Jumaat, November 23, 2012

BLOGGER PEGAWAI POLIS KATA AES PATUT DIBUANG (UPDATED)

Saya agak terkejut apabila blogger, memperkenalkan identitinya sebagai pegawai polis mencatatkan komen di bawah di ruangan komen entri ini.


'aes ni patut di buang', itu komen blogger berpangkat Inspektor.  

Apapun, saya berasa amat yakin komen itu tidak mewakili pandangan Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM. 

Kamera AES berfungsi 24 jam bertujuan merakamkan gambar nombor pendaftaran dan kenderaan dipandu melebihi had laju di 14 lokasi dipilih setakat ini.

Melalui maklumat diperolehi daripada gambar dirakam, pemandu melanggar peraturan jalanraya akan disaman. Terkini kerajaan telah membuat keputusan tidak akan memansuhkan penggunaan kamera AES. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, penggunaan kamera sama akan diperluaskan ke 831 lokasi dikenal pasti kerap berlaku kes kemalangan jalanraya di seluruh negara.

Klik di sini.

Memang kita semua tidak suka disaman kerana bakal kehilangan sejumlah wang. Namun perlu diingat, kita disaman kerana melanggar peraturan bertujuan untuk menyelamatkan nyawa. Menurut Pengurus Besar Keselamatan Trafik PLUS, Zakaria Shaffie, kelajuan, antara faktor menyebabkan berlakunya tragedi meragut nyawa di lebuh raya. 


Di Amerika Syarikat, pada tahun 1998, saya pernah melihat papan tanda bertulis 'speed kills'. Maksudnya mereka tinggal di negara maju juga terbabit dalam kemalangan maut akibat kenderaan dipandu terlalu laju. Saya juga difahamkan, kamera AES mula digunakan di Arab Saudi sejak 5 tahun lalu dan ternyata berkesan mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.

Sehingga kini, tiada laporan PDRM akan menghentikan operasi mengesan dan menyaman pemandu melanggar had laju di lebuh raya dan jalan persekutuan berikutan penggunaan kamera AES oleh JPJ. Maksudnya operasi terbabit masih diteruskan. Andai bimbang disaman berulang kali, usah berdegil dan memandu terlalu laju.

Saya melihat, gandingan usaha JPJ dan PDRM itu, InsyaAllah mampu menyedarkan lebih ramai pengguna jalanraya agar memandu secara LEBIH berhati-hati. 

Kedudukan semua kamera AES diketahui oleh umum kerana boleh dikesan menggunakan aplikasi android. Manakala lokasi anggota polis menggunakan alat pengesan kelajuan tidak boleh dijangka secara tepat. 

Apapun, tujuan JPJ dan PDRM sama, untuk meningkatkan kesedaran agar kita semua memandu mengikut had laju ditetapkan. Cuma anggota PDRM tidak bertugas 24 jam sehari berbanding kamera AES. 

Terdapat komen mengatakan, bodoh jurutera syarikat merekacipta kenderaan dengan kelajuan maksimum 240 kilometer sejam sedangkan pengguna jalanraya di Malaysia hanya dibenarkan memandu dengan kelajuan  maksimum 110 kilometer sejam sahaja.  

Bagi saya, jika sebilangan individu ingin memandu dengan kelajuan 240 kilometer sejam, tiada siapa mampu untuk menghalang perbuatan mereka. Selagi tidak dirakam oleh kamera AES dan alat pengesan kelajuan anggota PDRM, mereka tidak bersalah. Cuma jangan pula ketika memandu dengan kelajuan terlampau, kenderaan hilang kawalan lalu terbabas sekaligus mengakibatkan nyawa pengguna jalanraya lain melayang. 

Bagi kelompok gilakan kelajuan, nyawa mereka, hak mereka dan keputusan memperjudian nyawa sendiri di tangan mereka.

Tuan Inspektor, saya tidak pernah menganggotai PDRM lalu cetek pengetahuan berhubung tindakan penguat kuasaan peraturan mahupun undang-undang di tanahair kita ini.

Namun jika tuan mempunyai hujah lebih bernas berbanding 'aes ni patut dibuang', sila kongsikan di sini. Barangkali saya berpeluang belajar dan menyelami cara pemikiran individu bergelar penguat kuasa.

***

Untuk pengetahuan semua, 270 unit kamera AES bakal dipasang berhampiran lampu isyarat dan baki daripada 831 unit itu akan dipacakkan di lebuh raya.

Mengapakah pemasangan kamera AES tidak dilaksanakan sekaligus?

