Isnin, Julai 30, 2012

TRAGEDI "JERUTAN DI BULAN RAMADAN" - AL FATIHAH



Barangkali ramai telah mengetahui berhubung kejadian kakitangan wanita TV9, Syaleza Jaafar, 30 tahun, ditemui meninggal dunia di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor, 2 hari lalu.


Berita amat menyayat hati itu antaranya disiarkan di sini dan di sini.

Pada ketika berita terbabit dicetak, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Berikutan itu, malam tadi, saya sempat mencatatkan pandangan berhubung kes kematian mengejut dan disimpan di dalam bentuk entri draf sehingga saya terbitkan sebentar tadi, klik di sini.

Petang semalam, saya berada di luar lokasi kejadian.


"Rumah arwah di tingkat satu, rumah ada air con itu," bisik rakan, Roslan Salleh. 


Roslan, 38 tahun, bertugas sebagai jurukamera sambilan, stringer TV9 sejak 7 tahun lalu.


Turut berada di lokasi sama, Ketua Polis Daerah, OCPD Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed. Ketika melangkah keluar dari kenderaan, saya melihat beliau sedang berbual bersama beberapa wartawan lain.


Saya sempat bersalaman dengan beliau, OCPD mempunyai hubungan baik dengan pengamal media cetak dan elektronik itu.

Di sekitar kawasan sama, berdiri beberapa pegawai polis termasuk Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, KBSJD, Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Petaling Jaya, DSP Aziz Baba, berbaju merah.


Hemat saya, jarang benar OCPD dan KBSJD, hadir di lokasi kejadian  jika kes itu bakal kekal diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Saya juga sempat bertemu beberapa penduduk di kawasan terbabit sekaligus mendengar cerita 'menarik' mereka kongsikan.


"Selepas jenazah dibawa oleh ambulan ke Hospital Sungai Buloh, kami bertanya kepada suami si mati, mengapakah tidak pergi ke hospital? Katanya, biarlah polis membuat kerja mereka terlebih dahulu, lagi pun bedah siasat hanya akan dilakukan pagi esok," ujar penduduk.


Ihsan : Roslan Salleh

Kira-kira jam 11 pagi tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bunuh.

Sewaktu kejadian, mangsa berada di rumah bersama suami dan anak lelaki berusia 2 tahun.

"Secara psikologi, di bulan Ramadan Al-Mubarak dan mempunyai anak kecil, janggal benar jika si mati membunuh diri seperti didakwa. Saya percaya hasil bedah siasat lengkap dilaksanakan oleh doktor pakar akan memberikan petunjuk sebenar berhubung kejadian itu," komen kenalan, penganalisis jenayah terkemuka, Kamal Affendi Hashim.

Saya menghubungi Kamal, awal malam tadi melalui telefon.


Ihsan : Kosmo

Doktor pakar mengesahkan terdapat kesan jerutan di leher mangsa serta lebam di tubuh.

Sila teliti laporan akhbar Kosmo klik di sini.

Kira-kira jam 4 petang semalam, beberapa anggota polis dari IPD Petaling Jaya dilaporkan turut mengiringi sewaktu jenazah mangsa dibawa pulang ke kampung halaman di  Johor.

Suspek dilaporkan ditahan lebih kurang pada jam 10.15 malam oleh 3 anggota polis dari IPD Petaling Jaya di Felda Redong 1, Labis dan direman 7 hari bermula hari ini.

Saya bersimpati dengan kejadian kejam menimpa mangsa, pernah saya temui beberapa kali sewaktu berkunjung ke pejabat TV9 di Sri Pentas.

Hemat saya, dakwaan awal mangsa beragama Islam membunuh diri barangkali dipandang serong oleh majoriti ahli masyarakat berbanding andai dia dibunuh. Membunuh diri, tindakan didorong kehendak individu manakala jika dibunuh, mangsa tidak mempunyai pilihan sebagai wanita, insan lemah.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Syaleza dan ditempatkan di kalangan roh orang beriman.

Al-Fatihah!

41 ulasan:

  1. Jika benar spt yg didakwa..suspek yg disyaki patut menerima balasan setimpal!!! Dimana kasih sayang sbg seorg suami pd seorg isteri yg sanggup melakukan perbuatan keji pd bulan yg mulia ini.... saya pasti pihak Polis akan melakukan siasatan rapi.. Alfatihah buat Syaleza *saat ini saya terkenangkan anaknya yg berusi 2 thn*..:(((

    BalasPadam
  2. Al fatihah untuk arwah. Suaminya adalah bekas pekerja syarikat kami yang resign 2 tahun lepas untuk berhijrah syarikat. Sepanjang yang saya kenal mereka berdua, kedua-duanya sangat sopan dan baik. Tapi yer lah, saya tak close sangat. Allahu'alam.

