Ahad, Julai 28, 2013

TEMU BUAL BERSAMA GURU BESAR SRK SERI PRISTANA


Adakah pemilik akaun  Facebook Melayu  menggunakan perkataan 'BERMAKAN'?  Perkataan itu  tidak disenaraikan dalam kamus bahasa Melayu.

Baca pula antara komen biadab dicatatkan oleh  2  pelayar  laman Facebook itu. 


Komen di bawah tidak difahami. 


Klik dan LIKE  di sini untuk melihat  akaun Facebook  penyokong Guru Besar SRK Seri Pristana.


Mohamad Nasir Mohd Nor, 57 tahun, anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor dan berpengalaman bertugas sebagai pendidik selama kira-kira 34 tahun. Berikut hasil temu bual saya melalui panggilan telefon  bersama Mohamad Nasir pada jam 10 malam tadi. 

1. Beliau TIDAK diarahkan bercuti oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor atau Kementerian Pendidikan Malaysia.  Nasir sebenarnya memohon cuti secara sukarela dan diluluskan oleh  Pejabat Pendidikan Daerah kerana khuatir berhubung ugutan jenayah diterimanya.

2. Tindakan membuka ruang makan alternatif di bilik persalinan telah diusulkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG. Lawatan tapak dilakukan bersama  dan ruang terbabit didapati bersih dan sesuai digunakan.

"Kantin  sekolah berupaya menampung kira-kira 150 pelajar,  selebih mereka berehat pada satu sesi terpaksa makan sambil duduk di tepi longkang dan laluan. Pada waktu tengahari sinaran matahari terik memancar dan sebahagian daripada ruang  kantin menajdi panas. Pelajar terpaksa makan dan minum  dalam keadaan amat  tidak selesa," ujar ayah kepada 6 anak itu.

3. "Apakah bentuk pengubahsuaian dilakukan di kantin  dan mengapakah kantin ditutup untuk kegunaan pelajar?," soal saya.

"Dua laluan ke bilik guru dengan 3 daun pintu kayu digantikan dengan pintu  kaca. Sehari selepas kontraktor membuat kerja pengubahsuaian, saya dapati pintu kaca belum sempat dipasang diletakkan di ruang kantin. Pada masa sama, saya menemui kesan tapak kaki pelajar di kawasan sekitar. Saya berasa bimbang,  jika pelajar tercedera dan pihak sekolah kemudian memasang tali penghadang berwarna merah dan putih buat sementara waktu,"  jelas Mohamad Nasir lagi. 

4. Guru Besar lulusan Maktab Temenggung Ibrahim, Johor Bahru itu berkata ...


"Saya kecewa kerana ramai individu melontarkan komen dan menjatuhkan hukuman terhadap saya  TANPA  usul periksa. Mereka juga tidak pernah hadir di SRK Sri Pristana.  Sebilangan orang awam bertanya, mengapakah pelajar tidak  dibenarkan makan di dalam kelas? Peraturan standard sekolah melarang pelajar berada di dalam kelas untuk mengelakkan kes kecurian barang berlaku. Pembinaan kanopi pula membabitkan kos tinggi. Sebuah kanopi bersaiz  20x20 kaki dianggarkan berharga lebih RM2,000," kata beliau lagi.

Klik di sini untuk membaca pandangan bekas Yang DiPertua PIBG SRK Seri Pristana mengenai Mohamad Nasir.



20 ulasan:

  1. Pedulikan tukang komen yang tak tahu dan tidak pernah pun berada disekolah tersebut untuk melihat situasi sebenar. Yang mereka tahu, komen caci maki. Kalau kena pada Melayu ramai pula yang buat PAGE itu ini. Semasa kes blogger murahan hina Islam, kenapa mereka sepi seribu bahasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sokong Cikgu Besar ini.. cuma terkilan dengan kementerian pelajaran yang mengambil tindakan menutup bilik persalinan ini .. seolah-olah mengiyakan kesalahan guru besor ini..

      semata2 politik !!!!!

      er... Mazidul... design baharu laman anda sukar dibaca.. saya kena highlightkan semua teks untuk lebih cerah.. nasib baik tak kena copy and paste kaw word untuk baca... yang dulu ok..

