Khamis, Jun 06, 2013

MOHON MAAF : ESOK HARI TERAKHIR SAYA MENJADI BLOGGER

... JIKA saya gagal  menyalurkan maklumat mengenai kes perhambaan kanak-kanak dan remaja  oleh Pusat Tahfiz Amal,  PTA di Yan, KEDAH.

Itu  janji  saya  kepada  semua pembaca setia blog ini.

Syukur,  jam  2.12   petang tadi,  saya dihubungi  oleh  Setiausaha  Politik  YAB  Menteri Besar, MB Kedah,  Datuk  Mukhriz   Mahathir.


"Hari ini cuti umum di Kedah,  InsyaAllah esok kita  berjumpa," kata beliau.

Apapun  secara ringkas dan padat,  saya sempat menyalurkan  maklumat  kepada  beliau melalui  perbualan  telefon.

Saya berasa amat yakin,  majoriti pembaca blog ini  tahu mengenai kegiatan PTA lebih 12 tahun   memperhambakan  kanak-kanak  dan remaja.  Kegiatan  zalim  pada  awalnya  berlaku di Kedah itu   kemudian diluaskan  sayap ke seluruh negeri di Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Sila baca  rayuan pertama, kedua dan ketiga saya kepada kerajaan negeri KEDAH   di sini, sini dan di sini.

Saya  telah menulis  puluhan  entri  berhubung PTA di blog ini. Bagaimanapun semua maklumat dikongsikan untuk rujukan pihak berkuasa bak  mencurah air di daun keladi.

Jabatan Agama Islam Kedah, JAIK tetap dengan kenyataan klise  dikeluarkan sebelum ini. PTA  tidak   berdaftar secara sah  dengan JAIK kerana pusat itu  terus berdegil  mengeksplotasi  kanak-kanak dan remaja untuk  menjual pelbagai  barangan, produk hasil  keluaran  Raja Sakti   kini memiliki  istana  di Tasik Beris di  Sik, Kedah.

Justeru,  JAIK  tidak  berkuasa  memantau  kegiatan  pihak pengurusan  PTA  menzalimi pelajar. 

Melalui entri ini, saya ingin memohon jasa baik  pembaca untuk berkongsi pengalaman peribadi  mengenai perhambaan pelajar PTA  kini  dilihat  berlaku  secara  berleluasa  di seluruh negara. 

Jika pembaca  tidak mempunyai  akaun  blogger,  sila catatkan  pengalaman  di laman ini. 


Berikan peluang kepada  Datuk Mukhriz   dan  pegawai beliau  bertugas  di Wisma Darul Aman di Alor Setar membaca dan memahami  semua informasi bakal   dikongsikan. Semoga tindakan  membanteras   kegiatan  zalim itu  mampu  dilaksanakan  dengan kadar segera.

Kegiatan PTA harus disiasat dan perhambaan kanak-kanak WAJIB dinoktahkan.


Kepada pembaca  sudi berkongsi pengalaman,  terlebih dahulu terima kasih saya ucapkan. Mulakan catatan  dengan  'YAB Datuk Mukhriz ...'

25 ulasan:

  1. ya,,saya kasihan kepada kanak2 sehingga malam masih merayau-rayau di rnr atau pun petrol pump,,,saya sangat simpati,,kadang2 saya beri wang untuk dia pergi makan,,,bukan untuk membeli barangan yg dibawa....kesian kanak2,,mungkin ibu bapa mereka tidak tahu

    BalasPadam
  2. saya kasihan melihat kanak2 ini kadang kala sehingga malam masih merayap2 di RnR atau di petrol pump,,kadang2 saya beri wang untuk mereka pergi makan atau sekurang2nya beli minuman....kesian.

    BalasPadam
  3. SMTI-Saya doakan semuga hajat Encik Mazidul tercai dan terus menulis hingga akhir hayat. Amin.

    BalasPadam
  4. Bile tgk bebudak ni, teringat kat bro mazidul yang selalu buat entry pasal PTA ni... Rasa nk tangkap gambar je...

    Rasanya mmg seluruh malaysia bebudak ni diamahkan untuk mengutip derma..

    BalasPadam
  5. Ia wajib dibenteras, kerana bukan sahaja di kedah malah diseluruh negara yang bertopeng islan ini sentiasa menggunakan dan mengekplotasi kanakm kanak demi meraih kekayaan diri. benteras lah sebelum parah...

    BalasPadam
  6. YAB Datuk Mukhriz,

    saya amat tersentuh dengan kesungguhan Saudara mazidul , saya sendiri pernah melihat kanak-kanak menjadi alat kepada sesetengah pihak.Di pergunakan oleh sekolah-sekolah yang di janjikan pengajian ilmu akhirat,namun yang terjadi sebaliknya,.

