Jumaat, Julai 13, 2012

VILLA NABILA TERCEMAR

Seperti dijanjikan, saya kongsikan bersama pembaca lebih banyak gambar Villa Nabila. Gambar sebelum ini, klik di sini.

Tangga masih kelihatan teguh membawa kami ke tingkat satu villa.


Berikut antara gambar saya rekodkan dari tingkat satu.


"Mesti villa ini terlalu lama tinggal sebab pokok sudah tumbuh di dalam rumah," kata Azhar.


Saya dan Mazlan Jamaludin, 42 tahun kemudian bergerak ke bahagian dapur villa diekori Azhar dan Rohaizat.


"Datang sini, rasa seram kuat. Manalah tahu kita berpeluang merakamkan gambar menarik," dakwa Mazlan.

Rohaizat merekodkan banyak gambar menggunakan Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus.


Berikut gambar di bahagian dapur.


Villa Nabila mencetuskan ketenangan ...


"Villa itu sebenarnya dijadikan oleh remaja rempit untuk bersembunyi sewaktu dikejar oleh polis trafik. Kalau mereka berhenti berhampiran rumah lain, pemilik rumah akan memberitahu pihak polis, mereka bukan kaum keluarga. Lebih menarik lagi, saya difahamkan, sebilangan remaja terbabit juga mengambil peluang mengadakan hubungan seks di villa itu kerana tidak ramai orang ke situ pada waktu malam. Selain daripada Villa Nabila, ada lagi sebuah rumah di kawasan sama. Semua barang tinggalan ditutup menggunakan kain putih," ujar sumber kami temui.

Barangkali dakwaan itu tidak diketahui ramai.

Apapun, kru Penyingkap Fakta mencari individu atau syarikat berminat menaja penginapaan dan pengangkutan kru untuk melakukan tinjauan di Johor termasuk di Villa Nabila pada waktu malam.


50 ulasan:

  1. SMTI : agaknya siapalah pemilik villa ni ye? Dan nak sgt tau aperkah sebab sebenar villa yg sebegini cantik ditinggalkan? musykil makcik nak ooiii..:))

    BalasPadam
    Balasan
    1. pemilik dan sekeluarga dia membunuh diri dalam villa tersebut sebab hutang....... kurang2 dah 10 tahun dah kes ini........

      Padam
    2. sebab villa ni ditinggalkan kerana keluarga dorang ke adik beradik bergaduh pasai harta pusaka

      Padam
    3. kak limah lama tak balik so..mybe milik kak limah...jgn penuhkan kepala anda dgn hal yg tak penting ini hehehe

      Padam
    4. gua syak, kak limah balik rumah dia pastu dia nampak budak tu tengah main nyorok2... marah lah dia... so, dia kata, alang2 dah main sorok2 tu..baik aku sorokkan terus...

      gitulah alkisahnya aku dan hantu kak limah di villa nabila

      Padam
    5. Villa nabila ni nama asl dia ialah cristine palace..dh lebi 40 thn kosong...dulu memang 1 keluarga dia tlh dia tlh dibunuh...pstu lps kes tu je villa ni tlh di jadikan hotel dan sarang pelacuran..lps tu je trus di arahkan tutup sampai skrg...tak tau mana dtgnya nama nabila tu..

      Padam
    6. kes ni bukan dh 10 thn...tp dh lebih 40 thn kosong umah ni..

      Padam
  2. SMTI.


    Eya la.. soalan yg sama mcm sis @amelia shafer ada dalam kepala ni.

    Nah, biasala klu tempat begini, banyaklah hantunya. Dari yang ghaib sampai la yang nyata.

    BalasPadam
  3. Malam tadi saya dok google cerita pasal villa nabila ni. Dahla dok sorang sampai 3 malam housemate takde. Pergi dapur pun minta kucing temankan, penangan villa nabila punya pasal

    BalasPadam
    Balasan
    1. mujur ada kucin..kalau rimau camner..nt dia ngap..

      Padam
    2. kalau kat liman guane?ha...tak tengok akademi fantasia ke?

      Padam
  4. saya pun nak tanya, apa sejarah sebenar villa ni..kenapa dia ditinggalkan?

    BalasPadam
  5. Penah dengaq dulu pnh jd pembunuhan di villa ni....org yg kena bunuh tu nama dia nabila then lps nabila ni di bunuh mayat dia ditanam dlm dinding.....tp byk version crita dia ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam versi.... dongeng jer tu kot.... asal nama villa tu Christine Villa.... tiba-tiba pulak dapat nama nabila....

      Padam
  6. Adakah Villa nih mengadap Selat Tebrau? Macam kita tahu serba sikit..kalau x silap villa yg kita maksudkan...

    BalasPadam
  7. sayang tempat ni terbiar..kalau bnyk duit mau je beli bangunkan semula..

    BalasPadam
  8. Villa nie memang cantik . Kalau dibangunkan semula dan tak ada cerita "misteri" mesti lawa :) Lagipun , pada masa kini kalau Villa tu masih tersergam indah pasti nilainya mencecah Jutaan ringgit mungkin ? :) Nak sangat tahu cerita "misteri" Villa Nabila .

    BalasPadam
  9. Villa nabila ini terletak berhampiran dengan traffic light country garden danga bay..

    BalasPadam
  10. nak tahu jugak sape pemiliknya...tetiba tinggal usang gitu jer...

