Sabtu, Julai 21, 2012

HASIL MENGEMIS RM400 SEHARI



Selesai sudah umat Islam menyempurnakan hari pertama ibadah puasa tahun 1433 Hijrah. Seperti biasa, petang tadi, Bazar Ramadan di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, dibanjiri ramai pelanggan, membeli pelbagai jenis juadah.


Masyarakat pelbagai usia, berpusu-pusu membeli makanan dan minuman untuk dijamah bersama keluarga di rumah sebaik laungan azan bergema.


Di celah-celah orang ramai, lensa kamera saya merakamkan gambar lelaki ini.


... dan juga lelaki ini.


Menyedari diekori dan gambarnya dirakamkan dari belakang, dia kemudian berpaling.


Daripada raut wajah, melalui pengalaman lalu, saya percaya dia warga asing, menjadikan bazar ramadan sebagai lubuk untuk meraih simpati.

Lalu saya terus mengekorinya.


Dia menggelongsor di jalan menggunakan papan beroda empat. Sekali dilihat, pasti ramai bersimpati, tanpa teragak-agak menghulurkan sumbangan terutama di bulan Ramadan Al-Mubarak, bulan umat Islam digalakkan bersedekah.

Majoriti pelanggan bazar terbabit memasukkan wang seringgit ke dalam bekas plastik hijau dipegang oleh pengemis itu, sebilangan dua ringgit.


Kira-kira lima minit kemudian, saya tunduk dan berbisik kepadanya.

"Sudahlah! Jangan menipu orang Malaysia, tidak baik," ujar saya.


Dia kemudian bergerak laju ke tepi jalan.


"Ambil balik tongkat kamu sembunyikan!," arah saya.

Taktik digunakan oleh pengemis warga Kemboja, berada di dalam genggaman saya.

Pantas dia mencapai tongkat disorokkan di celah timbunan sampah berhampiran pokok.


Papan gelongsor dan bekas plastik kemudian dibungkus menggunakan beg kain berwarna merah.


Dia kemudian cuba untuk beredar.

"Tunggu sekejap. Saya hendak tanya sedikit. Kamu orang Kemboja?," soal saya.

"Ya," katanya.

"Islam?," soal saya lagi.

"Bukan," balasnya.


"Kamu tinggal di mana? Bagaimana datang ke sini?," tanya saya.

"Tinggal di Damansara Damai, datang ke sini dengan kawan naik teksi, tiga puluh ringgit, pergi balik," ujarnya.

Lelaki saya rakamkan gambarnya sebelum bertemu pengemis itu, rakannya. Jumlah tambang teksi untuk datang ke Kelana Jaya dibahagi dua, RM15 seorang.


Tambah ayah kepada empat anak itu, paspot dimiliki sudah lama tamat tempoh

"Sepatutnya Jabatan Imigresen sudah lama menghantar kamu balik ke Kemboja. Kamu duduk di sini, mengelirukan ramai orang. Kamu sembunyikan tongkat agar orang berasa simpati," kata saya.

Dalam tempoh 4 tahun menetap di Malaysia, dia sebenarnya sudah fasih berbahasa Melayu.

"Cakap sama Lim, dia orang Kemboja, pandai bercakap Melayu. Lim duduk Puchong," katanya sambil menghulurkan telefon bimbit kepada saya.


Beberapa kali dia cuba menghulurkan telefon bimbit kepada saya namun saya menolak.

"Buat apa perlu saya bercakap dengan Lim?," soal saya.

Dia kemudian duduk kembali di atas tanah dan mendial telefon bimbitnya dan kemudian kelihatan bercakap dengan seseorang. 


Tepat jam 6.52 petang, pengemis itu dihampiri pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ melakukan rondaan.


"Tuan, boleh tolong minta dia keluarkan hasil kutipan hari ini?," pinta saya.

Pegawai MBPJ, kenalan saya itu kemudian meminta pengemis terbabit menunjukkan wang dikutipnya.


"Banyak!," ujar pegawai penguatkuasa itu.


Dia mengeluarkan semua wang dari beg.

