Rabu, Mei 21, 2014

POLIS : LARANGAN PENGGUNAAN CERMIN GELAP TIDAK RELEVAN

Ketua Penolong Pengarah Risikan, Operasi dan Rekod, Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM Bukit Aman, Datuk Abdul Manaf Abdul Razak berkata, penggunaan cermin gelap bukan faktor melonjakkan kadar jenayah di Malaysia.


Malah PDRM tidak mempunyai statistik menunjukkan penjenayah menggunakan cermin gelap untuk melakukan kegiatan melanggari undang-undang. Tambah Manaf, pemakaian cermin gelap pada kenderaan, mengurangkan kes pecah cermin kereta.

Terima kasih datuk kerana bersuara untuk kepentingan rakyat, biarpun datuk bukan seorang ahli politik.


Berikutan itu Jabatan Pengangkutan Jalan bersama beberapa agensi penguat kuasa  lain akan bermesyuarat untuk meminda peraturan cermin gelap agar lebih praktikal.

Klik di sini.

Justeru, operasi besar-besaran untuk membanteras kenderaan bercermin gelap, diumumkan bermula pada 15 Jun ini harus ditangguhkan. Jangan menyaman pengguna jalanraya, RM300. Tunggu pindaan dibuat dan diimplementasikan  terlebih dahulu.

Lebih penting lagi, sebelun peraturan diaplikasikan kepada rakyat marhaen, SEMUA kakitangan pihak berkuasa tidak berhak menggunakan cermin gelap, WAJIB mematuhi peraturan sama. 

Usah melaksanakan peraturan atau undang-undang secara selektif.

22 ulasan:

  1. Yeke di tangguhkan operasi saman kereta bercermin gelap? baru je semalam waktu balik kerja ada sebuah kereta ditahan kerana bercermin gelap dlm road block polis di depan Kayangan Heights, Shah Alam...moga2 hanya dikenakan warning bukan terus saman...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi cuba tuan bayangkan dalam kereta tersebut terdapat 5 orang lelaki warga asing , dipinggang mereka tersemat kemas parang dan alatan memecah rumah, dan mereka sedang meninjau-ninjau kawaasan perumahan sekitar kawasan tersebut,,..!! tapi kita susah nak pastikan sebab tak nampak jelas, maklum la gelap cerminnya. kalau tak boleh juga cuba telifon rakancop

      Padam
    2. ada betulnya zassi zass..tapi kalau dah macam tu, tak boleh la double standard..kenderaan lain termasuk kenderaan kerajaan pun tak boleh la pakai..kalau kata untuk keselamatan org atasan dalam kerajaan, habis macam mana dengan keselamatan rakyat biasa macam kita ni.

      Padam
    3. 100% Cermin cerah pun x boleh nampak juga kalau kenderaan tengah bergerak. Dan kalau orang nak buat jahat tak kan dia orang nak tayangkan parang atau senjata dekat tepi tingkap.

      Padam
    4. Susah sangat polis minta/arah pemandu turunkan cermin atau buka pintu kereta?? Tak logik cermin gelap adalah penyebab jenayah berlaku.Lagi pun tiada statistik menyokongnya.

      Padam
  2. Saya yakin lepas Tuan Manaf nie keluar statement macam nie terus dia kena tindakan Tatatertib..Jika Tuan Manaf dikenakan Tindakan Tatatertib, kami rakyat akan bangun mempertahankan beliau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apalah ngok sgt....Ko igt pegawai kanan polis senang2 nak keluarkan statement? Ko igt IA xde kt tepi? Ko igt SB xmonitor sokkaba?

      Woiii, kalo betul la ko nk cite konspirasi sgggtttt....xde punya ko dpt baca kenyataan Datuk Abdul Manaf!

      Padam
  3. mohon pihak berwajib meneliti dan mengkaji semula soal penggunaan cermin gelap. Kadar jenayah yang berlaku bukan semata-mata di atas faktor penggunaan cermin gelap. Jenayah ragut, rompakan dan sebagainya mungkin juga melibatkan penunggang motosikal. Atas modus operandi apakah yang membabitkan penggunaan cermin gelap? bagaimana dengan keselamatan pemilik/pemandu mpv? adakah mereka selamat meletak barangan berharga didalam kereta. Maksud barang berharga disini adalah tas tangan dan laptop. Semasa lampu isyarat merah, adakah pemandu kenderaan cermin gelap yang menyebabkan jenayah pecah kereta?.

    Ini amatlah tidak adil dan kurang bijak!!!

