Isnin, Julai 02, 2012

LANGSUIR BERTERBANGAN

"Lebih kurang  lima ratus orang asli tinggal di kampung Orang Asli Serendah ini, dibuka sejak lebih 40 tahun ini," ujar Rahman Jusoh, 41 tahun.


Kru 666, Razali, Suhaimi dan Adam berdiri di hadapan lelaki berketurunan Temuan itu.


Saya sempat mencelah, berkongsi kisah ketika menziarahi rakan di Kampung Orang Asli Sungai Bil pasa 27 November 2011, klik di sini.

"Kami di sini tidak memelihara babi sebab dia makan ayam. Babi memang suka mengikut tuan dia berjalan-jalan tetapi pantang terjumpa ayam. Saya pernah tengok babi mengejar ayam, dapat sahaja terus dia makan, " kata Rahman.

"Betulkah babi makan ayam?," soal saya berasa sangsi.  

"Makan," balas Rahman yakin.

Itu kali pertama saya mendengar dakwaan, babi makan ayam. Selama ini saya ketahui haiwan terbabit hanya menyondol tanah menggunakan muncungnya dan makan cacing serta ubi kayu.


Menurut Rahman lagi, 50 peratus daripada penduduk kampung terbabit beragama Islam, selebihnya Kristian.

Sewaktu 3 rakan sibuk berbual bersama Rahman, saya mendekati beberapa anak kecil di rumah berhampiran.


Biarpun berusia terlalu mentah, mereka ternyata amat menyayangi kucing sedangkan sesetengah pihak, hidup dalam keadaan lebih moden di bandaraya, membunuh haiwan terbabit secara kejam.

Klik di sini.


"Kucing dalam bahasa Temuan apa?," soalan saya lontarkan kepada wanita memerhatikan saya dari tingkap rumah.

"Kucing juga, sama," ujarnya.

"Manalah tahu, dipanggil 'cat' ke," gurau saya.

Dia tertawa biarpun barangkali tidak memahami maksud sebenar saya.


Penat berdiri di tepi tingkap sambil berbual dengan keluarga wanita terbabit, saya akhirnya dijemput masuk ke rumah. 

Agak teruja apabila dimaklumkan, mereka antara peminat program 999, kendalian saya sebelum ini.


Saya diperkenalkan oleh Man Tet anak lelaki Rambai, 50 tahun kepada semua ahli keluarganya.

"Anak saya sepuluh orang, paling kecil, 12 tahun, cucu 11 orang. Eh! Duduklah di atas kerusi rotan itu, jangan duduk di lantai," katanya.


"Saya boleh duduk di lantai, tidak ada masalah. Tidur di sini pun saya tidak kisah," usik saya.

"Ish! Mana boleh tidur di rumah ini. Bukan ada katil dan tilam tebal," celah isteri Man Tet.

"Saya biasa tidur di atas lantai simen, sejuk," balas saya.

Diceritakan juga kepada mereka, saya anak kampung dan pernah tinggal di rumah arwah opah, lantai diperbuat daripada buluh di belah, sejuk.

Mungkin ramai mengetahui, rumah saya di kampung terletak berhampiran dengan sungai mengalir jernih, berair sejuk.

Klik di sini.

"Minggu lepas, kami nampak awak terjun ke dalam sungai dalam Majalah 3," ujar anak Man Tet, duduk di sebelahnya.

"Oh! Itu di Kota Belud, Sabah," balas saya.


Ternyata mereka tidak ketinggalan mengikuti program berinformasi dipaparkan di TV3.

"Buat kerja apa di kampung?," tanya saya kepada Man Tet.

"Mencari buluh di hutan, kita panggil buluh padi. Buluh itu kita tebang, potong dan kemudian racik kecil dan seikat 250 bilah, pemborong Cina beli RM12. Kalau orang Cina mati, sebilangan mereka contohnya membuat rumah dan kereta kecil daripada buluh sebelum dibakar. Jadi kami bekalkan buluh itu," jelas Man Tet.


Dia kemudian menunjukkan kepada saya saiz buluh dimaksudkan.


Saya kemudian berfungsi bak penglipur lara, berkongsi kisah membesar, bersekolah dan bermain bersama Orang Asli bermastautin berhampiran kampung halaman saya di Tanjung Malim, Perak.

Ketika itu, Kru 666 lain sedang sibuk berborak di luar rumah bersama rakan baru mereka.


'Minyak' saya jual di dalam rumah, kelihatan laku.

Lihat reaksi anak kecil di bawah sewaktu mendengar kisah silam saya kongsikan bersama mereka.


"Dulu pak cik mandi, menyelam dan menangkap ikan dengan Orang Asli, melastik burung Punai dengan Orang Asli tetapi suku kaum Temiar, bukan Temuan. Bersekolah pun bersama kawan Orang Asli. Seronok sangat. Cuma bezanya, Orang Asli sekarang lebih bernasib baik kerana di kawasan pedalaman begini pun signal telefon bimbit ada. Di kampung pak cik, sehingga sekarang tidak ada telefon di ruamh, apa lagi signal telefon bimbit, (klik di sini)," jelas saya.