    BalasPadam
  11. Masa saya kecik-kecik dalam tahun 1985-1987 Villa Nabila ni memang cantik, rumah nya memang berdepan sekali dengan danga bay (ikut keadaan sekarang la), kalau tak silap warna villa ni dulu biru putih..Sebab masa kecik-kecik selalu ikut abah jogging depan pantai lido dan villa ni memang cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. btol nurul...villa ni memang cantik..dulu berhadapan dgn tanjung puteri yg kininya adalah danga bay...dulu kecik2 thn 85 sy pun slalu ikut bapa sy jogging kat situ..

      Padam
  12. yana pun nk tahu siapa pemilik villa nie dan knp ia mnggalkn smpai mncetuskn satu misteri..

    BalasPadam
  13. lawa la villa nabila ni...kalau dipelihara mesti dapat award rumah paling lawa kat JB kan..

    BalasPadam
  14. SA rse klu villa ni djage dngan baik mesti masih cantik & rmai pngujung..
    mesti bnyak kos klu nk bina tmpat mcn 2..syangnye sbb drang tingglkn mcam 2 jeww
    jd drang xpatut buat andaian macm 2

    BalasPadam
  15. kadang kala cerita begini adalah salah satu cara menjatuhkan harga pasaran hartanah...tanah yang begitu strategik tetapi masih tidak dibangunkan...akhirnya pemilik terpaksa melepaskan tanah tersebut dengan yang jauh lebih rendah dari harga pasaran...mungkin sekadar memberi pendapat, en mazidul dan rakan-rakan menyemak harga pasaran hartanah disitu dan bandingkan dengan nilai tanah villa ini.

    BalasPadam
  16. Nama nabila xde kene mengena dgn pemilik villa ni . dulunya, pemilik nya seorang Dato' berbangsa Cina.atas tuduhan pecah amanah, semua harta2nya semua kene sita.ahli keluarga lari lepas Dato' tu kene penjara.tinggallah villa tu x terjaga sampai skrg

    BalasPadam
  17. Nabila tu anak kepada pemilik villa ni.. Dialah yg dirogol dan dibunuh paling teruk apabila sekeluarganya diserang.. Mayat Nabila dijumpai di dalam dinding (x silap) etc.. etc..

    BalasPadam
  18. Klw ada yg sudi nak bangunkan,cntik kan villa ni sya nak sgt join..
    Sbb rumah ni cntik syang dibiarkan mcm ni..

    BalasPadam
  19. ini ke villa nabila ? tapi kenapa saya tgk villa ni masih cantik dan bersih lg ? betul2 tesergam indah dkt atas bukit tuh .

    BalasPadam
  20. banyak betul versi mengapa villa ni nama nabila bukan nama bella....ahaks3
    banyak betul cite mengapa villa ni ditinggalkan sampai naik hutan
    banyak betul yang tak betul berbanding yang betul2
    ramai yang baca pun dah jadi tak berapa betul
    betul ke apa aku tulis ni???
    macam betul je
    macam real je
    macam abam mazidul punya blog je aku mai lepak ni...hihihi

    BalasPadam
  21. Yg ada d kepala sy cuma begitu teguh binaan villa ni walaupon terbiar selama berpuluh² tahun...ttp utuh.. mmg cantik..tempat strategik..

    BalasPadam
  22. mangsa yg hilang akan dijumpai di bawah tangga.

    BalasPadam
  23. Banyak plak episod crita villa nabila ni...he2

    BalasPadam
  24. Cuba check kat pejabat tanah. Nak gak tahu sape pemilik tanah n rumah tersebut.

    BalasPadam
  25. Cuba check kat pejabat tanah. Tanah ni atas nama siapa? Blh tau sape punya.

    BalasPadam
  26. Buat elok2 villa ni... kemuadian buat muzium barang antik... mmg x rugi.... msti ramai giler pengungjung..

    BalasPadam
  27. Buat cantik2.. kemudian buat muxium barang antik..

    BalasPadam
  28. Mcm teringin nk g tgk villa nabila ni...spe yuan tanah?

    BalasPadam
  29. villa ni dulu milik datuk yap. setelah banyak sgt hutang, pecah amanah, villa ini disita oleh pihak bank pada tahun 1986 . semenjak tu villa ni terbiar. cerita pasal ada org kena bunuh tu semua kabar angin. nama villa ni Christine Place sempena nama anak kesayangan Datuk yap tu.. christine. takde kena mengena dgn keluarga mat salleh. bacaan lanjut kat sini :
    http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2013/09/untold-history-hantu-christine-palace.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yess betull. . Milik Dato Yap Sing Hock. . Ape daa villa nabila. This is the true story. Mane dtg nye cite karut marut. Rumah agam yg terkini milik Dato ni kat atas bukit Jln KangkarTtebrau menghala ke pasar borong pandan. .

      Padam
  30. pada tahun 1970 dulu ada seekor binatang kena aniaya kat villa tu dengan pak guard,pastu binatang tu hidup balik lepas kene bunuh..bila pakcik datang tengok,rupanya lembu kene sembelih tapi urat xdan nak putus..pakcik2 pun jadi hantu sekali..haha...

    BalasPadam
  31. pantang anak petani moden mengundur kalah..

    BalasPadam
  32. macam2 cerita pasal villa nabila nie..siape tuan nya keluar la bg penjelasan kalau tak tanah tu bagi dekat saya jer..hehehe

    BalasPadam
  33. Christine Place/villa nabila.. dikatakan ad lagi 2 replika/design building yg sama di johor.. satu di jalan Abiad, kedua di Yahya Awal...

    BalasPadam
  34. Rumah yg lama tggl kan mmg ada penghuni yer..ialah syaitan....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.