Saya percaya kerana pihak berkuasa juga ingin melihat keberkesanan sistem itu sekaligus mendengar komen membina dilontarkan oleh orang ramai. Tindakan itu bertujuan supaya setiap kelemahan pengimplementasian sistem itu terlebih dahulu  dapat diperbaiki sebelum dilaksanakan sepenuhnya.


Saya menyokong jika kedudukan beberapa kamera AES dikaji semula agar tidak menyusahkan masyarakat. Bagus jika kamera diletakkan di jalan berhampiran kawasan sekolah supaya kenderaan melintas di siang hari akan diperlahankan ke had laju di bawah 30 kilometer sejam demi memastikan keselamatan pelajar.

Bagaimanakah pula pada waktu malam? Adakah mereka menggunakan laluan sama terpaksa memandu mengikut had laju di siang hari sedangkan tiada pelajar melintas kerana sekolah tidak beroperasi pada waktu malam?

Tidak wajar andai kenderaan dipandu dengan kelajuan 40 kilometer sejam dirakam oleh kamera dan kemudian disaman oleh pihak berkuasa.

Hemat saya, kelemahan sebegitu harus ditangani selepas mendengar komen dikemukakan oleh orang ramai.  Namun tidak bererti perlaksanaan keseluruhan sistem AES harus diberhentikan seperti dituntut oleh beberapa pihak mahupun kamera 'aes patut dibuang' ....

47 ulasan:

  1. Harap macam itulah Mazidul..secara peribadi saya setuju AES...kalau tak ramai pemandu tidak berhemah jalanraya Malaysia...:)

    BalasPadam
  2. smti..

    ye ke dia tu inspektor? macam musykil pulak..

    BalasPadam
  3. hmmm...
    knp xcipta kereta yg bleh pecut 90-110 je...?

    BalasPadam
  4. Navi, supaya pada saat kecemasan, ambulan boleh dipandu lebih laju.

    BalasPadam
  5. smti

    kata seorang rakan sy yg bersetuju dgn pemasangan AES ini... "biar kena saman, jangan kena tanam"

    BalasPadam
  6. xnak kena saman senang je,,,jgn buat salah...apalah diorang ni...

    BalasPadam
  7. saya setiap kali memandu di highway,mmg berniat nak bawa kereta di dalam lingkungan 100km/h-110km/h.

    tetapi mesti terhalang oleh mereka2 yg memandu di bawah 90km/h. kadang2 ada juga kenderaan yg dipandu terlalu sopan dilaluan memotong.

    sbg salah seorang dari ribuan pemandu yg menggunakan highway, saya percaya ramai yg kurang kisah jika kenderaan mereka dipotong oleh kenderaan yg lebih laju dilorong yg disediakan. tetapi mungkin ramai yg akan terganggu emosi jika terpaksa mengekori kenderaan yg bergerak terlalu perlahan.

    ada tak undang2 yg boleh mengatasi masalah pemanduan dibawah kategori perlahan ini di highway - khususnya?

    BalasPadam
  8. Salam bro ...

    Kita lihat perkara ni dari perspektif lain ...

    Pemasangan kamera AES diberikan kepada syarikat swasta dimana setiap saman yang dikeluarkan, terdapat portion yg perlu disalurkan kpd syarikat tersebut utk meneruskan operasi - ringkasnya, komisyen!

    Jika bro merupakan CEO syarikat tersebut, nak tak nak perlu memikirkan keuntungan juga. Jika tak, camne company nak running?

    Jadi, dalam banyak2 camera AES, pasti ade yg diletakkan di tempat2 supaya orang boleh terkena!

    Contohnya, dalam sinar harian ada laporan AES dipasang di kawasan sekolah dengan kelajuan 30km/h.

    Saya setuju di siang hari kita perlu memandu perlahan di kawasan sekolah untuk mengelakkan kemalangan. Tapi pada waktu malam macamana pula??

    Logikkah jika saya nak keluar pergi minum kedai mamak di waktu malam, dari kelajuan 60-80 km/h tiba2 sampai kawasan sekolah saya perlu tekan brek sehingga kelajuan turun 30km/h supaya tak kena saman?? Andaikata kat belakang saya ade motor cucuh angin, tak ke melambung penunggang motor tersebut??

    Di highway pun sama. Saya pasang android phone. Dari kelajuan 110 km/h, tiba2 AES camera detected 60km/h kerana depan ade jambatan. Dengan jarak 1 km dari kamera AES, untuk menurunkan kelajuan dari 110km/h ke 60km/h memerlukan saya brek emergency jika tak nak kena tangkap dengan AES camera.

    Banyak lagi tempat2 yang tak logik untuk AES camera diletakkan. Saya harap bro MAzidul check setiap lokasi AES dan berfikiran terbuka tentang ini.

