Rabu, Mac 18, 2009

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Usia gadis ini, 26 tahun berasal dari Lembah Klang. Menurutnya, teman lelaki memutuskan perhubungan cinta 2 bulan lalu.

“Saya frust dengan lelaki!,” ujarnya di bawah pengaruh alkohol.

Biarpun wajahnya kelihatan gembira, hakikatnya jiwa derita. Dia meneguk arak bagai tiada hari esok, keterlaluan. Tidak mampu duduk tegak apatah berdiri.

“Saya tak pernah tengok dia mabuk macam ni,” bisik rakannya berdiri di sebelah.

“Dia ada anak dua ke?,” telah saya.

Bingkas rakannya menjawab …

“Ish! Mana ada, bujang lagi”

Selalunya, majoriti wanita bekerja di pusat hiburan, janda.

Mengapa gadis ditinggalkan lelaki begitu dahsyat jadinya? Sedangkan mengikut kata pepatah, patah tumbuh, hilang berganti.

25 ulasan:

  1. Salam,

    Pesan orang² tua kalau nak bercinta jangan beri 100% hati pada pasangan dan jangan letak 100% kepercayaan pada mereka.
    Kalau putus kelak takde la frust menonggeng mcm ni.

    BalasPadam
  2. konon2 nya tu nak hilang kan tension, stress... nak lupakan boyfriend la tu... tapi buat benda yg lagi merosakkan badan sendiri...

    pendeknya akal...

    BalasPadam
  3. patah tumbuh hilang berganti. tapi yang tumbuh munkin tak sama dengan yang telah hilang

    tu sebabnya dia frust sangat

    BalasPadam
  4. Kebanyakan lelaki yang berkunjung tempat2 begini (tidak semua) hanya suka menaburkan janji manis untuk melunaskan nafsu dan mengikis harta tetapi apabila sudah mereka sudah mendapat madu, beginilah kisahnya..

    BalasPadam
  5. hati muda
    perasaan bergelora
    terlalu ikut kata
    mudah ikut rasa
    sudahnya.... bencana...

    BalasPadam
  6. Al-Bima, puitis sungguh!

    Wandi, ada kebarangkalian tak kalau pengganti tu lebih baik?

    BalasPadam
  7. Kerana gadis mencintai lelaki kerana nafsu melebihi kasih sebagai sesama manusia...Cinta Ilahi lehib Agung..andai gadis ini punyai keimanan...klu pun tk sepenuhnya, separuh pun mampu mengawal kelakuannya. Pegangan iman rapuh inilah jadinya. Di dunia sesat di akhirat melarat/
    Wallahu a'lam...

    -Andeh-

    BalasPadam
  8. Salah siapa??? Kerajaan?? Ibu bapa??? Kawan kawan ??? diri sendiri???

    Sinonim nya semua ini berkait rapat.. Kerajaan tak mengawal.. hancur pusat semua ni dibuka merata.. Ibu bapa.. manjakan anak .. beri kebebasan sampai anak naik kepala.. memberontak... kawan-kawan.. ni leh kata setan utama.. weh try la sket sket.. Memang try tu tak salah tapi kalau try menda ni lama lama kena try skali ngan orang lain..

    Diri sendiri?? satu hal lagik.. pilih jalan yang salah.. sedangkan manusia sentiasa ada apa apa yang akan berlaku dia sendiri automatik otak akan bagi input jalan jalannya untuk keluar dari sesuatu hal.. yup salah fikir.. preppp masuk la jalan salah huhu.. Heran.. heran.. heran...

    BalasPadam
  9. "Perempuan-perempuan jahat untuk lelaki-lelaki jahat, lelaki-lelaki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk lelaki-lelaki baik, lelaki-lelaki baik untuk perempuan-perempuan baik pula..."

    Surah an-Nur; ayat 26

    BalasPadam
  10. salam...

    bab hati ngan perasaan ni susah sikit. bagi perempuan, kalau ditinggalkan orang yang dicintai, kiranya masa depan dah musnah. ntahlah. komplekslah perempuan ni. harapnya saya tak jadi begini.

    BalasPadam
  11. http://pkrpasdap.blogspot.com

    jangan salahkan orang..salahkan diri sendiri...

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum abg mazidul,
    saya nak bg link tentang blog rakyat indonesia yang mengutuk malaysia. harap org lain juga dapat tgk blog ini dan sama2 lah kita flag blog ini kerana ianya boleh membawa kpd pergaduhan rakyat malaysia dan indonesia.

    http://id-top.blogspot.com/
    http://www.malingsia.com/

    terima kasih.

    BalasPadam
  13. "patah tumbuh hilang berganti" tapi yg berganti mana mungkin akan sama dgn yg hilang..

    apapun sesuatu musibah itu berlaku akan ade hikmahnyer cuma kita sedar atau lupa,rela atau redha dan positif atau negatif :)

    BalasPadam
  14. En.Mazidul,

    Bila semuanya diserahkan kepada lelaki,jiwa dan raga mungkin juga kehormatan diri diberikan pada yang dicintainya,akhirnya begitulah jadinya..

    BalasPadam
  15. Perlalu terlalu ikutkan perasaan. Lelaki bukan tak ada tapi perempuan lebih beremosi.

    Kita dikurniakan akal, bukan sekadar otak seperti haiwan.

    Berubahkah keadaan jika 10 gallons arak diteguk?

    Dapatkah kita putarkan masa supaya kita tidak lagi sedih?

    Satu pun tidak.

    Life is too short... why make it shorter?

    Senyum-senyum selalu.

    BalasPadam
  16. Mungkin terlalu kecewa kerana apa yang sepatutnya dipertahankan selama ini telah diserahkan...dan setelah itu ditinggalkan dengan janji manis sahaja...

    BalasPadam
  17. janji ingat pegangan dan ajaran agama..
    kelak hidup terpelihara..
    adat terjunjung nama...!

    BalasPadam
  18. patah tumbuh hilang berganti...itu kalau tumbuh yg baru bergantilah..kalau tk tumbuh2 jgk..mcm tulah jadiknya bro...yg penting akal dan nafsu sendiri yg patut dikawal..bila tk terkawal gitulah jadiknya...dh besar panjang..gunakanlah akal waras yg ada tu utk ke arah kebaikan...jgn lah dok gunakan akal utk ke arah yg salah pulak...okeylah..lu fikirlah sendiri erk :P

    BalasPadam
  19. tension? stress?? marah?? sakit hati?? xde ubat ke semua ni?
    islam itu cukup indah... cukup berkesan untuk ubati masalah dalaman seperti ni??? solat 5 waktu, solat sunat, al-quran.... semua nye cukup indah.. tetapi kenapa arak yang pahit, masam dan busuk lagi hina di pilih??

    BalasPadam
  20. hurm... susah kalau hati dah sayang...
    cakap apa pun tak guna...

    BalasPadam
  21. saya sokong kekutu..
    vote for kekutu!!!

    BalasPadam
  22. Apa yang diajar bonda ayahanda sejak kecil? Apa yang diajar guru di sekolah / sekolah agama / pusat tuisyen / maktab / kolej / universiti? Apa yang sepatutnya muslim / muslimah buat di dunia?

    Apa hala tuju dunia? Ke mana kita selepas dunia? eee..ngeri la saya..ampunilah dosa ku dan saudara-saudara seagama islam dengan ku..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.