Khamis, Julai 19, 2012

KEBENARAN PELAJAR MEMBAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH BAKAL MENAMBAHKAN TUGAS POLIS

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong mengumumkan pelajar sekolah dibenarkan membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermula tahun hadapan.

Sehubungan itu ramai pelajar sekolah tersenyum lebar. 

Namun saya percaya pasti terdapat syarat ketat perlu dipatuhi oleh mereka. Masakan pihak sekolah akan membenarkan pelajar bermain Angry Bird sewaktu sesi pembelajaran berlangsung.

Saya cuma khuatir jika banyak kes kecurian telefon bimbit bakal berlaku. 

Maklumlah, mereka kanak-kanak. Sebilangan ibu bapa mampu membelikan anak mereka telefon bimbit berjenama mahal manakala sebilangan lain barangkali tidak mampu menyediakan alat telekomunikasi untuk anak biarpun berharga di bawah RM100. 

Persaingan dan kemampuan kekadang mengundang bahana, begitu lazimnya.

Mungkin pembaca pernah mendengar kes beg sekolah pelajar diselongkar dek rakan sekelas. Pensil, pembaris dan pemadam dicuri. Namun itu bukan kes besar kerana harga barangan terbabit tidak mahal lalu tiada laporan polis dibuat oleh mangsa.

Bayangkan jika telefon bimbit dan iPad berharga ribuan ringgit dikebas. Kejadian itu bakal mengundang kekecohan sekiranya berlaku. Pihak pengurusan sekolah kemudian terpaksa melakukan siasatan awal dan pada masa sama membuat laporan polis.

"Encik, pemadam anak saya dicuri di sekolah, saya hendak membuat laporan polis dan mahu tindakan diambil"

Mungkin kenyataan itu hampir mustahil diungkapkan oleh ibu atau bapa pelajar jika membuat laporan di balai polis, berbanding ...

"Encik, iPhone 4s anak saya berharga hampir tiga ribu ringgit hilang sewaktu dibawa ke sekolah"

... jika pelajar dibenarkan membawa alat telekomunikasi ke sekolah.

Sebaik kejadian dilaporkan di balai berhampiran, polis harus menjalankan siasatan sekaligus mengambil tindakan. Justeru Pegawai Penyiasat selama ini melaksanakan tugas berhubung pelbagai kes jenayah lain seperti menyiasat kes bunuh, rogol, rompak, ragut dan samaun, terpaksa hadir ke sekolah untuk menyiasat kes kehilangan telefon bimbit.

Itu belum lagi ...

"Encik, iPad anak saya kena curi. Dia simpan di dalam beg tetapi beg dia telah diselongkar"

Terfikir, mengapa iPad sahaja dibenarkan? Bagaimanakah dengan produk berfungsi sama berjenama lain? Samsung Galaxy Tab?

Tidak hairan jika keputusan diumumkan di akhbar semalam bakal dibantah oleh pelbagai pihak, klik di sini sebagai contoh. 

Teringin benar saya mendengar komen daripada Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM, berhubung keputusan Kementerian Pelajaran. Kita tidak mampu menduga jika telefon anak anggota dan pegawai PDRM juga bakal hilang akibat dicuri di sekolah pada tahun hadapan.

Hemat saya, Kementerian Pelajaran sepatutnya terlebih dahulu menjalankan kaji selidik untuk merekodkan pandangan ibu bapa secara kolektif sebelum mengumumkan keputusan itu.

Simpati saya terhadap pelajar sekolah tinggal berhampiran pekan Slim Village, PERAK.

"Pelajar di kampung lain dan bandar boleh membawa telefon bimbit ke sekolah. Kita pun boleh tetapi signal tidak ada. Pak cik Mazidul sudah menulis berulang kali di blog dia, contohnya, klik di sini. Terbaru, khabarnya line Maxis akan ada pada penghujung tahun ini di kampung kita. Cuba klik di sini untuk mengetahui perkembangan itu," keluh pelajar.

"Tidak ubah macam janji Pilihan Raya pula kan?," celah rakannya.

"Tetapi, cuba awak fikirkan semula, kalau nanti banyak berlaku kes kecurian telefon bimbit di sekolah kita, adakah masa untuk polis di Balai Slim Village melakukan siasatan? Sedangkan kedai mesin judi berkomputer di pekan kita, beroperasi di hadapan mata masih tidak dapat ditangani, klik di sini," balas rakannya kembali. 

Saya percaya, semua pembaca mempunyai pandangan peribadi berhubung isu pelajar dan telefon bimbit ini samada anda tinggal di Malaysia atau di luar negara.

Sila catatkan buah fikiran di ruang komen, biar pihak kerajaan mengetahui isi hati kita.