      Padam
  2. Assalamualaikum,
    Untuk Cikgu Mohamad Mohd Nor, bersabar dan berdoa banyak-banyak. Kita orang Islam sentiasa diuji Allah, terutama pada hambanya yang terpilih. Setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya. Sama-sama kita manfaatkan Ramadhan yang masih berbaki ini untuk kita cari segala yang belum kita temui. INSYAALLAH.

    BalasPadam
  3. Gurubesar harus saman malu terhadap ibubapa yang memfitnah dan akhbar yang turut mencetak fitnah tanpa usul periksa akan kebenaran cerita tersebut.

    BalasPadam
  4. Bila orang hanya mahu percaya apa yang mereka percaya sahaja, hati dan minda mereka tertutup untuk kebenaran. Itulah yang ditunjukkan. Saya harap individu yang memulakan api kebencian ini dihukum. Dia sepatutnya menerima ugutan dan tohmahan. Bukan En Mohamad Nasir. Semoga Allah menguatkan hati dan diberi ketenangan.

    saya ada catatkan mengenai isu ini, berdasarkan laporan saudara Mazidul. http://ngadapseni.blogspot.com/2013/07/murid-makan-dalam-tandas.html

    BalasPadam
  5. Mungkin Sdra. Mazidul boleh jadi orang tengah untuk rungkaikan kekusutan ini. Banyak lagi persoalan yang timbul yang memerlukan jawapan. Ramai yang keluarkan pendapat dan teori yang bukan saja menunjukkan kebodohan GB tetapi penulis itu sendiri. Lebih malang lagi jawapan2 ini merumitkan lagi keadaan dan usaha kita supaya insiden ini berakhir secepat mungkin untuk kebaikan semua pihak yang terlibat.

    Aku percaya blog ini boleh jalankan peranan orang tengah itu dan aku percaya kedua pihak yang menyokong "He said" dan "She said" serta ribuan pengikut berita ini dapat terima data dan maklumat itu dengan ikhlas. Mungkin saudara boleh temuramah Guneswari juga selain GB dan PIBG. Jika saudara setuju, kita boleh kumpulkan soalan2 yang sebelum ini banyak membenihkan teori2 karut yang lebih mendalamkan jurang pemahaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guneswari dilapor menghilangkan diri dan enggan ditemui. Jauh sekali untuk ditemu bual. GB tiada masalah pula untuk bercakap dengan saya.

      :)

      Padam
    2. ITULAH PERBEZAAN PIHAK BENAR DAN PIHAK BARUA...BERANI KERANA BENAR DAN SI BARUA PASTI BACUL APABILA KEBENARAN TIMBUL...WAIT & SEE...TQ BRO MAZIDUL...UTK GB MOHAMAD NASIR ANDA DI PIHAK BENAR PERSETANKAN SUARA-SUARA SUMBANG HARAM TU...TERUSKAN USAHA MENDIDIK ANAK BANGSA...BRO MAZIDUL BOLEH TAK DAPATKAN TEMURAMAH BERSAMA GURU SEKOLAH PRISTINA PULAK...APA KATA MEREKA...INI BAPAK MEREKA...TAKKAN DIAM BILA BAPA DI HINA...TQ BRO

      Padam
  6. Biasalah tu...menghilang diri sebab buat kesalahan...sebab mulut badan binasa...skrg sebab tulisan dan gambar badan merana....sebenarnya bnyk kes sebegini...tetapi kita sebagai rakyat Malaysia cintakan keamanan tidak mahu perbesarkan sesuatu kes yang dibangkitkan melibatkan kaum.....justeru pihak Kementerian Patut melindungi pekerja pekerja dibawah naunganya agar kes guru besar sk Pristana tidak berlaku kpd guru besar yang lain....