    Dahulu, saya juga pernah di dekati oleh kanak-kanak yang dalam lingkungan 9-10 tahun,menghulurkan kalendar dan sekotak kismis dan menyatakan derma untuk sekolah tahfiz,ketika itu, saya tidak terfikir akan masalah ini,saya hanya memberi wang sedikit,bukan harga yang sepatutnya untuk membeli kismis dan kalendar tersebut ,tujuan saya aadalah untuk kegunaan kanak-kanak itu sahaja. Selepas terbaca, laporan dan entri yang di tulis oleh saudara mazidul, terus saya terdetik, Alangkah kasihannya, kanak-kanak di usia itu seharusnya, sedang duduk di meja dan kerusi di dalam kelas, bukan berpeleseran di pintu-pintu bank.

    YAB Datuk Mukhriz,
    Saya amat berharap, tindakan di ambil secepat mungkin,saya menetap di kulim, dan kebanyakkan kanak-kanak ini, di hadapan bank .namun, saya tidak pasti mereka dari kulim tau dari mana.Khilaf saya kerana tidak mengambil berat kejadian seumpana ini.

    Dari tulisan saudara mazidul, sedikit sebanyak membuka mata saya,dan menyokong usaha yang beliau lakukan.

    saudara mazidul, saya berbangga kerana malaysia mempunyai warganegara seperti saudara, saya juga berharap saya boleh menjadi seperti saudara,

    YAB Datuk Mukhriz,
    Sekali lagi, saya mengharapkan bantuan YAB ,kerana saya kasihan dan memikirkan masa depan anak-anak ini yang bakal mendokong kepimpinan negara, Jika dari awal mereka sudah terbiar dan menjadi alat bagaimana agaknya kesan apabila dewasa kelak.

    Sekian,

    terima kasih

    BalasPadam
  7. Hati tersentuh? Melayu hati tersentuh? butuh!, korang lebih banyak berpolitik sehingga berpecah belah dan akhirnya anak2 ini terabai abai tanpa pengawasan, sebab melayu baik PAS UMNO PKR semua nya sebok berpolitik, ingat jenerasi melayu akan datang akan tergadai akibat permainan politik melayu butuh ini.

    BalasPadam
  8. Kenapa kanak2 ini dijadikan sedemikian rupa. Seharusnya, mereka diberi pendidikan duniawi dan ukhrawi bukan menjadi hamba abdi.

    Semoga MB Kedah, Datuk Mukhriz dapat menjalankan siasatan secepat mungkin.

    People will respect you as a good leader just like your Dad.
    Amin.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah syukur atas kesungguhan bro Mazidul bongkar isu PTA ni sudah dapat respon dari pihak Menteri Besar.

    BalasPadam
  10. Sudah lama budak2 ini menderita.. Sekarang dengan pimpinan baru Negeri Kedah diharap perkara ini dapat diselesaikan once for all...dan dan tutop kes...

    BalasPadam
  11. Saya baru isi minyak di stesen Shell Damansara Damai tengahari tasi. Dah lama x nampak kelibat anak2 ni, tapi tadi sedang saya tunggu kereta lain di depan, saya dah nampak seorang anak perempuan. Saya didekati waktu mengepam minyak. Yang saya geram tu, dia menjawab apa yg saya kata.. Saya kata nak kena ambil gambar ke? Dia kata, "ambil lah saya x kisah.." haih! Geramnya, sampai saya kata, macam ni ke bercakap dgn org tua2 (dah mengaku tua dah pula saya...heee).

    BalasPadam
  12. Terima kasih En. Mazidul atas usaha yang baik ni. Semoga Allah membalas jasa En. Mazidul.

    BalasPadam
  13. YAB Datuk Mukhriz , tanpa prejudis hanya Datuk mampu menghentikan pemerdagangan anak anak kecil ini. Datuk sendiri pernah ternampak keadaan ini. Ini masanya bila kuasa sudah ada ditangan. Kasihan anak anak ini. Segerakanlah. Lawatlah Tahfiz ini. Bacalah entri ini.

    Terima kasih YAB Datuk Mukhriz

    BalasPadam
  14. tahniah saudara mazidul,

    Perjuangan yang ikhlas nescaya diberkati oleh Allah. sebagai anak kelahiran negeri jelapang padi saya amat berbangga dengan perjuangan Saudara demi membongkar pihak tidak bertanggungjawab mempergunakan kanak2 demi keuntungan peribadi...

    BalasPadam
  15. Tahniah Bro Mazidul

    Sejak beberapa tahun dahulu Pakteh mendedahkan kelicikan organisasi ini.

    Pakteh telah mengkaji asal usul individu yang menjadi perancang kepada kejahatan ini.

    Bermula dari seorang pengait kelapa sawit di Kulim, pemandu VIP di KL sehingga akhirnya membuka pusat urutan kaki dibawah nama AL Mansur.

    Melalui cara yang sama, AL Mansur diharamkan sedikit waktu dahulu namun operasinya masih berjalan dibawah nama lain.

    Kini muncul Raja Sakti yang membuka mahligainya di Empangan Beris.

    Segala aktivitnya sangat-sangat bercanggah dengan undang-undang.

    Jika berkesempatan...datanglah pada 26/6/2013...lihat aktiviti beliau di Empangan Beris.

    Pakar menukar nama kerana dalam tempoh sepuluh tahun...Namanya sudah berkali-kali ditukar dan terkini sudah bertitle Yang Teramat Mulia...
    Nama untuk produk komersial msih SM Amin.

