Mac lalu, saya membongkar kes Rumah Amal Buah Hatiku, RABH, di Bandar Baru Bangi, Selangor, dipercayai terbabit dengan kegiatan Al-Arqam, kumpulan diharamkan pada tahun 1994.
Sewaktu berkunjung ke premis dipenuhi oleh anak pekerja Global Ikhwan Sdn. Bhd itu, saya duduk di sofa sambil bertanyakan beberapa soalan asas tetapi gagal dijawab oleh pengurus wanita RABH (di bawah). Benar bisik hati kecil saya, sesuatu amat tidak kena dengan kenyataan dilontarkannya biarpun wajahnya berciri keibuan dan dia berkelakuan lemah-lembut.
Kini ternyata, dia bertopengkan gelaran 'ustazah' itu sanggup berbohong demi Al-Arqam.
Tindakannya melarikan diri secara tiba-tiba tatkala soalan diaju bertalu-talu menimbulkan seribu satu tanya tanya. Akhirnya, melalui informasi disalurkan oleh orang ramai, terbukti suaminya, dikenali sebagai 'Ustaz Wan Acheh', pengikut tegar Al-Arqam.
Klik di sini.
Selaku pengurus, wanita ini juga tidak memaparkan status sebenar kanak-kanak tinggal di RABH.
Mereka BUKAN anak yatim, fakir miskin atau asnaf zakat.
Klik di sini.
Mujur Allah membukakan hati saya terus mencari perincian agar kegiatan berselindung di sebalik nama agama dan anak yatim itu wajib diberhentikan, klik di sini.
Orang ramai ditipu hidup hidup semata-mata kerana mereka mengendalikan rumah itu ingin memastikan kesinambungan Al-Arqam.
Pada 22 Mac, saya menulis entri ini, merayu agar JAIS dan MAIS menyiasat kes ini.
Klik di sini untuk membaca respon pihak berkuasa terbabit.
Terkini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM telah mengesahkan terdapat 81 'rumah amal' dikenalikan oleh pekerja Global Ikhwan, seperti RABH menyebarkan ajaran Al-Arqam di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.
Baca laporan lengkap di sini.
TONTON di sini.
Di Indonesia,Al Arqam tdk pernah difatwakan sesat oleh ulama2nya.Amalan mrk sewajarnya amalan sebuah tariqah xde yg peliknye.Sesatkah org yg nak membersihkan diri drpd hati yg kotor kpd hati yg lbh baik? Jangan kita beriya nk sesatkan org sbnrnya diri kitapun x bersungguh sungguh memurnikan agama Islam spt Allah mahu.Jangan kita senang2 menabur fitnah, padah hidup kita dibuatnya nanti...
BalasPadamCahaya Daulah, Al-Arqam difaktwakan sesat oleh Jabatan Agama Islam. Faham? Bukan individu seperti saya atau awak.
BalasPadamCahaya Daulah kat Indonesia itu kau nak buat agama sendiri pun boleh...takde sapa pun nak marah..
BalasPadamMohd Jihad, sila jangan melalut. Semua komen awak tidak akan disiarkan lagi.
BalasPadamSMTI- Cahaya Daulah, Al-Arqam berpaksikan Syiah. Syiah adalah bukan Islam. Faham?
BalasPadamselepas pemergian ust. ashaari....lebih kurang 200+ orang telah dikeluarkan@dipaksa untuk keluar...projek amanah untuk buat hospital bagi GISB hancur begitu shj...anak2 remaja banyak yang terpesong, saya sendiri selama 3 tahun hidup dalam ketakutan kerana asyik dikejar oleh beberapa pimpinan tertinggi mrk...sebahagian pimpinan tertinggi mrk ada yg ke luar negara asalnya untuk buat projek..berjuta sudah habis di PARIS,LONDON,JORDAN,GERMAN dan lain2 lg...bila ditanya mana pergi duit projek...katanya sudah digunakan untuk projek islam....
BalasPadamTuan mazidul..., cobalah buka fikiran dan pengetahuan anda. Di malaysia arqam mmng difatwa sesat. Tp di indonesia sendiri ulama2 NU telahpun bersidang dan juga mengeluarkan fatwa Arqam x sesat mybe th 1994...! Itu bukan jg keputusan individu bro...tp resmi atas nama NU. So mana satu yg betul?! Ulama malaysia ke? Indonesia ke?
BalasPadamBlm lg pengakuan2 dari ulama2 luar negara mcm australia, jordan, maghribi dll yg tdk menyesatkan arqam.
Pasal sesat menyesatkan nih dh lumrah berlaku....lbh2 akhir zaman dan ulama2nya makan gaji! So jgn ikut latah sesatkan org...
Kusuma Hari, ada baiknya awak tinggal sahaja di Indonesia dan menajdi pengikut Al-arqam di sana. Mesti tidak ada masalah.
BalasPadamUlama MALAYSIA telah memutuskan haram.
Saya percayakan ulama di negara saya. Kalau awak tidak mempercayai keputusan mereka, well what to do?
Kusuma, Cahaya Daulah, jika anda sememangnya handal dalam agama islam, anda tentunya tahu menghormati perlembagaan dan undang-undang negara, Rasulullah tidak mengajar umatnya melawan undang-undang dan pemerintah. kita di Malaysia, tidak sesuai dengan amalan arqam jadi mengapa anda seolah2 memaksa kami mengikuti ajaran al arqam seperti al arqam ini mulia amalannya. "tiada yang lebih mulia diantara seorang muslim dan muslim yang lainnya, kecuali ketaqwaan" didalam islam tiada paksaan.
BalasPadamhttp://matahati313.blogspot.com/2013/06/rumah-amal-penipu-duit-sumbangan-al.html?m=1
BalasPadamperlu diketahui,yg sesat tu bukan nama arqam tu,tapi penganutnya ! maknanya kedua dua keputusan ini betul,di malaysia seharusnya diharamkan kerana penganutnya tak betul,manakala di indo tak diharamkan kerana penganutnya ikut jalan islam yg benar ! cuma tukar nama saja ! samalah perbandingannya dgn roti gardenia yg diharamkan dulu tu,di indo ada babi,di malaysia pula tiada ! !
BalasPadam