Sabtu, Jun 01, 2013

UNIFI BERMASALAH LAGI

Kepada semua pembaca ini, mohon maaf.

1. Unifi di rumah saya tidak berfungsi lagi.

2. Bil sentiasa dibayar.

3. Laporan telah dibuat jam 5.15 petang (1-4682198172), 1 Jun 2013.

4. Kakitangan TM kemudian menghubungi saya pada jam 7.27 malam tadi. Katanya, juruteknik akan dihantar tetapi tidak pula dinyatakan masa.

5. Saya telah katakan kepada petugas perkhidmatan pelanggan TM, mohon selesaikan masalah ini dengan kadar segera kerana saya ada banyak informasi hendak dikongsi melalui dunia maya.

6. KALAU dibiarkan lama di dalam otak, khuatir menjadi basi.

7. Papan kekunci Samsung Tab terlalu kecil.

8. Kepada pegawai TM juga pembaca blog ini, mohon bantuan.

Terima kasih.

posted from Bloggeroid

8 ulasan:

  1. Customer Servis TM memang teruk sikit. Mungkin sebab ramai pihak yang terlibat nak selesaikan satu aduan pelanggan. Call center, TM kawasan, kontraktor...

    BalasPadam
  2. samsung tab/android phone 3g boleh jadi portable hotspot juga.

    BalasPadam
  3. unifi umah sy pun ada mslah...
    mohon TM selesaikan dgn sgera,jgn nk duit je..tp serves tah pape..
    internet msia hanya dimonopoli oleh TM,..mgkn ini TM brasa gah kot..& x mlayan cust mcm acuh x acuh shja..

    BalasPadam
  4. TM monopoli system internet di msia..
    mgkn sb ini TM brasa selesa & mlayan cust mcm acuh tak acuh shja...

    BalasPadam
  5. Saya guna UNifi oke je..

    IF report laju je feedback.Kira dah upgrade service berbanding Streamyx tu..within 24 jam..

    Selalunya within 24 jam diorg respond dengan technical..maknanya if sampai esok kul 5 xde apa2 update dari teknikal mmg abang mazidul boleh komplen la..hehe

    Biasa la pun, server paling power di dunia pun xleh claim 100% uptime.inikan service internet Unifi ( maaf kalau perumpaan tak xde kaitan)

    Apapun pihak TM kena bagi feedback laa..kadang2 cust paham masalah tak boleh selesaikan isu teknikal dalam masa yang cepat tapi yang penting follow up cust...

    BalasPadam
  6. saya kenal pengurus besar TM kl maybe dia bole membantu . sebab orang yang bertugas dibahagian perkhidmatan agak tidak membantu sebenarnya .

    saya akan inform mungkin dia bole membantu masalah encik mazidul

    BalasPadam
  7. saya kenal mengurus besar TM KL . maybe dia bole membantu encik Mazidul . sebab bila kita laporkan kepada “customer service” agak tidak membantu .

    saya akan cuba maklumkan kalau masalah encik mazidul masih berlaku . thank you .

    BalasPadam
  8. saya telah menukar pakej dari merdeka plan ke blocbuster dan dijanjikan modem percuma ...sampai sekarang modem tak dapat dapat..tak kan nak kena bersila atas meja kaunter telekom baru nak bagi kot

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.