HEBAHKAN

23 ulasan:

  1. cik Mazidul,


    tugas cikgu pun tambah lagi satu... jadi pegawai penyiasat sebelum reot ke balai polis.. pihak sekolah kena sediakan satu 'bilik bicara' pulak utk kes-kes kecurian gadjet cam ni..

    BalasPadam
  2. lepas ni PIBG akan buat kutipan yuran lebih tinggi la sbb nak byr bil elektrik yg meningkat sbb budak2 smue sebok cas hp kat kelas... lps ni susah la nak kntrol penggunaan internet sbb budak2 dah boleh layan web lucah dgn sng... waktu rehat pun boleh layari...

    BalasPadam
  3. pasti pelajar kurang tumpuan kepada pembelajaran.

    BalasPadam
  4. Akan bertambahlah masalah sosial sedia ada..ayooo...

    BalasPadam
  5. saya bosan dengan isu ni..takde faedah dan kebaikan pun, puas saya fikir kebaikannya tapi langsung tak jumpa..

    adakah wee ka siong nak meraih undi??Mungkin ya..

    BalasPadam
  6. for sure anak saya akan request hp lepas ni.. silap2 tablet ni pun di kendongnya ke sekolah... adoiii malas nak layan

    BalasPadam
  7. mesti lagi bnyak kes kecurian akan berlaku di sekolah...konfom..
    budak2 lain yg tidak berkemampuan memiliki gajet tersebut bgaimana??keinginan untuk memiliki ???cara pling pantas adalah mencuri ...

    BalasPadam
  8. Saya cuma nampak kebaikan yang sedikit berbanding lebih banyak keburukan yang mungkin berlaku. Mungkin kena cipta telefon yang boleh buat 3 panggilan sahaja, contoh, ibu bapa,sekolah & polis.

    BalasPadam
  9. banyak keburukan dpd kebaikan saya fikir,masalah sosial pelajar,hilang tumpuan belajar,jenayah kecurian dan berbagai lagi...sepatutnya tidak perlu utk pelajar sekolah.

    BalasPadam
  10. sebagai guru saya bersetuju dgn kenyataan En MAS: persaingan dan kemampuan kekadang mengundang bencana...positif sedikit yang banyaknya adalah negatif..

    BalasPadam
  11. betul tu saya setuju dengan bro, saya nampak pelajar sekolah bawa telefon bimbit lebih banyak keburukannya dari kebaikannya. zaman kita dulu pun tak pernah pakai handphone pun kat sekolah, jadi juga engineer, jadi juga doktor...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. makin susahla cikgu nak kawal anak murid..lagi2 di Bintulu ni..apabila cikgu dari semenanjung yang mengajar, hormat tu sangat2 la kurang...kesian housemate2 saya..;(

    BalasPadam
  13. salam satu malaysia

    wow...satu malapetaka buat pendidik dan pelajar sekolah.....masa bebual atau melayari internet di dalam tandas....masa terluang untuk ulangkaji di penuhkan dengan bermain game....pelajar akan balik lamabt dari sekolah....tokey kedai buat banyak untung sebab beli talipon curi dan jual semula kepada pelajar....kalau terjadi nyer kes curik dan si pencuri tu dapat di tangkap>>>>apa tindakan pihak sekolah akan ambil....buang sekolah...pastu bila tertangkap satu ....tertangkap la pulak rakan subahat....seramai 10 orang....apa hukuman yang boleh diambil....bila pelajar salah paham...mungkin gajet itu menjadi taruhan untuk di pecahkan...jika harijadi bagi pasangan kekasih di sekolah...mungkin talipon menjadi permintaan....akhir sekali prepaid....aduss sapa nak top up...buat kerja part time(seperti ringan-ringan) untuk dapat top up...kes ada di laporkan di dalam surat khabar pelajar jual diri untuk gajet mewah....so...apa lagi positive nyer....

    Moral of stories: PM kita adalah PM yg ke 6...tanpa hp PM ...PM kita ini telah memerintah kerajaan dengan jaya nyer....negara kita telah melahirkan angkasawan negara juga tanpa hp ketika bersekolah....doktor,guru,engineer dan sebagai nyer...terlahir juga tanpa hp di sekolah...sejarah telah terbukti tanpa hp semua insan boleh berjaya

    sekian

    BalasPadam
  14. Salam Bro...
    Sebelum ni, " Abah beli bag angry bird, Naufal tengok kawan pakai.."

    Selepas ni, " Abah beli ipad, kawan naufal semua pakai kat sekolah,"

    Argghhhh...parah la, kalu 3 anak sekolah nak beli 3.....

    BalasPadam
  15. Banyak keburukkan dari kebaikkan..harap sebelum dilaksanakan ada kajian yang terperici dan diperhalusi terlebih dahulu..kekadang cadangan pihak yang diatas tak pernah fikir kesan diperingkat pelaksanaan.

