Selasa, Julai 31, 2012

GEMPAR!!!! GENG 08 VS 21 DI ...

Ketika tiba, saya melihat lebih 20 unit kereta peronda polis berada berhampiran sekolah di Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Lampu siren menyilaukan mata saya.

"Kasi masuk itu TV!," jerit remaja India sambil membonceng motosikal melintasi saya.

Saya yakin, dia berada di bawah pengaruh alkohol.

Botol wiski, kandungan tinggal separuh digenggam erat di tangan kirinya.

"Pergaduhan bermula pada jam 6.30 petang tadi. Ada lelaki India kena 'potong'. Geng dia datang dan khabarnya menyerang dan mencederakan ahli keluarga budak potong lelaki itu. Pecahkan harta benda dalam rumah sekali," bisik lelaki berdiri berhampiran saya.

Semua mangsa kini dirawat di hospital, belum dapat saya pastikan setakat ini.

Kejadian berlaku di 2 blok flat Kantan manakala geng terbabit dalam pergaduhan dilaporkan 08 dan 21.

Sewaktu saya beredar dari kawasan itu, kira-kira 20 minit tadi, masih ramai pegawai dan anggota Special Branch memantau kawasan itu.

Syukur, jemaah sedang bersolat sunat terawih di surau berhampiran, tenang mengerjakan ibadah di bulan mulia ini.

Sebentar lagi, saya akan kembali ke lokasi sama.
posted from Bloggeroid

15 ulasan:

  1. SMTI: ini semua adalah kerja gila. Menyusahkan pihak berkuasa POLIS dan juga orang awam. Tindakan & hukuman sewajarnya patut diambil pd yg terlibat. Jangan 'kasi muka'. Nak tunjuk hebat la konon! Ciss.!! *pssttt.. 'potong ' tu potong aper bro* ..huhu.. tetiba blur kt situ..:)

    BalasPadam
  2. gila.. menyusahkan jer.. ingat nie movie tamil ke.. abg mazidul apa yang kena potong tu..

    BalasPadam
  3. Salam,
    Saya nak berkongsi cerita apa yg saya alami berkenaan peras ugut oleh kumpulan gangster.. Saya merupakan kontraktor utk TNB & sedang menjalankan satu projek rentang kabel bawah tanah yg mana melalui taman perumahan yg majoritinya komuniti berbangsa india..
    Sebut saja Taman Sentosa di Klang,nescaya warga Klang akan gerun..Saya byk mendapat berita bahawa ramai kontraktor samada dari JPS,JKR & Telekom,Majlis Perbandaran Klang serta syarikat pemaju perumahan menjadi mangsa peras ugut kumpulan gangster di kawasan ini..Banyak kejadian seperti kecurian bahan kerja, bakar jentera,menahan jentera serta mengancam keselamatan berlaku apabila kehendak mereka tidak dituruti.
    Ketika saya memulakan kerja,saya telah didatangi individu2 yg kononnya mewakili syarikat keselamatan bertugas di kawasan tersebut.. Mereka telah meminta wang sebanyak rm5000 sebagai YURAN KESELAMATAN..
    Saya enggan menurut permintaan mereka kerana tiada sebab untuk melakukannya..saya sudah membuat laporan polis kerana khuatir berlaku sesuatu yg tidak diingini..
    Saya berharap sekiranya abang mazidul dapat membuat liputan berkenaan kegiatan tersebut.. Kerana pada pandangan sy,mereka2 ini pasti tidak akan berpuas hati selagi kemahuan mereka tidak dituruti..

    BalasPadam
  4. tak sabar nak tunggu cerita terkini selanjutnya..

    BalasPadam
  5. En MAS,
    SMTI! Selalu dgr kisah cengini kat tmpt2 lain, bila brdktan umah, jd 'seriau' plak! Mintak pihak polis masukkan gangster2 ni duduk dlm penjara & tak payah kuar-2 dah! Jgn ganggu keamanan negaraku tercinta!!

    BalasPadam
  6. Itulah undang2 negara kita..tangkap, simpan kejap, lepas..penjara 2-3tahun..lepas keluar buat balik..sampai bila2 xkan selesai..

