Ahad, Mac 29, 2009

Pelacur Pondan Berleluasa

Jam 11 malam tadi saya, wartawan 360, Harris dan jurukamera, Talib berada di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Puluhan pelacur tua dan muda pelbagai bangsa berkeliaran menunggu pelanggan di lorong belakang kedai. Saya memberhentikan kereta di kawasan berhampiran.

“Pergilah keluar, jadi pelanggan,” arah saya kepada Harris.

Dia bertemu gadis duduk berlunjur di atas bekas plastik ais berwarna merah. Dalam samar malam, dia kelihatan lebih muda berbanding pelacur lain, ‘expired’.

“Indonesia, 28 tahun. Dulu dia kerja kontrak, kerja dah tak ada. Dia cakap dulu kerja dapat RM30 sehari, sekarang layan pelanggan sekali dapat RM50. Itu rate dia pelacur paling muda la di sini, kalau pelacur lain, RM30 saja,” jelas Harris semasa kembali ke kereta.

Semasa rakaman dijalankan, saya dan jurukamera di dalam kereta, bapa ayam, berbaju hijau berseluar pendek mundar-mandir berhampiran, mujur dia tidak perasan, pandangan terhalang dek gelap malam.

Tinjauan kami teruskan.

“Tu, mak nyah comel, pergilah interview,” arah saya sekali lagi kepada Harris.

Tanpa berlengah dia menghampiri Kathy, mengenakan pakaian seksi body-hugging berwarna putih. Ditemubual tanpa disedari dirakam, Kathy selamba melayan Harris.

“Huh! Cantik bang, mengalahkan perempuan. Umur 18 tahun, kulit licin betul. Sekali ‘layan’, RM50,” komen Harris ringkas.

Kurang lima minit, Kathy disambar pelanggan Cina dan mereka pantas menaiki tangga ke kamar di bahagian atas rumah kedai.

Kesimpulannya, ‘Belakang Mati’, Chow Kit Road tidak pernah lekang daripada kegiatan maksiat biarpun berulang kali dibongkar media.

360, siaran 1 April bakal memaparkan sisi gelap kawasan sama, moga pihak berkuasa mempercepatkan pembangunan semula Chow Kit.

15 ulasan:

  1. moral masyarakat negara yang menuju status maju menjelang 2020...
    selain paparan d harap 360 membuat tindakan susulan kepada pihak berkenaan agar pembangunan bahagain atau tmpat berkenaan di teroka mnjadi lokasi bersih maksiat...
    wallahu a'lam...

    -Andeh-

    BalasPadam
  2. Bro......Dah lama Gua tak singgah kat sini.....

    Wow!!! hangat nih.....
    Kekadang Gua tetanya gak dengan diri sendiri kenapa ada PONDOK POLIS kat sana....adakah hanya untuk wayang gambow saja.....

    Benda2 nih semua harus dipantau dan dicegah berterusan ....kalau takat hangat2 taik ayam tak jadik owhhhhh...

    BalasPadam
  3. Salam sdr Mazidul,
    CHOW KIT ROAD..
    tetap tak berubah sejak dahulu lagi. Tempat yang kotor... dengan sampahnya, jalan berlopaknya, pendatang asingnya, pelacurnya.

    bila agaknya berlaku perubahan drastik kat situ? CHOW KIT ROAD..
    siapa punya ek?

    BalasPadam
  4. "Belakang Mati" memang sinonim dengan kegiatan pelacuran baik wanita atau pondan sebelum saya dilahirkan lagi. Rata-rata masyarakat yang bermoral mahukan "belakang mati" dimatikan dan dihidupkan semula dengan panorama yan lebih menyelerakan.

    Namun secara peribadi kegiatan pelacuran "low class" ini tidak akan dapat dihapuskan walaupun "Belakang Mati" telah dimatikan sbb demand tinggi. Kita lihat di "Kampung Pahang"Johor Bahru dan "Samy Road" di Port Kelang. Tempat-tempat tersebut telah lenyap dan dibangunkan namun kegiatan semakin banyak di merata kawasan dan lebih terbuka. Hanya satu cara sahaja sekiranya kita mahu kegiatan ini dihentikan terus. "Kasi" sahaja mereka yang diberkas melanggan pelacur baik wanita atau pondan.

    What say you?

    BalasPadam
  5. Epoi, pondok polis sudah dirobohkan. Baru2 ni dah buat acara pecah tanah, khabarnya ingin membina satu lagi di kawasan sama.

