Ahad, Mei 04, 2014

JIKA NAJIB TERCEGAT DI HADAPANNYA ...


Jika diperhatikan, terlalu ramai pengomen di media sosial bersikap biadab. Mereka tidak segan silu  memaki-hamun. Jika diteliti dari gaya bahasa, biarpun kesat, dipercayai membabitkan majoriti individu berbangsa Melayu.

Melayu, tentunya beragama Islam.

Saya percaya, mereka ini sebenarnya bukan tergolong dalam kelompok bijak berhujah secara rasional. Barangkali mereka berasa amat berpuas hati setiap kali mencatatkan komen menggunakan bahasa kesat di laman sosial. Lazimnya, individu berpelajaran serta berilmu tidak bertindak sebegitu.

Lebih menarik, sejak mengendalikan blog ini kira-kira 8 tahun lalu, saya perhatikan, mereka juga agak pemalu atau penakut untuk menampilkan identiti diri asli. Gentar sekiranya nama sebenar dan wajah mereka dikenali di alam maya dan berkemungkinan kebiadaban mereka tampilkan bakal dikaitkan dengan keluarga dan kerjaya hakiki.

Kita hanya mampu membalas komen mereka secara profesional, berlandaskan fakta. Sekaligus berharap, sikap mereka berubah dan lebih bijak menghormati individu lain biarpun di alam maya.

Melalui pengamatan sendiri, saya dapati, sebilangan daripada lelaki menulis komen biadab itu tidak langsung berpenampilan bengis. Wajah mereka lembut, jika memijak semut belum tentu serangga itu mati. Kes ini, bukan sahaja membabitkan lelaki malah kebiadaban sebilangan wanita di laman sosial juga setanding. 

Berlandaskan kepada perawakan ditampilkan, andai berpeluang bersemuka, belum tentu mereka berani mengangkat muka apatah lagi mengungkapkan kenyataan sama seperti dicatatkan di laman sosial. 

Mulut mereka ternyata tidak seberani jari menaip di papan kekunci. 

Peliknya, sebaik identiti mereka didedahkan bersama komen biadap dilontarkan, spesis ini terus senyap dan beberapa individu bertindak memadamkan akaun media sosial. Mereka malu, khuatir maruah diri tercalar.

Mahu atau tidak, kita semua terpaksa mengakui, sikap melontar batu sembunyi tangan, kini sudah menjadi virus di laman sosial. 

Namun kenyataan itu tidak boleh diapplikasikan kepada lelaki di sebelah kanan di dalam gambar di bawah. Tanpa menyembunyikan identiti diri, dia mempamerkan isyarat lucah. Barangkali dia gagal berfikir panjang dan perlakuannya didorong dek emosi terlampau. 

Jika disoal oleh anak kecil atau ibu ayahnya ...

"Ayah/Kamu buat apa sebenarnya?"

Apakah agaknya jawaban dia? Jari tengah ayah, gatal?



Mungkin pembaca blog ini boleh membantu memberikan jawaban jujur kepada soalan berikut.

Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tercegat di hadapannya pada detik gambar dirakamkan, tergamakkah dia menampilkan aksi biadab itu?

Perhatikan wajah IKON KEBIADABAN ini. Kalau di rumah, silap silap takut bini.



13 ulasan:

  1. Memang biadap! Ada waktu memang tidak sesukar mana untuk kita mengenal manusia yang terencat minda seperti ini justeru mereka suka melepaskan tabii kebiadapan mereka dikhalayak ramai secara membuta tuli. Kelak nanti sebelum tidur mereka boleh berbangga-bangga dengan mimpi harapan dapat memperandakan hati empunya gambar. Tapi ingatlah, hati yang paling dekat akan merasai sakitnya dulu adalah hati sendiri. Hari ini majoriti kita semakin ambil perduli perihal kebiadapan membuta tuli. Jika tidak masakan timbul kes saman menyaman apabila privasi diri dimalukan dikhalayak awam. Bayangkan wajah yang diberi tunjal kaki dan tudingan syaitan itu adalah muka bapa dia sendiri? Siapakah yang sakit sekarang?

    BalasPadam
  2. What they give, they will get back. Berani hanya dari kejauhan dalam kelompok yang ramai bila berdepan membisu kecut ketakutan. Sebagai rakyat msia, sepatutnya kita move foward berusaha majukan diri bukannya membuang masa dengan street demo tanpa kita ketahui apa tujuannya. Kalau nak membantah GST buat kajian dulu tentang GST. Buka minda banyakkan membaca. Negara lain dah lama buat. Saya harap orang yang berkelakuan begini diampunkan dosanya dan sempat memohon maaf kepada DSN sebelum terlambat dan merangkak di padang masyhar untuk mencari kemaafan. Peace no war among melayu.

    BalasPadam
  3. Da tua pun macam kambing, memalukan akhlak keturunannya sahaja. Malu nak mengaku jika kenal orang macam ini.

    BalasPadam
  4. SMTI

    Tengok-tengok muka ni jugak yang tak malu ambik BR1M. Kat belakang berani yaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa nak malu ambil duit BRIM...duit tu bukan UMNO yang punya...memang duit rakyat..! jadi ambil saja lah..!!

      Padam
  5. muke die pn dh nmpk sgt biadapnye..klu wktu pgagihan BR1M di semak sblm pyerahan,dah tntu kt tahu tangan pyokong mna yg lbih mhulur...sikap manusia jika dari awal ditanam dgn bsyukur dgn nikmat n rzki yg tlah dtetapkn ilahi,ins sya allah gejala niew xkan tjadi..maaf dengan pnggunaan ayat sy yg mgunakan sigkatan...

    BalasPadam
  6. Melayu yang memalukan bangsa Melayu!
    Sangat kurang ajar!!!

    Tak boleh ditangkap ke ?sumbat lokap n penjara,baru tau nasib..atau agaknya dah takut dgn hukuman penjara lagi kot..sbb dah biasa....

    Geram tengok orang2 mcm ni..

    BalasPadam
  7. Inilah ajaran UMNO yg mengajar bangsa melayu jadi samseng.....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.