga  berita dianggap ciput  pada awalnya  ini terus dibongkar agar rakyat  tidak  tertipu.

Cuma saya ingin berkongsi informasi  terakhir,   syarikat sama juga  dilapor menawarkan kerja sukarela  menggunakan nama yayasan negeri  di pantai timur kononnya untuk membantu jemaah  haji di Mekah. Setiap sukarelawan dikenakan bayaran RM5,000.

Menurut mangsa saya temu bual dua hari lalu, dia percaya tawaran itu juga satu penipuan terancang.

Ketua NGO terbabit memaklumkan saya melalui telefon, mangsa terakhir sekumpulan 300 pelanggan dan kerugian ditanggung kira-kira RM1.5 juta.  Saya berharap akhbar telus dan tulus itu, berupaya membantu semua mangsa untuk  menuntut kembali wang mereka.

Pelanggan teraniaya juga  dipersilakan untuk bertemu pegawai polis  Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman,  ASP Hazri Mohamed sekiranya ingin mendapatkan pandangan  beliau berhubung kes ini. 

Apapun,  nantikan  pendedahan  saya berhubung kes  wanita warga asing  menawarkan khidmat  seks kepada pelanggan premis perjudian.

Izinkan  saya untuk memulakan siasatan.

2 ulasan:

  1. Oppss... lupa nk mengucapkan tahniah diatas pembongkaran kisah umrah diatas yang telah menemui titik noktah. Kalau takde saudara Mazidul saya kira mungkin kes ini tidak mendapat perhatian umum. Dan pastinya syarikat terbabit masih terus menjalankan kegiatan yang tidak bermoral dengan terus menipu orang ramai. Tahniah sekali lagi.Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..:)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.