"Dia memang sudah siap ikat, seikat ini RM100," kata pegawai sama.


Saya perhatikan, terdapat dua ikatan RM100 manakala wang kertas lain masih dalam keadaan berterabur, saya anggarkan berjumlah lebih RM200.

"Lebih kurang dalam RM400 semuanya," celah pegawai MBPJ itu.


Saya yakin, RM400, jumlah pendapatannya dalam tempoh sehari, mengemis di antara pagi dan senja di beberapa lokasi berbeza.

"Itu semua kutipan satu hari?," soal saya untuk mencari kepastian.

Dia menganggukkan kepala.

Jika dia mengemis tanpa bercuti, anggaran pendapatan bulanan pengemis terbabit mampu mencecah RM12,000. Andai dia mengambil keputusan berehat pada hari Ahad setiap minggu, hasil mengemis terkumpul dalam tempoh 26 hari, RM10,400.

Fikirkan kembali berapakah jumlah pendapatan kita sehari?

HEBAHKAN 

31 ulasan:

  1. Lebih baik sedekah kat masjid

    lepas ni saya akan menjadi 'pemurah bertempat'

    BalasPadam
  2. mohon supaya pengemis berpendapatan berpuluh ribu begini membayar income tax juga.
    =P

    BalasPadam
  3. dah lama duduk India, baru tahu nak bezakan yang betul2 miskin tak mampu dan yang mampu bekerja tapi tak suka berkerja.

    dah tak rasa bersalah kalau tengok mereka yang suka mengelirukan orang ramai ni. Bagi kat anak yatim lgi bagus.

    Kalau bagipun kadang2 bukan mereka sendiri yang guna, ada 'tuan' yang amek duit tu. JAdinya, selalu bagi makanan terus kalau betul2 nak tolong.

    BalasPadam
  4. saya pernah jumpa pengemis lepak kat masjid. kerja ikhlas mebersihkan masjid..

    tiap2 hari ada hulur bantuan padanya....
    adakalanya lebih baik sedekah kat masjid...

    BalasPadam
  5. kadang2 buat ana terpikir masa mereka datang ke malaysia dulu memang sudah tempang? adakah pengemis tempang yang mengemis dengan skateboard ini memotong sendiri satu kaki mereka sendiri sebagai taktik menagih simpati orang malaysia? siap telefon lim lagi, adakah lim tu ketua sindiket ini? harap2 orang2 kemboja dan pengemis2 dari negara jiran seperti ini dapat dihantar pulang semula ke negara mereka tapi dengan cara yang baik.

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Paling tk sanggup tgk mereka heret sekali kanak2 dan ada masa baby yg masih menyusu...

    BalasPadam
  7. Lim tu siapa? mesti org yg menjaga dia.. apa2 berlaku call sahaja Lim.. nanti Lim dtg setel.. Lim tu gengster besar kot?
    Hasil kutipan haruslah dibahagi mengikut nisbah yg telah dipersetujui bersama Lim.. mungkinkah? menjadi tanda tanya saya..

    BalasPadam
  8. sy mmg da mls nk sedekah lg da kt org2 cmni, sedekah kt tabung masjid lg de faedah..dah pernah terkena dlu sbb lepas sedekah trkejut jmpe balik org tu pergi shopping sakan..

    BalasPadam
  9. Apa tindakan selanjutnya? Orang tu di tahan atau dilepaskan begitu saje? Esok buat lagi..

    BalasPadam
  10. Mazidul,
    mereka ini bergerak seluruh Malaysia.....saya pernah terjumpa orang yang sama di Permatang Pauh, Seberang Jaya, Kulim dan terkini saya jumpa di Kelantan....hebat sungguh mereka ini. Kita patut kongsi dengan semua rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  11. salam..bro,klu saya katakan ada SINDIKET buat kerja ni,logik dak?lagi 1,agaknye pgawai2 imigresen xdak masa nak baca blog & komen2 tentang pengemis warga asing ni agknye..kat area nilai ni pon,besepah2 peminta sdekah yg xdak kaki,tu blum kira yg bwk anak kecik sambil mengemis!adik sye xakan bg punye duit,dia belikan nasi lemak@makanan lain bg pada mak2 yg mengemis ngan ank kecik telentok2 tdo ats riba...

