Sabtu, Jun 15, 2013

UMRAH KELENTONG (EPISOD 1)



Mereka ingin mengerjakan umrah ke tanah suci Mekah. Lapan sekeluarga, membayar RM 32,800 secara berperingkat sejak Januari lalu kepada syarikat kononnya mengendalikan pakej rumah.

Mereka dijanjikan terbang ke tanah suci pada 10 Jun lalu tetapi sehingga sekarang niat itu gagal dizahirkan.

Dua hari lalu, mereka dimaklumkan syarikat terletak di The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, tidak memiliki lesen untuk mengendalikan pakej umrah dan haji. Pemilik syarikat, wanita berusia sekitar 50 an mencari pelbagai helah mengelak untuk bertemu mangsa dalam dua janji temu diatur di antara mereka.

Dengarnya lebih ramai mangsa diperdaya. Kisah penipuan syarikat terbabit pernah dipaparkan di dalam majalah. Khabarnya syarikat sama pernah membawa artis terkenal melancong ke luar negara.

Pekerja warga Bangladesh menyalahgunakan permit kerja juga mendakwa gajinya bertugas sebagai tukang cuci di syarikat sama tidak dibayar.

"Saya called dia semalam, suruh saya sini datang tetapi dia tidak datang. Ini hari suruh datang lagi, dia tidak ada. Saya punya gaji RM1,200," ujar warga asing berusia 43 tahun itu kecewa.

Dia kemudian pulang ke Subang Jaya, hampa.

Kes ini akan saya dedahkan secara lebih terperinci. Kru Buletin Utama TV3 juga menemu bual mangsa petang tadi.
posted from Bloggeroid

3 ulasan:

  1. kes2 songlap/kencing duit mcm ni..
    yg kita biasa kita baca paper...
    terbongkang depan rumah..
    di kedai2 kopi..
    & simpang2 lampu isyarat...

    gamaknya la !!

    BalasPadam
  2. Semoga Allah membalas perbuatan manusia
    yang sanggup menipu pakej umrah untuk beribadat....
    Orang mcm ni pun ada utk mengaut keuntungan yang mudah...
    MasyaAllah..............

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.