    Semalam, semasa membuat tinjauan terserempak 3 anggota polis membuat rondaan menggunakan motosikal. Mereka menghampiri kereta saya. Saya cakap,"Banyaknya ayam". Dia balas, "His! Mana ada ayam lagi kat sini!", saya balas,"Wartawan saya baru habis interview, nanti tengok dalam 360 minggu depan ok!". Akhirnya mereka beredar dari kawasan terbabit. Malu alah sebab pada awalnya mereka tidak perasan saya.

    BalasPadam
  6. Hazlin, di Belakang Mati sekarang, gerai makanan tanpa lesen semakin bertambah. Penjual ubat kuat juga bersepah, sampah apatah lagi.

    Berada di kawasan sama, rasa takut. Penagih dadah berkeliaran mengutip duit parking.

    November lalu, Menteri Wilayah, Datuk Seri Zulhasnan membuat kenyataan akan membangunkan semula Chow Kit. Nanti kita tengok perkembangannya. Saya dan krew sedang cuba merakamkan temubual bersama beliau.

    BalasPadam
  7. Tahniah En Mazidul & Krew 360,
    berani sungguh mmbuat liputan sebegini, kagum dgn keberanian anda semua.

    saya juga pernah nmpk pelacur ni dlm jarak yg jauh, mmg mereka kelihatan cantik & luar biasa, terutamanya pondan, mmg menarik perhatian, kalah wanita tulen.

    Lihatlah, betapa murah nilai maruah mereka..

    wanita indonesia gigih mncari wang demi mnruskan hidup. mmilih jalan singkat utk mcri wang lebih. bukankah byk pekerjaan laen di luar, iyelakn kite xtau ape yg mereka rasa, mungkin itu yg tbaek bg mereka..

    saya rasa isu pelacuran d Chow kit road tdk akn berakhir sekiranya Pihak berkuasa tdk melakukn sesuatu. bile dipapar dlm TV baru nk menggelabah buat serbuan. pelacur ni pintar, mcm2 tektik dorg lakukan...

    BalasPadam
  8. kecian...kecian...
    bila menjawab soklan tanpa usul periksa..

    BalasPadam
  9. tadi combi jupe pompuan cantik,seksi,badan mengiurkan..

    bulu mata lentik,rambut rebonding..

    kaki pnjg tapi bontot tak lentik laa :p

    tak puas combi perati sbb sgt laa cun.tetiba combi dgr suara dia masa nak bayo kat cashier..hampehh rupanyer 'maknyah'

    tapi combi rasa kesian pulak sbb pernah dgr pengakuan yg dorang mmg tak minta dilahirkan mcm gitu.naluri wanita sgt kuat dlm gen dorang.

    kalo bole sembang dgn parent dorang mayb kita bole tahu suka duka punya anak seorg 'maknyah'.

    amacam en. mazidul..setuju tak?

    BalasPadam
  10. Kalau gomen betul2 serius nak benteras mungkin boleh clean up segala lorong yg ada di KL....tapi apakan daya ..penawaran melebihi permintaan ..mungkin dah menjadi trademark or landmark...tempat2 begini

    BalasPadam
  11. masih persoalan yang sama?...

    di mana jentera kerajaan?..

    ada...

    apa mereka buat?

    saya pun tak tahu

    nyata... ada polis semasa abg mazidul buat liputan tentang isu ini...

    apa yang mereka boleh buat?...

    pembangunan semula chow kit?

    ketegasan? ada?...

    argh... susah kalau tiada tindakan yang rigid dari mereka yang berkuasa...

    masyarakat... siapa lah yang berani nak tegur kan?...

    BalasPadam
  12. bagus echah... apa kaat kita temubual ek... family yang ada anak maknyah...

    BalasPadam
  13. Dah banyak kali kata nak bersihkan fchow kit tyu..
    tapi sama jer...
    tak berubah...

    BalasPadam
  14. mereka masih terus berani melakukan perkara macam tu walaupun kegiatan ini pernah beberapa kali dibongkar mungkin sebab tidak takut pada undang-undang dan seolah-olah pada mereka pihak berkuasa tidak buat kerja.

    BalasPadam
  15. Hairan juga..begitu banyak kerja halal yang boleh di jalankan, kenapa pelacuran jadi pilihan.. bukan tak kasihan dengan mereka tetapi mereka sendiri tidak kasihan pada diri sendiri. kalau mereka kata tidak ada kerja lain untuk mereka,itu hanya alasan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.