Isnin, Julai 09, 2012

KENAPA HARUS MEMANJAT TAYAR SPARE KERETA?

Hujung minggu lalu, Kru 666, Razali, Boy dan Azayusrin bersama keluarga berkunjung ke kampung kelahiran saya, Sungai Bil, Slim Village, Perak.


Mereka dihidangkan dengan juadah kampung.


Selepas makan, saya bawa suami wanita di atas ke lokasi di hulu sungai untuk memudahkan mereka membuat panggilan menggunakan telefon bimbit.

"Ado satu bar di sini," kata Azayusrin dalam loghat Negeri Sembilan.


Untuk rekod, kawasan itu terpencil, terletak kira-kira 1 kilometer dari rumah saya. Hanya manusia separuh waras sanggup ke lokasi terbabit untuk membuat panggilan pada waktu malam.

Perhatikan aksi mereka 'mencari' signal, satu bar.


Mujur semua Kru 666 dilengkapi alat komunikasi, walkie-talkie.


Sekembalinya mereka ke rumah keluarga saya, beginilah kaedah untuk berhubung dengan dunia luar.


Terasa segan, kerana Azayusrin tinggal sekampung dengan Datuk Seri Dr Rais Yatim di Jelabu, Negeri Sembilan.

Di kampung sahabat saya itu, biarpun ketika dikelilingi oleh lembu, saya masih boleh melayari internet.





Di kampung saya, semua alat telekomunikasi bak besi buruk, klik di sini dan di sini.

Rintihan saya belum didengari, setakat ini. 

Wakil rakyat kampung saya, kini ADUN parti bebas (sebelum itu Pakatan Rakyat). Sewaktu dihubungi siang tadi, beliau di Perth, Australia, menghantar anak melanjutkan pelajaran.

Nampaknya beliau juga tidak mampu membantu penduduk kampung untuk menikmati kemudahan asas, telekomunikasi. Sebagai wakil rakyat parti bebas, barangkali beliau tidak memiliki peruntukan dan suara  cukup lantang untuk membantu rakyat. 

Saya terdengar berita, bakal ada calon baru bertanding sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya ke 13 akan datang.

Buat ketika ini, saya hanya mampu berdoa, semoga pemimpin baru mampu memberikan sinar harapan buat penduduk kampung Sungai Bil dan kampung di sekitar.


Sebagai lambang ketidakpuasan hati, saya akan meletakkan gambar di bawah, di sebelah kanan blog in untuk menunjukkan betapa Sungai Bil amat ketinggalan dari segi telekomunikasi. 


12 ulasan:

  1. mak ai bestnya berkelah... sungai dan air terjun pun sangat bersih... alangkah baiknya kalau kawasan yg menjadi tumpuan pelancong ni mempunyai line komunikasi

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. bestnye air terjun.. Kg Sungai Bil? err, saya duduk Perak, tp tak pernah tau ada air terjun best camtu.. nanti nk g cari la. terima kasih

    BalasPadam
  3. Azayusrin? Dio budak sekolah Podeh dulu ko? Heheh, xdo kono mongono dongan post, tapi ado kawan Encik Mazidul ni kawan sekolah sey dulu.. kok tak silap lah.. :D

    BalasPadam
  4. aduhla... sampai kene panjat tyre spare lg... tensen nyer otak time balik kg nk menelepon sapa2 yek... semoga lps pilihanraya nnti ada sesuatu yg diperbaharuai

    BalasPadam
  5. Smti - duduk atas batu sebijik macam sami budha koh koh koh

    BalasPadam
  6. Salam bang.

    Saya dilahirkan di Kampung bersebelahan iaitu Kampung Balun pada tahun 1980, dan dibesarkan di Puchong setelah mak saya habis pantang.

    Daripada kecil sampai la saya sendiri dah ada anak ni, setiap kali balik ke rumah peninggalan arwah Opah iaitu tempat saya dilahirkan, kami sekeluarga akan ke Sungai Bil mandi-manda.

    Pernah juga semasa saya berusia 7 tahun, saya lemas di Sungai Bil sebab waktu tu airnya agak dalam. Waktu tu, airnya boleh sampai ke jambatan dan pakcik-pakcik saya basuh kereta kat jambatan tu je.

    Tapi, saya boleh tak perasan yang kat situ sebenarnya takde signal telefon. Mungkin kami terlalu seronok bermandi manda sampai lupa nak tengok handphone.

    Harap2, wakil rakyat yang baru nanti dapat menyelesaikan perkara ini. Lagi satu, toiletnya tak berapa bersih di sini. Sukar utk golongan wanita nak tukar baju. Yang lelaki macam kita ni takpelah. Pakai jer tuala salin jer pakaian tepi sungai.

    Saya sekali kawasan best dan cantik macam ni terbiar tidak diselenggara. Line telefon pulak takde.