    BalasPadam
  12. smti...
    memang patut kena cenggitu.. tahniah cik Mazidul..

    pada saya dari nak bagi sedekah pada dorang ni baik laa pi sedekah kat surau ke masjid ke.. dah tentu duit yg kita bagi tu digunakan utk ke jalan Allah...

    mudah sungguh rakyat Malaysia kena tipu kan..?

    BalasPadam
  13. Rumusan kisah lapuk ini sy simpulkan seperti berikut: babi hutan di hutan diberikan makan tebu, anak yg comel dirumah dibiarkan derita kelaparan!....

    BalasPadam
  14. tahniah mazidul akmal sidik teruskan usaha anda dalam membantu rakyat malaysia.saya ada satu permintaan...boleh x?

    BalasPadam
  15. Kepada Saudara MAzidul,

    Dikawasan Bandar Baru Bangi ada seorang lelaki kudng kakinya sebelah, berjalan menggunakan tongkat meminta sedekah dan bantuan duit dengan alasan nak beli kaki palsu.

    hampir 6 tahun saya bermaustatin di Bandar Baru Bangi, dan hampir 6 tahun juga saya didatangi beliau untuk mintak duit. itu sepanjang saya duduk kat bangi, entah2 dah lebih 10 tahun buat kerja macam tu. takkan tak cukup2 lagi duit nak beli kaki palsu?? ke nak beli kaki robocop?

    bila nak mintak duit, ditegur macam ni "wahai orang muda apa khabar? ...bla..bla" bila kita tak bagi sebab bertahun2 dah muka die ni kat seluruh bangi die jawab balik "macamnilah org muda, kalau tak ikhlas buatla cara tka ikhlas bla..bla..bla." hadoiiii naik tensen dibuatnya..

    pernah die diherdik di satu restoran di seksyen 4 tambahan. mungkin sorang brader ni dah meluat tengok si lelaki kudung ni hari2 mintak duit kot, lelaki kudung ni terus beredar dan datang semula membawa geng..nak dicarinya semula brader tadi... huih..hebat.

    sayar pernah makan malam di kajang. terjumpa jugak si lelaki kudung ni, minta duit..sampai turn saya memang saya tak layan sebab dah muak bertahun2 layan muka die ni, lepas pow duit semua pelanggan kat situ die hilang dicelah2 semak di tepi kedai makan tersebut. tiba2, sebuah motorsikal keluar dari sebelah semak tersebut, dan lelaki kudung tu sedang memboceng motorsikal tersebut yang di pandu oleh sorang kawannya yang cukup fizikal. seorang kakak di belakang saya terpinga2 dan tertanya2 bila melihat keadaan tersebut, saya cakap "biasalah la kak mamat ni die punya area memang line2 bangi, kajang, serdang dan putrajaya."

    seorang kawan saya mendakwa pernah melihat lelaki kudung itu memandu sebuah kereta proton wira automatik. hehhehe lagi pelik...

    Kalau Saudara MAzidul dapat cover cerite lelaki tkudung tu mesti best. saya rasa semua org Bandar BAru Bnagi pernah terkena dengan lelaki ini.

    Sekian.

    BalasPadam
  16. Aku pernah jumpa sorang lelaki berkopiah "buta" membawa anak lelaki umur lingkungna 7-8tahun, diiringi anak nya meminta sedekah dari pasar malam. Bagi la seringgit, kesian konon. Bila balik dari pasar malam, terserempak pulak dengan pengemis tu tadi masa nk ke parking. Masa aku unlock kancil aku pakai remote, keta Myvi sebelah pn bebunyi unlock juga, ku tengok kiri kanan tiada org, rupa2 nya pengemis tu punya daaaa.."buta" pon boleh driving ka? aku tercengang.. Aku pegi jumpa dia balik, minta RM1 aku balik.. Penipu!!!

