Isnin, Mac 30, 2009

Mengapa Perempuan Sanggup Melacur?

Semalam di Facebook saya utarakan soalan sama seperti tajuk entry ini. Pelbagai respon dilontarkan ramai rakan.

Hakikatnya pelacur di Malaysia terdiri daripada perempuan pelbilang kaum, Melayu, Cina, India, pelbagai etnik dari Sabah, Sarawak dan warga asing. Mereka melacur antaranya di rumah tumpangan, hotel murah maupun di hotel bertaraf lima bintang.

Sebahagian mereka menjalankan kerjaya tertua di dunia terbabit secara terang-terangan, selebihnya secara tersembunyi. Manakala, imbuhan mereka terima berbeza, antara puluhan dan ribuan ringgit mengikut usia, masa dan syarat ditetapkan.

Mengapa perempuan sanggup melacur? Jawabannya bergantung kepada individu terbabit.

Antaranya, jalan pintas dan mudah mendapatkan wang. Pelacur jalanan, tidak berpendidikan tinggi, justeru dikata sukar mendapatkan pekerjaan lebih baik. Menjual diri, mereka hanya menerima bayaran antara RM30 dan RM50 bagi satu sesi bergantung kepada usia dan servis ditawarkan. Kegiatan harian itu cukup bagi menampung kos kehidupan mereka. Puluhan ringgit diraih pelacur jalanan mungkin tidak menarik perhatian pelacur kelas atasan. Segelintir pelajar institusi pengajian tinggi contohnya mensasarkan pelanggan golongan elit. Menggunakan status ‘pelajar’, pendapatan mereka mampu mencecah lebih RM1200 bagi satu sesi. Apapun mereka semua perempuan dan pelacur.

Majoriti daripada pelacur pernah ditemubual, ibu tunggal hidup tersepit, punyai tanggungan, anak untuk dibesarkan. Justeru, mereka rela ‘dibela’ bapa ayam. Bapa ayam memudahkan mereka memancing pelanggan. Jika tidak, terpaksa berembun setiap hari dan pulang tangan kosong.

Pelacur warga asing dari China, Indonesia, Thailand dan Vietnam diberkas pihak berkuasa mengemukakan alasan berbeza. Mereka mendakwa ditipu ejen. Kononnya dibawa masuk untuk bekerja kilang akhirnya tersadai di rumah pelacuran.

Apapun saya percaya, majoriti perempuan tidak melacur kerana nafsu.

Kini segelintir lelaki dilapor melacurkan diri. Imbuhan lumayan melayan wanita berkedudukan tinggi dan hidup mewah membuatkan mereka rela menjual maruah. Bezanya, mereka tidak digelar pelacur, ‘gigolo’ terma digunakan.

31 ulasan:

  1. semunya kerana wang... kesempitan hidup... kadang2, itulah cara yang paling mudah untuk mendapatkan wang...

    BalasPadam
  2. Salam...
    mengapa sering melontarkan soalan?
    mungkin kerana saudara ini seorang wartawan? atau mungkin saudara seorang yg ingin tahu?
    mengapa tidak melontarkan ilmu pengetahuan yg berguna? (e.g. fakta) mengapa tidak berkongsi ilmu yg boleh menjadi manfaat kepada semua yg setia berkunjung disini?
    setiap kata yg dilontar sering menjadikan seseorang itu beremosi. kerana tidak ramai yg mampu mengawal nya dgn baik.
    Sy lebih suka berbual, melontarkan dan berkongsi ilmu. boleh kah blog saudara juga berkonsep ilmu?

    Sekadar Pandangan
    -GC-

    BalasPadam
  3. melacur kerana terpaksa..
    lagi muda lagi Mahal..

    BalasPadam
  4. Senang je tajuk abg maz tu i jawab ..mengapa perempuan sanggup melacur?.....kerana adanya permintaan ..jika tiada sure business ni gulung tikar...tiada org melacur untuk suka suka ..lagi2 x dpt bayaran...lainla istilah berkhalwat suka sama suka..."wanita yg baik untuk lelaki yg baik dan lelaki yg baik untuk wanita yg baik"..Amin...

    BalasPadam
  5. GC, saya jawab soalan saudara.

    'Mengapa tidak melontarkan ilmu pengetahuan yg berguna?'

    Ilmu didatangkan dalam pelbagai bentuk, subjektif. Ringkasnya, kekadanag sesuatu tidak berguna kepada saudara, barangkali berguna kepada orang lain. Apapun, nasihat saya, usah teragak2 maupun membuang masa membaca blog ini sekiranya saudara fikir tidak berfaedah.

