7 Mac lalu, di tepi pantai Mukah, Sarawak saya terserempak wanita berketurunan Melanau, 62 tahun. Biarpun pada usia emas dia kelihatan gigih berseorangan menangguk udang kertas halus menggunakan ‘pakak’ untuk dibuat belacan. Berkaki ayam dan cuaca panas bukan penghalang dia mencari rezeki di laut. Melihat saya menghampiri dan merakamkan gambar, wanita terbabit bergegas pulang ke rumahnya di kawasan berhampiran, rumah diperbuat daripada kayu, tanpa daun pintu. Terlintas di fikiran saya, betapa sukar kehidupannya sebagai isteri berbanding isteri lain tinggal di bandar.
“Suami saya kerja potong pokok, kalau kerja satu orang, wang tidak cukup mahu kasi makan anak, jadi saya kerja macam ini lah, saya redha dengan apa saya lakukan, tanggungjawab, biarpun susah,” ujarnya kepada saya.
Saya kagum melihat ketabahan wanita itu.
Malam sebelumnya saya menonton siri Gerak Khas, isteri pegawai polis berpangkat Sub Inspektor, dilakonkan A. Galak berkata …
“Awak ingat saya ni pembantu rumah? Asyik nak suruh saya buat air untuk awak minum”
Jika benar ada isteri bersikap sebegitu, mempertikaikan tanggungjawab mereka, mungkin dia harus dihantar ke Mukah, belajar erti pengorbanan sebenar.
kebanyakkan org2 di sabah,adalh org krg berkemampuan...
BalasPadamtp mereka nilah yg lebih gigih cari rezeki tuk ank2 mereka...
Salam,
BalasPadamTidak dinafikan peranan wanita untuk berkerjaya. Namun, persoalan status mereka..
tatkala berada di bawah pimpinan suami tercinta
maka tanggungjawab sebagai seorang isteri perlu dikota
Suami perlu ditaati dan dihormati selagi perintah si suami
tak pernah bercanggah dengan kehendak yang ditentukan Ilahi
Justeru, peranan suami dalam mendidik isteri
sama penting demi aspirasi rumah tangga yang mereka jalani
agar terus bersemi dan abadie
...insya Allah
-Andeh-
betapa besarnya pengorbanan seorang isteri
BalasPadamhttp://pkrpasdap.blogspot.com
BalasPadamsaya masih ingat kata-kata seorang ibu tunggal(seorang artis) dalam MELODI. dia ditinggalkan suaminya dan berkahwin di indonesia bersama anak2 yang sudah besar.
kata anak2 mereka- KAMI TAK KISAH KALAU HILANG AYAH TAPI TAK BOLEH HIDUP KALAU IBU TIDAK ADA.
kalau diikutkan zaman dulu, bila suami pergi beperang..ade jugak isteri turut sama berjuang..mgkin bukan dalam segi mempertaruhkan nyawa..tetapi dari segi menyediakan pekakas peperangan.. membuat anak panah..menyediakan makanan..belum lagi mengubati sesiapa yang cedera..
BalasPadamKaum ibu di sana lebih merasa perit dan kesusahan hidup jika dibandingkan dengan di sini, mungkin keadaan landskap jurang ekomoni yang begiti jauh yang membezakannya. Disini mungkin duit RM10 dipandang rendah tetapi disana duit sebanyak itu besar nilaiya
BalasPadamApabila diri merasai ade tanggungjawab, kerajinan dan ketabahan akan hadir tak kira usia dan keadaan.
BalasPadamIni adalah satu contoh ketabahan dn tanggungjawap seorang isteri untuk menolong suami dan anak.
http://atanahmad.blogspot.com/
Salam..
BalasPadamItulah dunia sekarang. Masalah orang kita, apabila sudah senang nak senang lagi. Saya takut jadi orang senang, biarlah susah, takut lupa diri.
Saya respek Orang Mukah. Biarlah miskin harta, tapi kaya dengan kesedaran dan membuatkan orang yang senang insaf.
miskin harta, tp juta dgn budi bahasa dan nilai2 murni, mencari rezeki yg halal demi menyara keluarga, biarla ape org nk kata pasal kite...
BalasPadamKegigihan mereka patut kita contohi untuk kita terus memajukan diri bangsa dan juga agama..Tanpa usaha yg gigih,agak mustahil sesuatu itu akan berjaya..
BalasPadamNabi dah bagi jaminan kepada wanita:
BalasPadam1. Taat perintah Allah (buat ibadah wajib spt solat, dll),
2. Taati suami (suami yg soleh la..)
CONFIRM SYURGA BAGINYA!
“Awak ingat saya ni pembantu rumah? Asyik nak suruh saya buat air untuk awak minum”
BalasPadamjgn salahkan isteri jika sanggup mengatakan sedemikian rupa kpd suami kerana ramai suami MMG tak pandai menghargai isteri..
kalo suami pandai mendidik isteri dgn penuh kasih syg INSYAALLAH isteri tak mungkin/tak sampai hati utk mengeluarkan perkataan "kurang ajar" sebegitu.
so TOLONG ajar isteri memasing ekk.suami kan PEMIMPIN..tak gitu en mazidul??
dlm kubur nnt pun suami kena jawab bab amanah/tanggungjawab kpd isteri2 mereka & anak2 mereka.so pikir laa smpi botak kalo teringin nak kawen byk ...hiks :D
........................
kat sabah pun ramai lagi rakyat yg miskin daif lagi naif tapi sesuai dgn peribahasa alah bisa tegal biasa.dorang 'besa jak' kerana teda hutang keliling pinggang dan bole tido lena walopun teda tilam empok dan ekon yg sejuk mengigit smpi ke tulang hitam :)
semua orang masing-masing ada tanggungjawab/hak. jalankan semua itu dengan sesempurna mungkin dan seikhlas mungkin.
BalasPadampengorbanan mak acu menjaga arwah ayah ketika dia sakit terlalu besar...tanpa ada langsung rungutan penat yg keluar dari mulut mak...semoga Allah melimpahkan rahmat nye dalam idup mak...Amin...
BalasPadamkalau taknak isteri berkata mcm dalam drama gerak khas tu, maka suami kenalah main peranan dalam bertolak ansur dgn ister. suami jgnlah asik mengarah itu ini jerk pd isteri..menda yg senang pun nk suruh isteri jgk...berpada2 lah kalau nk bg arahan kat isteri pun...memula ister bleh lah dgr kata suami, dh lelama..bosan jgk..huhuhu....
BalasPadamkadang2 hairan juga. Nenek2 kita dulu bleh lahirkan ramai anak dan keluarga diuruskan dgn sempurna. tp org sekarang lebih suka anak sikit dan ambik org gaji utk uruskan keluarga. Mungkin pmpn sekarang berkerjaya dan tidak sempat utk uruskan hal2 rumahtangga. tp itu kan kewajipan seorg isteri. erm...
BalasPadamnicely captured heheheeh
BalasPadamkesusahan akan buatkan manusia lebih cekal dab berusaha untuk hidup lebih senang.. manakala kesenangan akan buatkan manusia lebih malas, angkuh dan tidak bersyukur... inilah dugaan yang allah berikan pada manusia
BalasPadam
BalasPadam“Awak ingat saya ni pembantu rumah? Asyik nak suruh saya buat air untuk awak minum”
Jika benar ada isteri bersikap sebegitu, mempertikaikan tanggungjawab mereka, mungkin dia harus dihantar ke Mukah, belajar erti pengorbanan sebenar.
lepas ini... buat isteri isteri di malaysia... jangan merungut ye... nanti kena hantar ke mukah...
saya tak nak!!!