Sabtu, Mac 28, 2009

Jangan Bakar Lori

Jam 10 pagi tadi ada lelaki menghubungi saya.

“Ada banyak lori pengangkut pasir lalu-lalang depan kawasan perumahan kami sebab ada construction tengah buat kat area ni. Bawa laju-laju, bahaya kepada budak-budak. Dia orang parking lori sesuka hati sampai kami nak parking susah. Kami rasa macam orang asing pula. Mazidul boleh tolong ke?”

Saya katakan kepadanya, pemandu lori sekarang bijak. Jika pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ membuat operasi, semua lori akan berhenti di tepi jalan. Mereka arif, JPJ tidak boleh mengambil tindakan ke atas lori diletak di bahu jalan. Biarpun pelik kedengarannya, itu hakikat.

“Jadi apa boleh kami buat?,” soalnya lagi.

“Senang, kumpul semua penduduk, tahan lori tu, peringatkan jangan bawa laju-laju di kawasan perumahan. Tunjukkan kita boleh bersatu. Tapi jangan pukul sesiapa, jangan bakar lori. Kalau ada 20 lori, ada 200 penduduk takkan tak boleh buat”

Segelintir masyarakat kita berani berdemonstrasi di jalanan kononnya untuk menegakkan sistem demokrasi. Manakala, majoriti kita teragak-agak membela nasib sendiri apabila terhimpit. Pendirian saya jelas, saya hanya akan menolong golongan terbukti berusaha membantu diri sendiri terlebih dahulu sebelum menagih bantuan orang lain.

8 ulasan:

  1. kalau saya ditempat pengadu tu,
    lebih baek d rakam aksi pmdu lori tersebut, lalu dipertontonkn kpd pihak JPJ, boleh ker?

    Setuju dgn kata2 En Mazidul di perenggan akhir..

    BalasPadam
  2. Risiko daripada aktiviti lori2 berkenaan ialah kemalangan yang juga boleh membawa kepada kematian. Cakap2 sahaja tidak dapat mengubah keadaan. Tindakan berhemah dengan sertamerta perlu dilakukan. Sebenarnya isu ini amat mudah untuk diselesaikan sekiranya yang terlibat menggunakan akal dan bersifat rational.

    What say you.

    BalasPadam
  3. sangat setuju...
    bila ada demonstrasi kritik kerajaan laju je buat...
    pasal hal masalah sendiri malas..
    mentaliti di takuk lama..
    masih mengharap bantuan kerajaan...

    BalasPadam
  4. malu dgn org melayu skrg asik berdemontrasi jalanan jek.. :(

    BalasPadam
  5. aksi pemandu lori tersebut tak perlu nak dipertontonkan pada pihak JPJ sebab JPJ mungkin dah sedia tahu cuma tindakan belum di ambil.

    BalasPadam
  6. I know wat u mean, bro. I actually 100% agree with u on the "i will only help those who have proven to be able to help themselves before seeking for help". Kudos, keep up de good wrk.

    BalasPadam
  7. Betul tu Bro

    Jangan bakar lori
    Bakar sampah
    atau pun bakar ikan atau satay
    Lagi bagus... masing masing kenyang
    He he he he he

    Perkara ni pihak yang berkuasa dan wakil rakyat yang telah dipilih boleh menyelesaikannya...
    Insya Allah walau lagi 5 tahun kena tunggu, selesai tetap selesai... he he he he he he he

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.