    BalasPadam
  7. Bagaimana kalau kita baca artikel Canteen fiasco: Will the real story emerge? di http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/07/28/canteen-fiasco-will-the-real-story-emerge/

    Banyak lagi artikel yang ditulis memperkatakan tentang kantin sementara(?) ini, baik di blog pro kerajaan maupun pro pembangkang. Sebagai orang Melayu memang kita senang untuk katakan tiada masalah untuk anak kita makan di bilik persalinan, lebih elok dari makan di tepi longkang. Kita juga lihat GB Nasir mengambil tindakan tanpa niat buruk yang menyentuh agama ataupun bangsa. Tak salah juga kalau kita katakan orang Melayu ni senang berkira, senang ambil mudah, senang bertolak ansur. Barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang meracun diri.

    Tetapi selepas baca artikel di FMT tadi, apa pandangan anda? Di blog Helen Ang juga ada banyak artikel yang berkaitan, cuba baca hingga ke bahagian komentar, lihat segala keraguan dan maklumat yang dipertikaikan. Jika rajin lagi baca di blog2 lain yang pro dan kontra dengan isu ini. Kemudian tanyalah diri kita, di mana kedudukan kita sekarang, apa yang perlu kita buat. Atau bagi pendapat aku sendiri... apa yang perlu kita ketahui, sebelum mengambil tindakan atau membuat rumusan. Moga kita semua dapat membantu redakan suasana ini melalui jalan yang terbaik.

    BalasPadam
  8. Tempat makan rumah diorang tu pun belum tentu lebih bersih dari bilik persalinan tu. nak kecoh2 pulak. Tiba2 je aku teringat tentang artikel Mazidul masa dia pergi kat negara India...

    BalasPadam
  9. Moga nasib GB akan terbela..ramai sangat 'hakim' kat luar sana yang jatuhkan hukum tanpa bicara? Penyebar fitnah? Dah cabut lari....Berani kerana benar takut kerana salah ! Harap ader ibubapa yang sanggup membela GB..

    BalasPadam
  10. mengapalah isu sebegini diperbesarkan, fakta dan data dah jelas... napalah nak kecoh2 lg kan. Moga peristiwa ini tidak melemahkan semangat GB untuk terus berbakti.

    BalasPadam
  11. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/36muridsekolahTamildiIpohkeracunanmakanan/Article/ - BAGAIMANA DENGAN KEJADIAN INI, MURID-MURID TELAH MENGALAMI KERACUNAN MAKANAN TETAPI TIADA ISU APA-APA PUN.. ADAKAH KERANA SEKOLEH TERLIBAT SEKOLAH SJK(T), GURU BESAR SEKOLAH BUKAN MELAYU, DAN TUKANG MASKA BUKAN MELAYU JADI IANYA DI JADIKAN KES TERPINGGIR??

    BalasPadam
  12. 1) SETUJU dengan Mila@Rimbun. Semua pihak perlu hentikan perdebatan, komen dan ulasan kes ini sebab sudah jelas tidak ada seabrang niat jahat atau perbuatan sengaja dilakukan oleh pihak GB SK Sri Pristina khususnya dan sekolah berkenaan amnya. Niat pihak sekolah adalah untuk keselesaan dan keselamatan pelajar. Lagi ramai berckp lagi jadi kudis !
    2) Jom kita pakat dari GUNESWARI :) ... yang mencetuskan HURU HARA ini ...

    BalasPadam
  13. Saya dapati menjadi tren sekarang ini, tuduhan-tuduhan melulu dengan bahasa yang kasar. Perkara ini berlaku terutamanya apabila melibatkan bangsa dan kaum-kaum di negara kita. Sikap sopan santun dan budi bahasa sudah terkikis dari budaya Malaysia terutamanya budaya Melayu. Tanpa segan silu perkataan lucah, maki hamun dikeluarkan. Sedih la.....