    Rasanya kita cukup bertuah sebab ada kampung yang berdekatan dengan keindahan semulajadi ini. Orang lain yang takde kampung, terpaksa sewa resort or home stay utk menikmatinya.

    Saya doakan usaha abang ni berjaya.

    BalasPadam
  7. back to basis...rakyat x tagih projek mega wlupun perlu untuk menjana ekonomi...cuma perkara seperti ini harus diselesaikan secara berkala dan bknnye menunggu pilihanraya...ni baru pasala line telefon...blum lg psl lampu jalan dan jln bertar dan mcm2 lagi...wakil2 rakyat jgn la nk mengharapkan pm saje nk selesaikan sume perkara...baik pembangkang atau pemerintah elok berpakat utk selesaikan masalah rakyat

    BalasPadam
  8. last year raya beraya kesana kg sg bill..siap bawak anak2 sedara nak bagi budak2 tu mandi sungai..sampai je kg hujan lebat,,kesian anak2 sedara xdapat rasa mandi sg bill..sekali maghrib tu blackout..smp kul bape xsure..ada pokok tumbang..tapi mmg best kalau balik sana..

    p/s : rumah makcik saya dan kenalan

    BalasPadam
  9. bestnyer berkelah mcm tuh...teringat masa kecik2 dolu....mkn lauk pauk kg, dgn ulam ulaman ada sambal belacan...

    BalasPadam
  10. SMTI -

    No. Aduan: 0823/06/12

    Tuan,

    Pihak kami ambil maklum dan telah memajukan perkara ini kepada jabatan yang berkenaan untuk perhatian dan tindakan yang selanjutnya.

    Sekian terima kasih.

    Yang benar,

    Nurhaliza Yahaya
    Biro Aduan Pengguna SKMM
    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
    63000 Cyberjaya, Selangor

    Aduan Melalui Internet : http://aduan.skmm.gov.my
    Talian Aduan : 1800 888 030 (8:30am-5:30pm, Monday-Friday)
    Faks : 603 8688 1880
    Emel : aduanskmm@cmc.gov.my
    Laman Web : www.skmm.gov.my
    From: theredrambutan [theredrambutan@gmail.com]
    Sent: Thursday, June 28, 2012 11:33 AM
    To: Aduan SKMM
    Cc: eaduan@kpkk.gov.my; Fauziah@kpkk.gov.my; Hussin@kpkk.gov.my; " ,Norbaya bt. Jamaludin <norbaya"@kpkk.gov.my; Shaharliza Mohd Saman; Che Norhazreen Che Mat Reffin


    Subject: Aduan mengenai tiada liputan/coverage talipon bimbit di kawasan Kampung Sungai Bil, Tanjung Malim
    Tuan/Puan

    Important Notice :
    The content of this e-mail are confidential and may be privileged. If you are not the intended recipient, please do not read, use, print, copy, forward or distributed the contents or disclose it to anyone. Instead, please inform us by return e-mail and delete it from your system immediately. Opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia shall be understood as neither given nor endorsed by Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

    BalasPadam
  11. Assalamualikum En Mazidul,

    Mohon untuk memberi komen, masalah tiada liputan telefon bimbit bukan masalah baru. Maklumlah, negara sedang membangun, masih banyak yang perlu diusahakan. Kadangkala, bila bercakap tentang alat perhubungan, kita sebanarnya banyak alternatif. Telefon bimbit salah satu darinya. Dulu masa TMB belum diswastakan, pihak kerajaan yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan telefon. Telefon awam merata-rata di sediakan dikampung-kampung.Masa itu tak gaduh pun tak ada liputan. Bila dah di swastakan, kalau kawasan kurang strategik, syarikat mana yang nak buang duit banyak-banyak tapi untung kurang?. Bila wujud keadaan sebegini, seharusnya kerajaan kena lihat balik,kena gesalah syarikat-syarikat yang dah untung besar, buat kebajikan pasang alatan untuk beri perkhidmatan telefon. Kalu tak mampu gesa, kerajaan kena ambik inisiatif sediakan kemudahan tersebut. Tak kiralah kerajaan parti mana, senang cerita, yang sedang memerintahlah yang kena tengok benda ni. Sebab yang memerintah ada kuasa, ada duit, boleh cari yang pakar untuk menyediakan kemudahan ini. Kalau harap ADUN parti bebas nak sediakan, rasanya, sampai bila pun tak selesai isu nya. Janganah cuma sediakan kemudahan pilih bulu, kawasan parti pemerintah, jalan nak ke tandas pun kalau boleh nak di tar ( tandas kampung lah maksud saya), tetapi kawasan yang di pegang parti pembangkang atau yang tak ada parti, terbiar. Rakyat juga jadi mangsa. Rakyat kena didahulukan, bukan Datuk Rais Yatim punya reputasi sahaja yang diketengahkan. Pedas kan, tapi itulah kenyataannya. Sekian...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.