Khamis, Mac 19, 2009

Tidak Banyak Berbeza

Senario I

Majoriti wanita kini memandu kereta. Mereka memandu antaranya ke tempat kerja, ke pasar dan ke pusat membeli-belah.

Bersesuaian fitrah wanita gemarkan kecantikan, mereka sedaya upaya memastikan kereta dipandu dibasuh dan divakum bersih, di bahagian luar dan dalam. Manakala ruangan meletak barang di belakang kereta, tersusun rapi. Jika ‘disentuh’ lelaki, wanita pasti bersuara.

“Awak ni! Kita dah susun kemas semua barang di belakang tu dalam kotak. Kalau ambil barang, letaklah balik kat tempatnya. Jangan biarkan berselerak. Banyak kali dah kita cakap, degil”

Lelaki, selalunya mendengar kata dan menurut ‘perintah’. Jarang mengulangi perbuatan sama sekiranya tindakan dilakukan tidak disenangi wanita.

Senario II

“Ha? Kereta rosak kat mana?,” tanya lelaki.

“Di kilometer 127.2 Lebuhraya Utara Selatan,” jawab wanita panik.

Biarpun sibuk bekerja, kebanyakan lelaki akan tetap bergegas ke lokasi.

“His! Kereta ni bukan rosak,” jelas lelaki, sabar.

“Habis tu?,” soal wanita.

“Tengok ni, air bateri dah tinggal setitik, air radiator kering, minyak hitam habis. Tu tengok tayar belakang kanan pun tak cukup angin. Lain kali bawa kereta tengoklah dulu, hantar servis, jangan main pandu jer”

Percayalah, biarpun diperingatkan berulang kali, kejadian sama pasti berlaku lagi, bezanya cuma masa dan lokasi kejadian sahaja.

Kesimpulannya, sikap lelaki dan wanita tidak banyak berbeza.

21 ulasan:

  1. Salam to Uncle Mazidul and all readers. Situasi ni agak serupa dengan pelajar lelaki dan perempuan dalam Fakulti Kejuruteraan. Dari segi peperiksaan, kaum hawa sememangnya memberi tamparan yang hebat pada kaum Adam. Tapi katakan lah kalau bahan projek@experiment ni "hang", atau ada masalah lain, maka sentuhan kaum Adam munkin mampu menundukkan celoteh mahupun cakap2 golongan hawa yang dilihat dominan dimana2 kampus.

    BalasPadam
  2. Hish, manenyer serupa lelaki dan perempuan..

    Tapi dalam banyak hal, perempuan lebih teliti dalam pekerjaan.

    Cuma, kalau bab kereta ni, saya pun setuju, perempuan tau memandu sahaja.

    Bab kewangan, perempuan lebih 'afdal'.. hehehe

    BalasPadam
  3. senario satu... kalau saya mmg lah bising...

    senario 2..

    kalau saya ada kereta lah kan... saya tidak akan selalai sebegitu...
    sbb even bukan kereta saya.. (kereta suami)... kalau nak jalan jauh ke... balik KL ke... mesti saya bising periksa semua... n saya akan pesan kat adik ipar saya... setiap kali servis tempelkan mile ke berapa nak servis...

    kesimpulan... tak semua karenah membebel jatuh pada perempuan, lelaki jua ada yg begitu

    BalasPadam
  4. Ha..ha..(gelak besar), itulah realiti manusia..
    Bila si lelaki terlupa, perempuan tunjuk rupa, tapi bila perempuan terlupa, lelaki pula tunjuk kepala.

    BalasPadam
  5. senario yang benarrrrr.....hahaha..lelaki 1 calar kat kete pon mesti bising...tp ade juga lelaki yang selekeh dalam penjagaan kereta..

    BalasPadam
  6. hehehe

    H.E.H

    nice comment

    Bila si lelaki terlupa, perempuan tunjuk rupa, tapi bila perempuan terlupa, lelaki pula tunjuk kepala

    BalasPadam
  7. Sama sajah aaaaaaaaaaaah......

    Betui.....Gua sokong.....
    Naik jer pandai......

    Sikit2 rosak..

    Kring....Kring....Kring...
    Halooooo....Abg...
    Keta Ayang.....pomcit laaaaa....

    BalasPadam
  8. tengok sebab dan peristiwa..ada beza dan ada tak beza....

    kalau pasal rumahtangga, kisah mereka cam pimai tang tu aje..