    'Setiap kata yg dilontar sering menjadikan seseorang itu beremosi'

    Terserah. Manusia mengawal emosi tetapi jika saudara dikawal emosi, saya simpati. Saya sekadar berkongsi fakta di blog ini.

    'Sy lebih suka berbual, melontarkan dan berkongsi ilmu. bolehkah blog saudara juga berkonsep ilmu?'

    Maaf, saya tidak melayan kehendak individu. Saudara boleh menulis berhubung apa sahaja dalam blog saudara, begitu juga saya. Saya menulis perkara saya fikirkan sesuai mengikut editorial.

    BalasPadam
  6. Analisa sepintas lalu menunjukkan pelacuran terjadi kerana dipaksa dan terpaksa. Bukan sahaja di negara kita, di negara2 yang lebih maju seperti di Eropah, juga negara2 di Asia, wanita2 muda dikurung di tempat yang dikawal ketat dan dijadikan pelacur. Hanya atas rekomen orang2 tertentu sahaja pelanggan dapat menembusi tempat pelacuran ini. Wanita2 ini hanya akan dibebaskan setelah "tokey" mendapat keuntungan daripadanya atau wanita tersebut telah dianggap "expired". Kebiasaannya kerja yang telah dilakukan secara paksa bagi sekian lama akan diteruskan dengan rela hati semata-mata untuk meneruskan kehidupan bagi kebanyakaan wanita2 ini. Mereka ini akan melacurkan diri di tempat2 terbuka samada dengan menggunakan khidmat runner (bapak/ibu ayam) atau secara bersendirian.

    Jarang sekali melacur kerana nafsu walaupun ada segelintirnya. Umpama serampang dua mata dan kebanyakaanya adalah gadis2 belasan tahun yang mengidamkan sesuatu seperti h/phone yang cangih atau gulungan muda yang inginkan kemewahan. Gulungan ini tidak menjadikan kerjaya ini selama-lamanya cukup setakat memperolehi apa yang dihajatinya.


    Wanita terdesak tidak akan melacurkan diri kecuali dihasut oleh pihak ketiga yang bertanduk di kepala.

    Gigolo hanya berkhidmat kepada wanita2 yang berwang, kebiasaannya yang sudah berumur. Walaupun tidak berselera dengan makanan di depan mata hidangan terpaksa ditelan demi kemewahan hidup.

    What say you?

    BalasPadam
  7. Rasanya.......mula2 diaorang terjebak bukan dari kemahuan diri.....

    Selalunnya middleman yang selalu mengambil kesempatan dan menggunakan kelemahan2 si tuan punya badan...

    TAPI!! Atas desakan dan kesukaran untuk mencarik rezeki, Cara yang SENANG selalunya mereka gunakan...sehinggalah TERTEWAS oleh RM$$$$

    GIGOLO & PELACUR 2x5 jer BRO....

    Mudah-mudahan dibukakan pintu Hati mereka....untuk berubah

    BalasPadam
  8. iya btol..bukan kerana nafsu. Mungkin dipaksa atau kesempitan duit. mungkin itu jalan yg paling mudah uk dapatkan duit. tp kalu kesempitan, kenapa ambil jalan mudah dgn melacurkan diri??

    BalasPadam
  9. terpaksa. nak cari duit lebih. nak balas dendam. tak ingat tuhan.

    BalasPadam
  10. combi bersimpati dgn pelacur sbb keje ni..uishh tatau arr nak ckp mcmane.

    melayan ragam manusia berbagai warna kulit..adehh tak bole nak bayangkan..!

    seram bro.

    tapi gigolo ni combi kurang seram sbb lelaki bole kawin smpi empat so paham2 je laa :p

    BalasPadam
  11. Entahlah...isu nafsu syahwat yang serakah ni memang telah lama berlaku sejak zaman jahiliah lagi.2 perkara sahaja yang menyebabkan mengapa perempuan melacur. Pertama kerana kesempitan WANG dan kedua tuntutan nafsu yang tinggi.Pada pendapat saya alasan yang popular masa kini adalah kerana WANG lah.Hendak pulak di zaman gawat-gawat macam ni. Nafsu memang tak pernah gawat.Sebab itu ada sahaja permintaan.

    Yang saya tak faham ni "gigolo".Dah tiada kerja lain ker selain melayan wanita berkedudukan tinggi.Nak duit pun takkan semudah itu.Haiiiihhh..entahlah semuanya dek kerenah nafsu-nafsi.Saya doakan semua pembaca yang Islam medapat taufik & hidayah supaya terhindar dari pekerjaan hina ini.Aminnnn...

