Isnin, Julai 30, 2012

KEMATIAN MENGEJUT

Saya percaya ramai pernah membaca laporan berhubung kejadian kematian mengejut atau dipanggil SDR, Sudden Death (Report) di kalangan pegawai dan anggota polis.

Di kalangan majoriti wartawan bertugas membuat liputan jenayah, kes kematian mengejut dianggap tidak begitu menarik perhatian umum.

Contohnya, mayat ditemui di rumah.

Lazimnya mayat itu dihantar ke hospital kerajaan untuk dibedah siasat. Jika sebab kematian disahkan oleh pakar kerana sakit jantung maka  ...

"No story," kata wartawan.

(Pun begitu sebilangan cases of interest tetap dipaparkan di akhar)

... berbanding kes pembunuhan.

Dalam kes pembunuhan, pembaca akhbar dan penonton televisyen ingin mengetahui perincian kes. Siapakah pembunuh terbabit? Apakah motif pembunuhan? Bagaimanakah mangsa dibunuh?

Namun kita harus ingat, sebilangan kes, berpandukan laporan awal bedah siasat, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan kemudian bertukar status. Setelah menerima laporan lengkap, kes sama kemudian disiasat, contohnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bunuh atau Seksyen 304, membunuh tanpa niat.

Dalam erti kata lain, hasil bedah siasat dan laporan LENGKAP dihasilkan oleh doktor pakar di hospital mampu membezakan di antara kes seseorang individu itu meninggal dunia akibat menggantung diri atau dicekek.

There is no perfect crime, bak kata orang putih.

Melalui pengalaman, lumrahnya pihak polis tidak bertindak terlalu tergesa-gesa untuk mengumumkan kepada masyarakat berhubung keputusan klasifikasikan kes. 

5 ulasan:

  1. Salam bro..

    ni tentunya kisah bersabit Kakitangan TV9 ditemui mati di rumahnya.

    ramai yg nak tahu ni..
    sama2 kita tunggu..
    apa keputusan/siasatan kes..

    BalasPadam
  2. Diharapkan apa yang berlegar-ligar difikiran aku x akan berlaku.. sangat sedih dengan berita yang mengejutkan semalam.. sebab kedua-duanya adalah sahabat saya.. huhu..

    BalasPadam
  3. takziah..pepun kite serahkan siasatan kepada pihak berkuasa menjalankan tugas

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.