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  9. Salam...

    Pompuan selalunye memang gitu... Pandai bawak je.. Petrol pun suami yang tolong isi...

    Saya ada dua kete ... dah 7 tahun saya selenggara dan juga isi petrol untuk kedua-duanya. Wife saya??? Apa pun tak tau.. memang sadis ..

    BalasPadam
  10. Lelaki dan perempuan, suami dan isteri, memang gitu lah... saling lengkap melengkapi.

    Suami pemalas, isteri rajin.
    Isteri pemalas, suami rajin.

    Suami lepas tangan, isteri prihatin.
    Isteri lepas tangan, suami prihatin.

    Kalau dua2 rajin dan prihatin, cantik la rumahtangga.

    Tapi kalau dua2 pemalas...dua2 jenis lepas tangan, hancur la rumahtangga..

    BalasPadam
  11. setuju dgn abuamin..

    tapi kalo bab keta sy yg selalu remind huby tarikh servis,pam tayar,minyak dsb :)

    kalo setakat cek minyak enjin,air bateri sy buat sendiri jek :)

    dan kami mmg ade tugas masing2..sy WAJIB pastikan dlm keta bersih & selesa huby pulak part luar keta..dat means keta mesti bersih sokmo hehe.. :D

    so far semua berjln lancar dan kami hepi dgn tugas masing2.. :D

    BalasPadam
  12. Apa bezanya?
    Bezanya dia lelaki,dan dia perempuan
    Macam abuamin kata..saling melengkapi.

    BalasPadam
  13. Salam Khaulan..

    Itu lah lumrah manusia..tapi tak semua macam tu..tengok orang juga la..Ada yang jenis Teknikal sikit ok la (Wanita). Kalau yang jenis redah je..tu yg susah..

    Ada juga lelaki yang pakai redah je..yang dia tahu isi petrol, start keta jalan, sampailah rosak..alih2 pomen cakap kena tukar enjin sebab dah jamme teruk sebab minyak pelincir kering langsung..

    Bukan kata semua lelaki dan perempuan macam en.mazidul katakan di atas. Ada segelintir la..kalu tak lelaki perempuan ..

    BalasPadam
  14. nasib baik aku dan isteri tak kereta... kami naik kenderaan awam untuk ke mana-mana.... anak-anak pun sama... jadi, takder masalah apa-apa tentang hal ini... kalau rasa nak pelangkong pun, cuma kat pemandu bas yang gemar menghisap rokok masa tengah bekerja atau pemandu teksi yang tangannya tak duk diam....

    BalasPadam
  15. mastika berkata...

    Salam...

    Pompuan selalunye memang gitu... Pandai bawak je.. Petrol pun suami yang tolong isi...

    Saya ada dua kete ... dah 7 tahun saya selenggara dan juga isi petrol untuk kedua-duanya. Wife saya??? Apa pun tak tau.. memang sadis ..


    bab tuang minyak... he he he... boleh tak bg alasan, "takut ah isi... kang salah isi meletup..."

    satu lagi ayat bila kene paksa isi... "alamak, petrol kene kat tangan lah... mati lah aku jap lagi..mahu terbakar nih"

    itu ayat seorang perempuan yang takot yang amat... sbb tu lesen tak dapat dapat lagi

    BalasPadam
  16. alaahh...biasa lah tu..kalau suami malas..isteri mesti rajin..kalau isteri malas..jarang suami yg rajin..hhhuhuh..jgn marah..

    lelaki isi myk..biasalah..kan isteri tolong suami carik nafkah..apa salahnya tlong tuangkan minyak skali. tkkan isteri nk isi jugak kot...kenalah saling melengkapi antara satu sama lain..bak kata kengkawan yg lain tu...

    BalasPadam
  17. hehe, senario pertama

    perempuan biasa laa, walaupun kereta buruk ttp nampak mengancam.


    senario kedua

    saya nie pemandu baru lagi but still jugak ambik berat terhadap enjin kalau tak tahu buat hantar kedai laa periksa hehehe...

    BalasPadam
  18. hahaha..terasa saya..huhu..selalu ingat nak cek tp selalu juga terlupa. hehe..kalu dah jadi ade je mangsa yang akan kena panggil. lagi pucat muka ni bila kredit hp habis atau org yang kita call tp x angkat..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.