Rabu, Julai 25, 2012

SIAPAKAH KITA SEBAGAI RAKAN?

Kekadang kita dihubungi oleh rakan menggunakan telefon bimbit atau pesanan ringkas, SMS.

Ketika itu barangkali kita sibuk dan tidak berpeluang mengangkat panggilan. Jika ketika bermesyuarat, cuba hantarkan SMS, 'Meeting, saya akan call balik'. Jika tidak berkesempatan menaip SMS, sebaik selesai mesyuarat, hubungi rakan itu kembali.

Namun sebilangan rakan kita mungkin berbeza. Jika dihubungi, mereka tidak mengangkat panggilan atau membalas SMS. Biarpun berbelas missed calls, mereka tidak menghiraukan itu semua.

Mengapa? Mungkin mereka menganggap panggilan dan SMS kita tidak penting untuk dijawab atau dibalas. Dalam erti kata lain, mereka tidak menganggap kita penting.

Mungkin itu kesimpulan bakal menerjah pemikiran kita.

Jika setelah mencuba menghubungi berulang kali dan rakan itu masih membisu, biarkan.

Andai selepas beberapa hari kemudian dia menghubungi kita dan bertanya ...

"Ada call ke?"

Jawablah ...

"Ada, saya call, SMS dan banyak missed call awak"

"Kenapa?," balasnya.

Katakan ...

"Kerana awak kawan saya. Di waktu awak lupakan saya dan tidak mahu menjawab panggilan dan membalas SMS saya hantar, ketika itulah saya amat mengingati awak. Itu sahaja. Bukan bererti, saya menelefon awak kerana hendak meminta tolong. Kalau di zaman batu dahulu, sukar untuk berhubung sesama manusia. Kini tidak cuma kita barangkali tidak gemar untuk dihubungi, kan? Mungkin kerana saya sekadar rakan dan tidak berkepentingan kepada awak"

Dengarkan jawabannya.
posted from Bloggeroid

10 ulasan:

  1. saya paling sakit hati org yg susah nak jawab kol.sms pun susah nak jawab.kalau saya,sms tak berjawab hanya bila takde kredit.dan kol tak berjawab bila saya mmg tak dgr hp bunyi.kalau tgk ada miskol haru saya kol balik kecuali takde kredit.dah top up pasti saya kol balik.mana tahu org tu urgent sbb tu dia kol

    BalasPadam
  2. As-salam. Mohon jasa baik en. Mazidul utk 'up' kan 1 entry mengenai seorg ibu tunggal ini. harap-harap ada yg sudi membantu. blog beliau http://aliaharyanie.blogspot.com/
    Terima Kasih

    BalasPadam
  3. Salam..

    saya selalu kena macam tu..
    dia hanya akan cari saya jika mahukan pertolongan atau ada sebarang pertanyaan yang mendatangkan faedah buat dirinya..

    jadi setiap kali jika saya menghubungi dia.. saya pasti dia akan menganggap saya juga seperti dia.. menghubungi hanya untuk meminta pertolongan etc.. kerana itu dia tak pernah membalas sms atau menjawab panggilan saya.

    Sedangkan saya tak pernah buat dia macam tu.. saya selalu teringatkan dia sebagai kawan baik saya dan juga kadang2 saya menghubungi dia kerana saya nak berkongsi cerita kegembiraan atau kesedihan saya..

    Sedih bila mengenangkan keadaan nie.. dan kini saya tak anggap dia kawan baik saya lagi kerana sikapnya yang begitu..

    BalasPadam
  4. Hanya yang pernah mengalaminya akan rasa kesedihan bila panggilan, sms serta bb mesej tidak dipeduli dan dijawab.

    BalasPadam
  5. betul... sekarang ni berkawan semuanya atas kepentingan... susah nak cari kawan yg betul2 kawan... sebab tu saya kelaskan kawan kepada 4:

    1. sahabat (kawan yg betul2 baik dan karib)
    2. kawan/rakan (kawan biasa2 yg biasanya berkawan atas kepentingan spt kawan pejabat, kawan sekuliah, kawan sekolah, etc)
    3. kenalan (org yg kita kenal mcm2 tu je spt jumpa waktu meeting, event2, dll yg mungkin kita akan jumpa atau takkan jumpa dah orang itu)
    4. musuh (org yg kita kenal yg sebelumnya salah 1 dari 3 kategori kat atas tp akhirnya menjadi musuh kerana hal2 tertentu)

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. tips ni pernah dikemukakan pada entry terdahulu.. saya masih ingat, saya pernah membacanya

    BalasPadam
  7. salam..senyum saye bace..klu kita ckp mcm tu pada org yg m.punyai hati&perasaan,mungkin dia sdikit SENTAP lah..tapi klu brckp ngan org yg jnis TULI,jnis buat DERK(word bebudak jaman skang ni),dok ulang 44kali pon gitew je le..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.