    BalasPadam
  3. Cadar katil seperti telah dibuang..mungkin ada kesan pergelutan di atasnya..macam sengaja dibuang..apa kata yang lain?

    BalasPadam
  4. AlFatihah...dimanalah diletakkan kasih sayang, belas ihsan seorang suami yang membunuh isteri...lebih2 lagi di bulan mulia ini...kesiannya si kecil yang kehilangan ibu di waktu usia yang begitu memerlukan belaian dan kasih sayang dan bapa yang diharapkan pula yang membunuh ibunya itu...ya Allah dimanakah nilai kasih sayang dan IMAN mereka2 ini...

    BalasPadam
  5. saya tak fikir dia bunuh diri...
    semua orang islam tahu bunuh diri adalah diharamkan sama sekali dalam islam....

    BalasPadam
  6. Salam takziah buat keluarga saudari Nur Syaleza & moga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam golongan yang mulia Insya Allah...

    BalasPadam
  7. Tak terduga dek akal kalau dia nak membunuh diri. Dia bukan jenis pendik akal. Moga ada penyelesaian segera. Al-Fatihah buat allahyarham.

    BalasPadam
  8. kesian,harap2 kes ini dapat diselesaikan dgn segera.

    BalasPadam
  9. al fatihah utk arwah sahabat baik saya syaleza....kami berkawan baik sewaktu menuntut di uum.....sy kenal peribadinya, sy kenal hati budinya....seorang yg sangat sopan sangat lemah lembut orgnya...Ya Allah Engkau cucurilah rahmat keatas roh Allahyarhamah...semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini....
    semoga Danish(anak arwah) tabah ye Nak....

    BalasPadam
  10. kenapa semua tuduh suami dia pulak. tunggu la siasatan dulu. cepat betul buat kesimpulan. ni namanya TRIAL BY MEDIA. as the MEDIA has been doing all this while

    BalasPadam
  11. comelnya arwah... kesian muda2 lagi dah meninggal, ada anak kecil pulak tu... sedihnya... mohon pihak polis buat siasatan dan kalau betul2 kes bunuh mohon pembunuh didakwa dan dihukum setimpalnya...

    Al-fatihah buat arwah, semoga ditempatkan dikalangan orang beriman...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. al-fatihah :( sedih bila terkenangkan anak arwah berusia 2 tahun..hilang kasih sayang seorang ibu..

    BalasPadam
  13. Semoga aib arwah terjaga dan jauh dari sebarang fitnah.

    Al Fatihah...

    BalasPadam
  14. al-fatihah buat arwah agar prjlnan k sna tenang lancar hendaknya..

    BalasPadam
  15. Al fatihah, may Arwah rest in peace. amin..

    BalasPadam
  16. assalam...sy salah satu penduduk damansara damai dan merupakan salah seorg yg terawal mengetahui berita ini (selepas terawikh) ada penduduk yg mengatakan arwah bertindak sedemikian apabila mendapati suami beliau ada perempuan simpanan lain..
    dan akibat tidak dapat mengawal perasaan beliau telah menjerat lehernya sendiri di kipas siling dihadapan anaknya ketika mereka berdua di dalam bilik dan dikunci mangsa.
    suspek (suami) berada di luar telah memujuk dan beberapa kali cuba membuka pintu..tapi sayang, pabila pintu dibuka, mangsa telah tiada...
    wallahualam...
    apa pun Al-fatihah untuk jenazah

    BalasPadam
  17. Al-fatihah....Moga roh arwah ditempakan di kalangan hamba2nya yang beriman....Takziah juga untuk keluarga arwah...

    BalasPadam
  18. ya allah..masing2 dah pon menjadi detektif dan hakim sendiri..tunggulah habis penyiasatan dulu, buat masa ni suami mangsa hanya seorang saspek, hindarkan diri dari dapat dosa kering lebih2 lagi bulan2 puasa ni.Peringatan untuk diri sendiri jugak

    BalasPadam
  19. saya rasa arwah tidak akan menggantung diri walaupun suami nya ada betina lain. pada pandangan saya, mereka telah bertengkar sebelum kejadian itu berlaku. arwah kemudiannya mengunci biliknya dan suaminya yang tidak dapat mengawal kemarahan bertindak memecahkan pintu bilik. dan ketika pintu dipecahkan, mereka bertengkar lagi dan akhirnya suaminya menjerut leher arwah dgn tidak sengaja. oleh kerana arwah tidak lagi bernyawa, suaminya pun mereka cerita yang arwah menggantung dirinya sendiri..BB diedit dan ditulis sabarlah duhai hati untuk menunjukkan arwah kecewa dgn sesuatu...

    seorang ibu yang waras tidak akan membunuh diri apatah mempunyai seorang anak dan bekerjaya...

    wallahualam..

    BalasPadam
  20. Al-Fatihah!!terkedu baca berita sebegini..
    Insyaallah Allah bersama org2 yg teraniaya..