Hendak juga saya kongsikan bersama mereka berhubung fakta, berulang kali isu sama saya bangkitkan di blog ini tetapi ternyata tidak berjaya menarik perhatian pihak bertanggungjawab. 

Lalu niat itu saya batalkan.

Apapun sekurang-kurangnya di rumah itu saya mampu menarik perhatian anak kecil di bawah walaupun dia tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah komunikasi didepani penduduk Kampung Sungai Bill dan Kampung Orang Asli Sungai Bil. 


Menurut Man Tet, ramai pelancong terkorban akibat lemas di kawasan air terjun di kampung terbabit.

"Minggu lepas, lelaki India mati. Sebelum itu semua bangsa ada, Melayu, India, Cina, mati lemas di situ," ujarnya lagi.


"Tanya adik saya. Dia pernah terjumpa perempuan berambut panjang di kawasan air terjun itu," celah kakak Rahman.

"Tadi waktu ditanya,  Rahman tidak mahu bercerita," bisik Razali kepada saya.

Barangkali suatu hari kami akan berpeluang menyingkap fakta sebenar berhubung dakwaan kehadiran entiti paranormal di kampung itu.

"Kalau ada kenderaan pacuan empat roda, boleh naik, susuri jalan di tepi air terjun. Lebih kurang 2 kilometer ke atas, nanti akan nampak empangan lama dibina oleh British pada zaman dahulu. Di situ ramai orang  terjumpa langsuir berterbangan. Sebelum ini masa petai masih banyak di dalam hutan, kami banyak kali ke kawasan empangan itu, sekarang tidak lagi"

Itu kenyataan Rahman saya dengari sebelum masuk ke rumah.

Mungkin sahabat, Gazali Abdul Rahman, pemilik kenderaan pacuan empat roda di Kota Damansara, sudi membawa Kru 666 ke lokasi dimaksudkan, suatu hari nanti.


Lebih 30 minit saya bersembang bersama keluarga Man Tet.

"Lain kali saya akang datang lagi," ujar saya sebelum beredar.

"Pintu rumah ini sentiasa terbuka untuk awak kalau hendak datang ke sini lagi," ujar isteri Man Tet.


"Nama puan apa?," soal saya kepada wanita berbaju hitam di dalam gambar di atas.

"Ohhhhh! Nama saya macam nama pelakon terkenal, Sarimah," jawabnya diikuti hilai tawa.

Sewaktu berjalan ke arah kenderaan diparkir berhampiran, saya ditegur.

"Boleh ambil gambar?"

Gadis memperkenalkan dirinya sebagai Rozita dan rakannya Fera menghampiri saya.


Pada masa sama, Adam dikelilingi oleh anak kecil comel. 


... beautiful children

13 ulasan:

  1. comel2 budak2 dia..macam anak melayu gak..

    BalasPadam
  2. Ramai peminat Adam..:)

    Teringat dulu ketika menjalani latihan mengajar di Bentong. Ramai anak-anak orang asli bersekolah d SMK Sulaiman, Bentong. Nama mereka agak berbeza sedikit, bila ditanya. Rupa-rupanya anak2 ini hasil kahwin campur. samada ibu orang asli, ayahnya pula cina. Tapi wajahnya melayu. sungguh, tak dapat dibezakan dengan wajah anak melayu...:)

    BalasPadam
  3. merekalah penduduk asal Tanah Melayu.. :-)

    BalasPadam
  4. Salam bang.

    Ini kampung orang asli kat mana ni bang? Saya macam kenal je air terjun nih...

    BalasPadam
  5. TUAN harapa dapat link kan blog sy ke blog menarik tuan http://www.tepakbersulam2.blogspot.com t kasih

    BalasPadam
  6. Ehhh..air terjun serendah lah...dulu nih salah satu projek baik pulih kawasan reaksi under syarikat lama tempat saya bekerja...rajin gak turun site...sekarang apasal dah tak lawa....huhuhu

    BalasPadam
  7. Memang betul babi makan ayam... Dikampung sya pon sama... Lagi memeranjatkan sya, dulu kawasan sya penyu pernah naik untuk bertelur.., bila ayah saya ajak untuk mencari telur penyu, didapati telur penyu habis dimakan... Dan ada bekas kaki babi hutan...

    BalasPadam
  8. Salam,

    Kepada Betty Zurina & Nanie,

    Orang asli Temuan itu memang Melayu.
    Mereka termasuk dalam kategori Melayu-Proto (Proto Malays).
    Melayu-Proto pula tergolong dalam keluarga Austronesian (=Rumpun Melayu).

    Rujuk link ni: Temuan di Wikipedia

    dan ini:

    Melayu Proto di Wikipedia

    Kenapalah saya tengok ramai orang Melayu kat Malaysia ini tak ramai tahu sejarah Austronesia? Sejarah Rumpun Melayu tu!

    Subjek berkaitan ini hanya diajar di universiti, itu pun cuma kalau ambil program berkaitan sejarah, antropologi dan lain2 yg berkaitan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.