    JPJ masih menguna pakai undang-undang yang tidak masuk akal.

    BalasPadam
  4. yelah bila banyak kete cermin gelap tunggu depan rumah...
    bawak lari anak dara orang nanti...

    naik ler statistik tu...

    apa rasional polis pakai cermin gelap kalau bukan memudahkan kerja mereka membenteras penjenayah...dan macam2 lagi...
    apa guma PM agung dan menteri guna cermin gelap kalau bukan sebab isu keselamatan...

    jangan ikut persepsi masyarakat semata...fikirkan keselamatan rakyat dikemudian hari
    tinted janganlah 100% gelap..cukup sekadar mengurangkan haba mentari..

    BalasPadam
  5. Kalau polis saya yakin cuma dikenakan warning sahaja..tetapi anggota jpj terus saman dan paling tidak pun keluarkan notis arah pemeriksaan lanjut..

    BalasPadam
  6. Ini baru betul bertindak pakai akal...
    Perkara ni jd masalah sebb bertindak pakai nafsu...

    BalasPadam
  7. Kete JPJ pun guna cermin gelap... sapa nk saman.....
    PDRM kata lain... JPJ kata kata gitu,,,,,,tiada keputusan
    akhirnya saman tetap dijalankan...
    sebagai rakyat yang perlukan tinted untuk keselamatan dan keselesaan menanggung risiko kena SAMAN....
    cakap macam tak ada education... JPJ pun serupa PDRM pun serupa....

    BalasPadam
  8. Jom pakat like Page ini di Facebook terima kasih.JPJ Sila Mansuh Akta Bodoh Melarang Cermin Gelap

    BalasPadam
  9. Pendapat saya.. kurang peratusan tahap ketelusan cahaya yg sedia ada.. maksudnya cermin pintu sekarang 50% kurangkan kepada 30%.. manakala cermin besar depan dan belakang sekarang 70% kurangkan kepada 50%.. ini sudah memadai.. bukan benarkan tinted terlalu gelap dan hitam legam sampai membahayakan keselamatan. btol tak?

    BalasPadam
  10. Panas hinga 37 ยบ..jln jammed berjam2..bnyak kes jenayah ditraffic light ketuk cermin curah acid or ugut..ni smua jpj kne fham..peliknya boss2 jpj ni crmin lebeh gelap dri yg dibenarkan..kne fham msalah rkyat..

    BalasPadam
  11. pelik betul dgn persepsi masyarakat skrg... semua kata ramai staff jpj guna cermin gelap.... boleh buktikan tak? jgn hanya buat andaian sendiri.... aku kerja kat ibu pejabat jpj x pernah lg jumpa kawan2 aku guna cermin gelap... yg penting aku staff jpj pun pernah kena saman dgn anggota jpj sendiri ok.... takde diskriminasi.... undang2 dah tetapkan siapa salah akan disaman... x nak kena saman patuhi la undang2 yg negara dah tetapkan.... undang2 ni manusia yg cipta dan bkn sempurna.... sbb tu byk undang2 zaman tok nenek kita diorang gubal semula sbb zaman dulu dgn skrg lain.... dulu guna keris skrg guna pistol.... dulu naik basikal je skrg semua dah berkereta.... dulu lapisan ozon tebal lg skrg dah nipis.... fikir2kan

    BalasPadam
  12. Blkg boleh gelap..depan x boleh...biar nmpk pemandu...bllg sbb bwk family ngn brg2...

    BalasPadam
  13. ada pro dan kontra. oklah, bagi maksud pencegahan jenayah mungkin tidak relevan sebab tiada statistik. cuma apa yang perlu difokuskan ialah soal keselamatan pemanduan. peratus gelap cermin masih perlu dititik beratkan. jika bebas, maka akan ada kereta yang cerminnya lebih gelap berbanding botol kicap. akhirnya ia akan mengundang masalah baru. pandangan tidak jelas boleh mengundang kemalangan. so, pandai2lah membuat keputusan kerana jika tersalah buat keputusan, rakyat juga yang akan menjadi mangsa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bab cermin gelap itu menyebabkan kemalangan itu tidak relevan. Kemalangan sebenar banyak faktor penyebab. Paling banyak faktor keddaran pengguna, faktor jalan. kalau bab cermin gelap faktor yang terlalu kecil

      Padam
  14. Saya cadangkan pemilik kenderaan yang pernah ada rekod jenayah tidak dibenarkan menggunakan cermin gelap

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.