    BalasPadam
  17. gila...dekat 10 ribu sebulan,sama taraf gaji dgn manager. gaji kita pun belum tentu smpai 10 ribu...ada satu kes dkt bazar ramadan seksyen 7..di tgh hujan renyai2 dibawa anak kurang upaya mengemis(sindrom down) yg kelakarnya,die berpayung besar ,si anak yg kurang upaya dibiarnya menadah hujan yg gerimis...ape jenis mak pun saya x faham...

    BalasPadam
  18. lumayan jadi pengemis antarabangsa macam dia ni....10k-12k dlm masa sebulan d perolehi di negara kita...MALAYSIA yg tercinta...

    BalasPadam
  19. Mmm ni la Brader aku jmpe kat Bazaar Ramadhan Sabtu lepas.. Aku mmg x suka hulur derma ikhlas tak bertempat ni.. Tabung surau lagi memerlukan untuk menaiktaraf kemudahan surau juga keselesaan surau.. RM400 sehari banyak tu banding dengan gaji saya RM250 sehari sebagai seorang freelance photographer.. Perggghhh..

    BalasPadam
  20. setahun dah lebih RM100k... cukai pun dah lebih 20k... boleh jadi jutawan tu... balik kemboja lagila juta2 wang....

    BalasPadam
  21. hairan gak kenapa pihak berkuasa terlepas pandang..sibuk sangat kat office kot

    BalasPadam
  22. saudara saudara ku... ingat!!! tangan yang diatas lebih baik dari yang dibawah.. jika tergerak hati nak berderma atau bersedekah... tunaikan aje... dioarang nak tipu ke... bohong ker... itu diorang punya pasal... janji kita dapat dan boleh beramal.... bayangkanlah... jika tiada peminta di dunia ni.... siapa pulak nak memberi... pikir pikirkan...

    BalasPadam
  23. moral.... kalau nak dapat 12k sebulan pergi lah mintak sedekah..... tapi... itukah anda?

    BalasPadam
  24. ini menunjukan kita suka membantu yg memerlukan...melihat kpd keadaannya memang kesian...tanpa kita sedari pendapatannya lumayan wooo..

    BalasPadam
  25. kita bagi sedekah..tp actually org tu menipu... kita dpt 2 pahala.. 1 pahala sedekah, 1 pahala ditipu. :') yg penting hati ikhlas, utk membantu org lain. kpd peminta sedekah, samada yg btul2 ssh atau b'lakon jer, tlg, usaha dlu.. Islam tak menggalakkan umatnya meminta sedekah tanpa ada usaha untuk mencari rezeki dengan cara yang betul. "Halaalan Toiba." hahah.. better derma kt skola utk program ihya' ramadhan~ hehehe.

    BalasPadam
  26. Waw....sngnyer kita kna tpu dgn mreka....kdg2..dgn rakyat malaysia sndri pn kita akn dtipu...ada yg rumah besar...tapi..hasil mgemis..ada yg malas bkerja...walaupun kudrat masih ada..tetap plih tok mgmis...mcm2 ragam manusia la...

    BalasPadam
  27. Since dah timbul cerita macam ni, apa kata ringan2 kan tangan tu bila nampak muka2 pengemis antarabangsa ni korang amik la gambar dorang guna handphone camera korang tu. pastu pakat2 buat satu page facebook untuk di upload kan gambar pengemis antarabangsa, siap tarikh dan lokasi. pastu report kat imegresen.

    BalasPadam
  28. pasal lelaki kudung kat bandar baru bangi tu memang btol, saya dah 6 tahun belajar di bandr baru bangi. selalu lepak kedai mamak tengok bola. dah berapa kali juga saya n kawan2 didatangi lelaki kudung 2 dengan alasan nk buat kaki palsu...

    BalasPadam
  29. ada kesempatan datang ke bazar ramadhan bandar sri damansara...mereka membawa kanak2 yang kecil lg untuk mengemis..xpasti samada itu anak mereka atau tidak,kerana wajah tidak ada iras.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.