    InsyaAllah Pakteh akan berkongsi hal ini di blog Pakteh dan di FB.

    p/s: Pakteh melalui beberapa pengalaman dalam hal anak2 yatim dipergunakan.

    BalasPadam
  16. Pertama sekali..kepada MELAYUJATI sila jaga adab percakapan kamu dlm blog ni. Kamu menggunakan nama 'MELAYUJATI' untuk apa kalau tak ada adab sopan yang sepatutnya ada dalam Melayu yang Sejati.Kalau tak puas hati pun silalah tulis menggunakan akal yang waras dan matang.

    Kedua, terima kasih dan syabas kepada Encik Mazidul kerana bertungkus lumus dalam membela nasib pelajar2 tu.Dalam perkara ini mmg kita tak dapat nafikan bukan sahaja di Kedah tapi di seluruh Malaysia terdapat aktivit sebegini. Kanak2 diekploitasi oleh pihak2 tidak bertanggungjawab. Pengalaman peribadi saya mmg banyak kali didatangi pelajar2 sebegini. Mereka tiada pilihan lain kerana terpaksa mengikut apa yang diarahkan. Kalau tak beli rasa kasihan, kalau beli macam kita menyokong apa yang mereka buat. Saya berdoa kepada Allah semoga usaha Encik Mazidul untuk memperjuangkan nasib kanak2 ini diberkati Allah dan mendapat balasan di sana nanti. Dan semoga YAB Datuk Mukhriz dapat melihat perkara ini dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.

    BalasPadam
  17. YAB Datuk Mukhriz, kami sebagai rakyat yang tiada kuasa amat berharap YAB Datuk membuat penyiasatan berkenaan perkara ini. Amatlah malang masa depan anak-anak ini kiranya dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, sedangkan masa yang sepatutnya digunakan untuk belajar dan bermain dengan rakan sebaya lenyap dek dipergunakan atas nama ISLAM. Kadang-kadang pemimpin-pemimpin kita sibuk menabur janji dari segi kesenangan dan kemewahan rakyat, tetapi tidak pula dalam manifesto mengurangkan kadar jenayah. Saya sebagai seorang muslim pun sudah semakin sangsi dengan pusat tahfiz, apalagi orang bukan islam.

    Pesan saya membuat sesuatu tindakan jangan sekadar melepaskan batuk di tangga.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  18. Saya pernah menulis ttg PTA ini di sini...

    http://penaummi.blogspot.com/2011/04/pusat-tahfiz-amal.html

    Semoga kegiatan sekolah ini dapat disiasat dengan segera. Harapan menggunung juga buat anak-anak kecil ini supaya dilindungi Allah selalu.

    BalasPadam
  19. Buat MELAYUJATI... kasar sungguh bahasa saudara.

    BalasPadam
  20. Semoga niat murni ini di teruskan demi anak2 bangsa kita juga... ini lah gunanya pengaruh... semua pun dah kenal siapa en. Mazidul kan... jasamu di kenang

    BalasPadam
  21. mohon copy paste mazidul..tahniah!!usaha anda sudah nampak hasil!!!

    tolk perhambaan kanak-kanak!!!

    BalasPadam
  22. Salam..

    Saudara Mazidul, saya menetap di Skudai.. Saya pernah jumpa kanak2 dari PTA (berdasarkan resit kaler purple yg mereka pegang) ini menjual barangan2 di medan selera di tempat kami pada waktu malam beberapa minggu lalu.. Bukan sekali saya jumpa mereka, malah bulan2 sebelumnya mereka berada di tempat saya..

    Bayangkanlah berapa jauh mereka dihantar dari Kedah hinggalah ke Skudai.. Saya tak pasti mereka ini masih belajar atau sudah habis sekolah.. Harap perkara ini dipandang serius..

    Terima kasih..

    BalasPadam
  23. Oh, Saya baru baca komen ini, oh melayu jati mencarut bila baca komen saya.

    Terima kasih Melayu sejati.

    BalasPadam
  24. Tak mengapa kalau komen saya tak penting buat saudara. Cuma anda perlu tahu saya ada mengikuti perkembangan 'siasatan' tentang isu ini dlm blog.

    BalasPadam
  25. Kita juga bertanggungjawap.. mungkin sikap org kita yg cepat kesian, secara tak langsung menggalakkan keadaan ni. Sometimes, kita kena berlaku kejam. Iya, mmg kesian tgk bebudak ni tapi klu kita tetap bagii duit pd mereka, bukankah itu bermaksud kita menyokong kegiatan ni? Selagi bebudak ni dpt buat kutipan, selagi itulah PTA akan tetap menghantar kanak2 ni.

    Klu kesian, berikan ja kanak2 tu makanan or minuman. Jgn sesekali bagi duit. Saya percaya, bila kanak2 ni dah tak dpt buat kutipan, lambatlaun kegiatan ni akan terhenti. Tak perlu tggu pihak berkuasa bertindak. Kita yg perlu bertindak. BERHENTI bagi duit pd mereka.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.