    BalasPadam
  21. Al-Fatihah...

    Moga rohnya tenang aman di sisi org2 yg beriman, sedih tgk kesedihan org tuanya diberita semalam..

    BalasPadam
  22. SubhanAllah....Mcm2 spekulasi....Hanya Allah Maha Mengetahui....Lindungi lah keaiban simati.....AlFatihah ..semuga rohnya tenang dijannah...

    BalasPadam
  23. SMTI...menantikan updates terkini kes ini..moga dipermudahkan urusan arwah di sana...alfatihah..

    BalasPadam
  24. Suaminya hanya suspek..ramai yg buat andaian si suami yg mbunuh...jika bukan suaminya yg lakukn, yg menuduh tlh mbuat fitnah...hanya Allah yg Maha Mengetahui apa yg tjadi..Al-Fatihah buat arwah, smga Allah ampunkn dosa2 arwah....takziah buat keluarga arwah..semoga anak arwah tdk diabaikn dn mdpt ksh syg klrga yg lain..

    BalasPadam
  25. salam ramadhan..

    mcm2 spekulasi yg sy bace..mgkin ade rahsia disebalik kehidupan mereka..smoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..
    teringat plak dgn agu pick--> tiada duka yg abadi)

    BalasPadam
  26. tidak terkata dengan kejadian ini.harapannya semoga pihak polis dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin dan dapat meleraikan segala spekulasi.alfatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat.

    BalasPadam
  27. Hanya Allah s.w.t yang mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Semoga Allah memberi petunjuk kebenaran atas kes ini. Insya'Allah.

    Yang benar akan terbela,
    Yang salah akan terhukum,
    Yang ditinggal tidak terabai...

    BalasPadam
  28. Alfatihah dan salam takziah...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...

    BalasPadam
  29. dilla nadila, kamu ni seolah2 cuba bg org percaya yg arwah membunuh diri..nak tolong cover si husbandnye ke? fishy...

    BalasPadam
  30. Al-Fatihah buat arwah & salam takziah buat keluarganya.
    ramai juga IO kt sini...sama2lah kita doakan yg terbaik. jgn mudah berburuk sangka tanpa bukti yg kukuh kerana nanti boleh menyulitkan lagi keadaan. terutamanya pd perasaan kedua2 belah pihak keluarga. biarkan pihak yg berkuasa menjlnkan tugas mengikut yg sepatutnya.(Polis juga yg kena buat siasatan)

    BalasPadam
  31. ingat senang ke nak gantung diri sendiri.. tidak semudah itu simati berbuat demikian.. dia terpelajar, Islam, muda, ada anak kecil, & lebih2 lg dlm bln Ramadan...

    saya juga setuju dgn Soul Nazri dan Hub Emas...dan Wanita Bertudung Hitam..

    Al Fatihah

    BalasPadam
  32. Statement dilla nadilla seakan-akan dia mnyaksikan kejadian itu sendiri walhal hanya mendengar dari mulut sebelah pihak. Information ni satu m'sia pun tahu sbb mmg itulh yang didakwa olh suami. Kalau kata bunuh diri, aibkan si mati klau kata dibunuh aib si suami. Cuma kalau pasal perempuan lain, worst thing a muslim wife can do angkat bag balik kg. especially ada ank kecil, ibu tkkan sanggup tgglkan nak sebegitu mudah

    BalasPadam
  33. sampai hati sanggup membunuh...

    Al-Fatihah utk arwah..~

    BalasPadam
  34. sedih bila semua nie terjadi...lg sedih sbb melibatkn keluarga terdekat..sy keluarga tdekat azman..sy mohon,jgn la kita membuat spekulasi pelbagai..Allah saja Yang Maha Mengetahui...jgn kita meletak hukum..ibarat kita nie lg hebat dr tuhan sbb duk menjangka apa y blaku..sdangkan smua tu masih dlm siasatan....sama ada disabit salah atau tidak,sy nk tekankan disni,sy yakin tiada kene mengena dgn perempuan lain,or main kyu 3..azman bru je keje offshore..biasala,keje mcm tu,2mggu darat,2mggu duk laut..ade y berbulan2..so..mayb nie situasi bru utk dia n wife biasakan diri...tanyela mne2 wife y suami keje offshore,msti perlukn masa biasakan diri rite?so..spe2 y kata mcm2 tu..sbg ahli keluarga dia..sama2 muhasabah diri..takut terbuat fitnah tanpa kita sedari..khilaf sentiasa ada dlm diri manusia..wallahualam..

    BalasPadam
  35. Al Fatihah..sedih dgn apa yg terjadi..tunggukan apa kata mahkamah nnt...x berani buat andaian sendiri

    BalasPadam
  36. As salam.stlh berlalu hampir 2 thn,apakah perkembangan terbaru kes ini?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.