Sabtu, Jun 22, 2013

PERHIMPUNAN MANGSA DIPERDAYA OLEH SYARIKAT PENGELOLA UMRAH

Pada kira-kira  jam 2.15 petang tadi,  saya dimaklumkan LEBIH  800  mangsa penganiayaan syarikat  pengelola  umrah  tanpa lesen, bakal berhimpun di sekitar Jalan PJU 5/20D,  The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Berikut butiran program.

Tarikh : 29 Jun  (Sabtu)
Jam : 11 pagi.

Perhimpunan dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan,  Lembaga Pembangunan Pengguna  Malaysia  diketuai  oleh Abdul Aziz Ismail.

Pelanggan tertipu atau wakil dijangkakan bakal membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara. Setakat  ini saya dimaklumkan,  polis  hanya merujuk kes ini kepada  Tribunal Pengguna.  Hal ini telah dirujuk kepada pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.  

Kerugian  terkini  ditanggung oleh mangsa dianggarkan  LEBIH RM6 juta.

"Semalam, 300  mangsa lagi mengadu wang mereka tidak dikembalikan, berjumlah RM1.5 juta," ujar Abdul Aziz.

SEMUA  wakil media cetak  dan elektronik dipersilakan  hadir untuk membuat liputan difikirkan bersesuaian.  

Kegiatan syarikat terbabit,  In Sha Allah akan dibongkar pada hari sama.

Pengajaran kejadian berlaku,  amat mudah. Usah memperdayakan umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat, hidup susah dan senang,  kerana mereka ingin menunaikan ibadah umrah BUKAN melancong ke Disney World.

Apapun, saya ingin merakamkan penghargaan kepada wartawan Mingguan Wanita kerana mendedahkan kes ini.


Keberanian ditampilkan oleh wartawan terbabit memaparkan nukilan di atas amat saya kagumi. Jika kita berjuang  bertujuan membantu masyarakat secara ikhlas, Allah akan menganugerahkan  ganjaran sewajarnya.

Jika  wartawan  bertugas,  hanya untuk mencari nama,  kita tidak akan kemana.

4 ulasan:

  1. 28 June 2013 jatuh pd hari jumaat..... Mcm mana nk pergi?

    BalasPadam
  2. Kakitangan KERAjaan hanya ambil tindakan jika disuruh/paksa - sebijik mcm kerbau kena cucuk hidung or kena makan nasi kangkang

    Banyak kes2 yg dipaparkan di suratkhabar patutnya mereka PROAKTIF...mereka terlalu dimanjakan dengan kemewahan yg diberikan oleh KERAjaan

    BalasPadam
  3. Kes macam ni memang perlu diketengahkan. Beberapa org di kawasan rumah saya termasuk ibu bapa saya juga telah tertipu dengan yati dan suaminya adi. Bila dihubungi, ada sahaja alasan diberi. Banyak masalah yg telah ditimbulkan dan mereka wajib dibawa ke muka pengadilan.

    Ramai yg mnangis bila harapan setinggi gunung ingin ke rumah Allah, tapi ditipu hidup2 oleh yati dan adi.

    BalasPadam
  4. Apa maklum balas mereka dgn isu ini..blh x mereka kembalikan wang kami

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.