    BalasPadam
  12. salam,
    terpanggil untuk memberi komentar.
    Andai kesempitan hidup yang mencengkam kaum hawa untuk menjadi pelacur, pihak kerajaan perlu memberi fokus kepada golongan ini selain strategi "membasmi kemiskinan". Kerangka oleh kementerian bertanggungjawab perlu dirangka agar golongan Hawa yang tersepit dan bukan melakukan kegiatan haram ini kerana nafsu wajar diselamatkan.
    Wallahu a'lam..

    -Andeh-

    BalasPadam
  13. Pernah suatu masa dulu saya berkerja di sebuah hotel di JB. Pelacur2 kelas pertengahan menjadikan pekerja2 hotel sebagai networking atau orang perantaraan untuk mendapatkan pelanggan yang kebiasaannya menginap di hotel tersebut dan sudah tentu ada comission selepas itu.

    Ada peagih dadah, ada ibu tunggal, ada yang masih single, ada wanita muda sebelumnya hanya untuk "happy go lucky" (Klu di JB dulu dipaggil ration kemudian bohsia) tetapi akhirnya mengenakan bayaran dan ada juga pondan yang telah menukar jantina.

    Rata-rata mereka melacur kerana wang. Pondan memang bernafsu kpd lelaki. dgn menukar jantina dan berbekalkan 'manderem" pelanggannya lagi banyak dari pelacur wanita. Kata2 ini sering saya dengar drp mereka "Nanti aku taubatlah"

    What say you?

    BalasPadam
  14. Salam,
    Thanks for reply Bro M.A.S.
    Sy akan terus membaca blog saudara..untuk pengisian minda.
    -GC-

    BalasPadam
  15. En Mazidul,

    pelacuran jalan paling mudah untuk perempuan-perempuan yang bermasalah yang menghadapi jalan buntu untuk menyelesaikan segalanya. Tapi sebalik menjadi pelacur , tentu ada lagi keje halal yang boleh dilakukan. tapi mereka lebih mudah cari jalan sebegini. mungkin juga disebabkan nafsu. takde siapa boleh membantu mereka kecuali diri mereka sendiri. Jangan nak menyalahkan orang lain atau memberi banyak alasan,tapi mereka patut menyesal dengan apa yang telah dilakukan.

    BalasPadam
  16. Takde duit, banyak masalah, hutang keliling buah pinggang, member kelepet duit, tunang lari ikut janda kaya, mak bapak tak ambik port, sudahnya jual tubuh pasal nak duit segera..!!

    Jalan paling senang dapat duit tu jugak jalan paling senang menuju kehancuran.. Tak payah ikut tol..!!
    Pakai smart-tag je..!!

    BalasPadam
  17. soalan yg related ialah ;
    mengapa lelaki melanggan pelacur?
    mmg salah 'pekerjaan' tu, tp mesti sbb terpakse..
    tapi sy x sokong jgk ppuan yg terjebak sbb mmg jatuhkn maruah wanita.

    BalasPadam
  18. kalau nak dikatakan punca utamanya pelacuran berkembang-biak (bagi wanita) disebabkan kewangan, aku rasa tidak juga betulnya.

    RM280 (atau lebih atau kurang) untuk one-shot bagi pelacur kelas pertengahan, 50% akan diserahkan kepada bapa ayam. RM50 untuk bilik atau katil yang digunakan. RM50 untuk muncikari (barua). Bakinya tidak sampai RM50 pun. Begitu juga untuk pelacur-pelacur tua kelas kambing. Kecuali bagi pelacur-pelacur kelas atasan yang tidak menggunakan khidmat muncikari melainkan agen di mana agen akan membayar harga bilik atau si pelacur bergerak sendiri dan bilik perlu dibayar oleh pelanggan itu sendiri. Ataupun social-escort yang khidmatnya dibayar mengikut jam.

    Kalau kita bertanya akan alasan mereka melakukan perbuatan berkenaan, jawapan yang diberikan stereotype... begitu juga kalau ditanya kepada pelanggan yang datang daripada pelbagai kategori dan kasta.

    Si pelanggan mungkin mencari kelainan dalam menjalinkan hubungan seks yang tidak mempunyai komitmen, bebas risiko adat tetapi tidak pula memikirkan tentang risiko yang lebih besar (diminimakan kununnya dengan penggunaan kondom). Manakala si pelacur pula beranggapan, mereka bekerja cuma bezanya kerja mereka hanya bermodalkan tubuh yang perlu menjalani pemeriksaan rutin supaya kelangsungan kerja dapat diteruskan.

    Ramai pelacur 'profesional' yang berharga tinggi, beranggapan mereka seronok melakukan pekerjaan tersebut dan risikonya sama seperti pekerja binaan yang terpaksa memasang cerucuk di puncak tertinggi dengan pulangan yang setimpal.