    Saya rasa puncanya adalah kelemahan pendidikan, KPM dan guru-guru perlu melihat semula dan ambil tindakan sewajarnya. Kaji semula buku sejarah.... jangan ragu-ragu dengan sejarah negara yang perlu diketahui oleh semua rakyat.... bagaimana kaum Cina dan India menjadi rakyat Tanah Melayu (Malaysia) perlu diperjelaskan supaya mereka tidak bertindak melampau kepada orang Melayu dengan tuduhan perkauman. Mereka tidak tahu keadaan sebenar..... dan pengorbanan bangsa Melayu kepada mereka dengan berkongsi negara ini.

    BalasPadam
  14. bab nak menghentam orang serah pada KAUM CINA,tanpa usul periksa terus hentam saja...kepada PM eloklah mansuhkan sistem sekolah Venakular yang selama ini kerajaan malaysia terlalu berlembut, wujudkan sekolah 1 aliran...dan kepada KAUM CINA anda sebenarnya bangsa yang tak sedar diuntung dan anda patut buat kajian kenapa pada tahun 1960an sekolah CINA boleh wujud di TANAH MELAYU @ MALAYA? dan kepada PM usahlah berlembut lagi dengan KAUM CINA ini dan tak usah risau akan beralihnya pengundi kepada pembangkang.satu soalan saya pada PM,SAMPAI BILA NASIB ORANG MELAYU DAN UGAMA ISLAM TERUS DIPERMAINKAN OLEH BANGSA CINA?

    BalasPadam
  15. bermakan?
    pertama kali ku dengar,huhu

    BalasPadam
  16. kalau kita semua nak jadi masyarakat nilai tinggi serta manusia bervisi hebat maka kita perlu fokus dan komited bercakap soal masa depan dan solusi....bukan masa belakang dan menyalahkan pihak itu serta masalah....

    semua ini terjadi bukan salah GB mahupun ibubapa...tapi salah pendidikan percuma......ya...pendidikan prcuma telah membantutkan proses pendidikan negara...

    kebanykan kita ke sekolah dengan yuran tahunan rm 10 hinggit ke rm 27...ia naik sehingga rm 50-120 mengikut tempat sebelum dimansuhkan oleh pak lah gara2 desakan "rakyat"...

    musibahnya sekolah tiada duit untuk bayar bill api, bil air, bil itu ini, ubah suai sekolah malah nak photostat pun kena pakai duit sendiri...lau keja lbih masa lupakan jeeeeee.......kerajaan tanggung hanya pada kadar tertentu sahaja sedangkan untuk pelajaran dan keselamtan murid ia tidak cukup dengan berjimat...lihat sahaj sekolah cina...yuran bulanan dia boleh beli myvi sebijik...

    pendidikan dah jadi perniagaan kerana yuran tiada lagi sedangkan ibu bapa ramai yang boleh membakar duit rm 10 sebulan untuk sekotak rokok......boleh membeli nombor ekor rm 10 sebulan.....

    malahan disebabkan takder yuran tahunan ia hanya menguntungkan "peraih" dimana ada stgh sekolah mengenakan pelbagai yuran spti photostat, bharian, utusan dan bila kira2 balik sama je lau yuran tahunan ada...at least yg untung adalah sekolah bukan org tengah...

    aku minta kerajaan mngenkan kembali yuran rm 10 setahun kepada pelajar dan murid....kalau pristana ada 1300 murid...setahun collect rm 13000 isu kantin takkan timbul...kanopi leh beli 10....lau ibu bapa xmampu mereka boleh pakai br1m untuk bayar....

    BalasPadam
  17. Setuju sangat pembawa fitnah di bawa kemuka pengadilan, supaya menjadi pengajaran kpd yang lain.Dimana KPPK atau MGB, senyap ajee

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.