    BalasPadam
  16. Saya KONPEM tak stuju 100%. Perkare pertama yg terlintas dlm kepala yelah dah tentu beg sekolah anak-anak kita bakal jadik sasaran peragut. Saya pernah kena ragut tahun 2000 dulu tapi even dah 12 tahun, saya masih trauma. Belum lagi amek kire 13 jahitan yang saya dapat kat pipi sebab kena seret sepanjang 1/2 km sebab pertahankan henbeg. Itu saya. Macamana kanak-kanak pulak kalau menghadapi situasi yang sama? Saya tak sanggup!
    My latest Entry :)
    Tazkirah #1

    BalasPadam
  17. Kalau yang duduk asrama penuh, lagi kesian...kena rebut soket nak charge tpon. Sedangkan nak iron baju pun kena beratur...Agaknya nnti kena buat satu booth khas utnuk charge tepon macam kat airport. Kalau jadi pengawas, lagilah rasa berat nak 'rampas' tepon time operasi, sebab kita tahu ada juga yang bwak tepon mmg hanya untuk tepon mak ayah yang nun jauh di sana. Pulak tu asal cukup aje duit syiling yang dikumpul daripada hasil belanja kat kantin, setiap hujung minggu kena beratur panjang kat public phone.Al maklum lah, bukannya Telekom hanya letak maximum 5 booth per 500 pelajar satu sekolah. Tak pkai syiling, pakai kad. Sekali tepon jarak jauh dah habis 5ringgit.Itu kalau yang ikut peraturan lah.Yang curi2 bawak tepon tu, pandai2 lah janji tak kena cop "BAD STUDENT"ngn guru disiplin. Kalau bawak tepon, mmg agak menyenangkan pelajar dan ibu bapa nak uptodate dgn anak2.

    Klau budak sekolah harian, agak wajar mungkin? sebabnya diorang boleh nak tepon mak bapak,polis atau cikgu masing..lagi2 kalau kena ulang-alik sekolah jalan kaki, atau bus.Mak bapak sure risau akan keselamatan budak2.

    Sekadar beri pandangan dari pengalaman...(*V*)

    p/s: Mesti guru disiplin garu kepala pikir isu ni.

    BalasPadam
  18. sy sgt2 tidak setuju...jika masalah komunikasi yg ditimbulkan,hanya perlu menyediakan perkhidmatan telefon awam sahaja di sekolah..kalau ibubapa ada emergency case, telefon sahaja pihak sekolah..byk negatif dari positif..

    BalasPadam
  19. Kalau sekolah benarkan hp kat sekolah saya tetap tak benarkan anak2 saya bawa.Buat macam sekarang emergency cikgu call saya .Saya memang kolot sebab anak2 saya memang tak ada hp ,no fb , no email ....for what ?nak sembang dgn kawan kat sekolah cukup .Kalau kawan2 atau anak2 saya asyik tanya pasal homework dalam phone atau sms pun saya marah.Tadi dalam kelas buat apa ...sembang masa cikgu mengajar .Kena percaya dengan guru di sekolah untuk pantau anak2 kita .Tak payahlah bila kat sekolah sibuk nak pantau kalau kat rumah tak nak pantau pula.

    BalasPadam
  20. apa Bayu merepek tu>>> bayu nie budak SPM kut.....nampak tak matang dalam komen beliau>>>>plz la bayu...mostly yg bagi komen nie dah berkeluarga...dan tahu azab dan kepedihan melahir dan membesarkan anak.....so kalau tada apa input nak kongsi so rasa tak payah la....jgn sebab org nak komen awak pun nak komen>>>>

    sorry and no sorry>>>>

    hahahaha

    BalasPadam
  21. Saya cadangkan kita mula dengan guru dulu jangan pakai gajet canggih-manggih,sebagai bekas murid,akhlak @attitude guru lebih 'kuat' daripada teguran lisan dan marah tengkingan.Saya yakin saudara saudari pun masa di sekolah dulu lebih kagumi guru-guru yang sederhana dalam gaya hidup berbanding guru-guru yang 'demand lebih' tapi hampeh,hehe.. Dan projek Bestari.net(YES 4G) utk sekolah2 katanya wireless bebas utk murid dan guru,setakat ini,TIADA FILTERING!!semua boleh masuk,baguih dok ada...

    BalasPadam
  22. saya tdk setuju langsung!! 1:100000 kebaikan.. noktah!

    BalasPadam
  23. 2013- boleh bwk henfon
    2014- xpayah bawak buku
    2015- semua exam dihapuskan
    2016- sekolah2 dirobohkan..
    2017- semua bodoh

    sekian..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.