    BalasPadam
  7. Makin melampau mereka ini... bbrp minggu lps pakcik tua jual burger dikwsn rumah saya pun dorg mintak duit perlindungan ... dorg ingat ni kat India ke... Sesuka hati buat mcm cite tamil.. nasib baik pacik tu berani tunjuk pisau cabut lari semua....

    BalasPadam
  8. Rindu suasana Malaysia di zaman 90 an..waktu saya masih di Malaysia..sahabat baik dengan orang India dan cina, sekarang dah 15 tahun saya menetap di Australia,bila balik saya dan family sentiasa rasa "fear"..kami sentiasa jadi perhatian kerana suami bangsa 'caucasian" dan anak kacukan kami (sehingga kekadang kami tidak bergaya takut disalah anggap sebagai orang kaya sebab bersuamikan mat salleh),pengalaman paling menakutkan buat saya waktu tersesat di Klang,berhenti di petrol station,budak budak tamil sedang mabuk..mujur mereka hanya menyapa suami..saya dan anak dalam kereta ..saya selubung anak dgn selimut..sebab saya takut mereka fikir kami orang kaya walau kami hanya drive kete sewa toyota camry..Alhamdullilah selamat keluar dari Klang.."selamat berpuasa dari saya untuk Abang Mazidul dan semua pembaca blong dan rakyat Malaysia dari saya yangjauh di rantauan.
    Nurul

    BalasPadam
  9. Ingatkah atau pernahkah anda tentang video seorng pemandu lori berbangsa India mencabar Polis Peronda untuk berentap? ketika itu lori tersebut terlibat dlm kemalangan kecil dgn sebuah kereta di klang. Gangster/mafia/taiko atau lebih sinonim lgi dgn perkataan (cable besar) itulah masalah yg sedang menjadi2 di negara kita.undang2 diketepikan.janji ada cable.xperlu takut xperlu risau.nanti kepala mafia dtg ugut dan settlekan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dengar klip itu lagi sekali ... kalau berkuasa semua boleh cakap ke?

      Padam
  10. betul eks klang ni kawasan hitam yerr. kalau kat opis tuh susah sgt nak cari kontraktor yang nak masuk tender kat klang. Asal sebut klang jer semua tolak tepi, even theft and vandalism pun tinggi disana... agaknya polis tak buat apa2 ker eks..

    BalasPadam
  11. Salam Saudara2ku
    Saya teringat saya bergaduh dengan pekerja lori sampah.

    Saya berniaga air tebu di tepi jalan, mereka minta duit sampah dan sangat aggressif dari pembantu saya dan setiap kali saya tidak ada di kedai. Setiap hari mendesak pembantu saya menbayar duit sampah dan sekali datang 3 orang india ke bangla ke saya tak pasti.

    Suatu hari mereka memberhentikan lori sampah di hadapan kedai saya dan memakai tutup muka main ski tu menghampiri saya. saya sangat marah dam menunjukkan pisau pemotong tebu ke arah mereka dan mengacu-acukan pisau pemotong tebu yang besar dan berkilat itu ke tapak tangan saya dan jerit "berani?, berani? masuk....." mereka berundur.

    Setiap kali lori sampah melintasi kedai saya mereka menunjukkan aksi jari 'tembak' kepada kami.

    Akhirnya setiap kali lori sampah melalui kedai, saya dan pembantu saya membuat aksi berdoa, raup tangan ke muka dan menolak kedua-dua tangan ke arah mereka.

    Selepas 2 minggu lori sampah yang besar itu berhenti di hadapan kedai saya dan seorang pekerjanya memakai penutup muka ski turun dari lori, saya mengacah dengan pisau pemotong tebu dan berkata, "...kalau berani masuk...."

    Katanya"kaka sudala, tak sukalah kaka doa kita hari-hari, kita suma muslim, i'm muslim, you muslim".

    Kakak: Ok

    Selepas itu setiap hari Isnin dan Jumaat saya belanja air tebu kat dia orang hehehe, abis citer.

    Saya tak sampai ati nak repot dbkl @ polis.

    BalasPadam
  12. org mcm ini jgn diberi air tebu..
    tahan air sampah lori diorang bg minum..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.