    Persoalan mengapa perempuan sanggup melacur, perlu juga diteruskan dengan soalan mengapa lelaki melanggani pelacur. Equilibrium daripada permintaan dan penawaran inilah yang menyaksikan kerjaya itu berterusan dan industri itu tetap subur biarpun secara sembunyi-sembunyi mahupun diharamkan oleh kebanyakan agama, TERUTAMA Islam.

    BalasPadam
  19. Anon, menarik penjelasan anda. Terima kasih. Jangan lupa menyaksikan 360 malam ini.

    BalasPadam
  20. Jalan cepat meraih duit
    Fikiran singkat badan perit
    Agama budaya dibiar menjerit
    Tidak puas tidak serik

    BalasPadam
  21. short minded..dan tak syg diri..
    ramai juga buat sbb nk release stress..
    tapi mcm la takde benda lain nak buat..

    BalasPadam
  22. bgaimana dgn kegiatan pelacuran di jalan brickfields?
    belakang stesen monorel kl sentral...

    mcam dengaja dilepas pandang sahaja...

    ape komen encik mazidul?

    BalasPadam
  23. bila dah terjebak susah nak lepaskan diri..so elakkan diri dari terjebak ke dalam kancah yang hina ni

    BalasPadam
  24. alasan paling glemer

    "SAYA TERPAKSA BANG..SAYA TAK DE KELULUSAN.APA LAGI YG BOLEH SAYA BUAT..ANAK-ANAK SEMUA NAK MAKAN.."

    "SAYA JADI BEGINI SEBAB NAK BANTU KELUARGA.."

    pendapat acu diaorang terjebak sebab duit...

    BalasPadam
  25. Bro Maz

    Mengapa Perempuan Sanggup Melacur?

    1. Senang dapat duit dan dapat banyak
    2. Bukannya luak pun.
    3. Banyak permintaan, pelanggan ramai.
    4. Iman tak kuat
    5. Pelacur bukan Islam
    6. Takut dibunuh oleh Boss yang membawa mereka ke tempat tempat sebegitu.
    7. Nak bantu keluarga yang teramat miskin
    8. Perkara ni dah ada sejak dari zaman Firaun lagi
    9. Perempuan memang lemah iman dan mudah tergoda dengan kekayaan duniawi.

    Jawapan mengikut kajian Professional:
    1. Kesan akibat pemerintahan yang lemah

    2. Ramai rakyat jelata yang tidak mampu mendapat pendidikan tinggi

    3. Ekonomi di kawal oleh satu satu kaum serta kerajaan, terdapat kaum yang terpinggir dan menjadi miskin dan tidak berpelajaran.

    4. Kerajaan mendidik rakyat menjadi materialistik.

    5. Kos keperluan hidup terlalu tinggi akibat tidak di kawal oleh pihak yang sepatutnyaruh dengan tegas supaya rakyat berpegang teguh kepada ajaran Agama tapi sebaliknya secara tidak langsung menyuruh rakyat mengejar kemajuan dunia.

    6. dah letih nak taip... he he he he he

    BalasPadam
  26. geli sungguh saya baca isu tentang perempuan melacur.. tak tau kenapa...

    gila agaknya mereka ini

    BalasPadam
  27. kadang2 sebab duit perempuan sanggup kehilangan daranya..tp bukan semua perempuan mcm tue..mcm kawan sy,kehabisan beribu ringgit akibat ditipu gf..gurl tue sanggup bagi daranya semata2 mahukan duit..dan dia xkisah hilang dara dan dengan riak berkata"ala stendetla perempuan KL ni xda dara"

    BalasPadam
  28. bagaimana nk buat.....nafsu yg mengawal akal...dan kehendak material manusia yg xkn padam...jd....pelacuran ini akan kekal...tdk tahu berapa lama....tidak hairanlah ia juga adalah salah satu industri yg tertua di dunia

    BalasPadam
  29. saya ada satu cerita yg membuatkan saya tidak faham ... saya mengenali wanita tersebut dia sanggup melacur sedangkan kehidupanya mewah .. dan dia hanya mahu di belanja makan sahaja sebagai bayaran . Sama ada dia suka melakukan hubungan sex atau pun masa lampau yg gelap dan berangapan sisa-sisa hidupnya harus menjadi begitu sahaja .. boleh tolong terangkan

    BalasPadam
  30. kesian tgok perempuan dan generasi sekarang.... mereka xfikir yg diatas sentiasa menangis supaya kembali kejalan yg betul... hukum neraka lebih kejam... kenikmatan yg salah didunia.. kesakitan yg terkejam dineraka... kemaluan dicucuk dengan benda tajam dan panas,,, xdpt bygkan btapa sengsara... btg yg masuk ke kemaluan anda secara haram tnpa hubungan yg sah ialah batang yg membawa tiket percuma keneraka.....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.