    Saya pasti bro MAzidul pernah ke UK. Di sana, speed trap camera dipasang dengan warna terang supaya jelas kepada semua pemandu. Papan tanda amaran diletakkan sebelum dan selepas melalui kawasan speed trap.

    Tapi, di Malaysia ade AES camera yg terlindung pada dahan pokok. Android phone detect AES camera, tapi kita pun tak nampak AES camera tu kat mane. Sedar2 dah ade flash camera!

    BalasPadam
  9. Sti- saya harap dan berdoa supaya EAS dipasang di seluruh jalan utama. Pedulikan mereka yang membantah sebab mereka suka memandu laju. Jangan jadi sudah terantuk baru tengadah, dah cacat kekal akibat kemalangan baru nak menyesal.

    Proposal sedang di buat supaya menambahkan lagi 40,000-60,000 unit kamera AES di suluruh Malaysia.

    BalasPadam
  10. Rez, lebih 800 kamera AES bakal dipasang di seluruh negara. Mengapa setakat ini hanya 14 unit sahaja digunakan?

    ... Kerana pihak pengimplementasi masih mengkaji dan melihat antara kelemahan sistem terbabit.

    Sedangkan menantu kekadang sukar menyesuaikan diri dalam keluarga baru, apatah lagi satu sistem baru untuk negara.

    Saya amat yakin, keluhan dan rungutan orang ramai, didengar oleh pihak berkuasa.

    Setiap kelemahan boleh diperbaiki.

    Namun itu tidak berertui perlaksanaan AES harus diberhentikan.

    BalasPadam
  11. SMTI-99% yang bantahnAES ialah cina yang dengki sebab Melayu dapat projek, dan Cina memang suka langgar peraturan dan undang undang negata. Tidak kira undang undang jalan, hartanah perniagaan atau apa juga. Cuba lihat peratusan tertinggi kaum disaman kerana kesalahan jalanraya dan siapa uang beratur membauar saman di Jalan Bandar. Sapa yang buka spa haram, gro haram, disco haram, rumah pelacuran, rumah urut haram, along haram, ganster dan dadah. Semua adalah dari kaum Cina. Mereka pelanggar undang-undang, prosak negara dan perosak Bahasa Melayu. AES dibantah bukan kerana kesilapan kerajaan, tapi kerana sikap dengki perkauman kaum Cina.

    BalasPadam
  12. Rez, orang yang suka buat salah je yang takut EAS. ikut undang undang tak rugi. Jangan jadi Cina yang dengki sebab tak dapat projek. Sama macam projek LYNAS, dengki sebab orang Melayu yang dapat. Di Pulau Pinang dan Kedah semua projek orang Cina yang dapat merela senyap, walaupun merosakkan alam sekitar.

    BalasPadam
  13. Mamat tu bukan Inspektor polis pin, inspektor bas.

    BalasPadam
  14. Terima kasih bro kerana reply komen saya.

    800 kamera AES masih belum beroperasi kerana adanya orang2 seperti saya. Jika semua orang angguk2 geleng2 dan tak nak suarakan kelemahan AES dan hanya pandai cakap "tak nak kena saman jgn buat salah", mungkin sekarang suku dari pendapatan kita dah masuk dalam kantung JPJ.

    Saya juga setuju dengan AES, tapi kena lihat bagaimana implementasinya di UK. Di sana, speed trap adalah utk mendidik bukan utk mengaut keuntungan.

    Tapi, jika betullah JPJ ikut bulat2 implementasi di UK, syarikat yg pasang AES ni bakal gulung tikar kerana tak cukup saman nak run the company.

    Kesilapan paling utama sekali dalam implementasi AES adalah menswastakan AES dan kita tahu syarikat swasta mesti mementingkan keuntungan!

    BalasPadam
  15. The Red Rambutan,
    SAya tak nak masuk campur tentang isu perkauman. HArap bro Mazidul pun tak terlibat sama ... terima kasih.

    BalasPadam
  16. Rez, selamat memandu laju selaju lajunya, semuga selamat krembali ke rumah, bukan kembali ke Rahmatullah.

    BalasPadam
  17. salam semua

    saya setuju dengan Rez...

    saya tak membantah.....

    tapi kita menyuarakan pendapat tentang AES ini.....

    tiada perkara yg sempurna

    tetapi pelaksanaan perlulah la bersesuaian......

    Cth di China>>>terdapat kamera perangkap laju dan kawasan kamera tu terdapat line kuning sebelum berjumpa dengan kamera speed trap tu

    so kita dah memperlahankan kenderaan....dan ia dapat jugak mengelakan kemalagan sebab kenderaan dah memperlehankan kenderaaan....dan dapat la mengelakan dari di tanam....

    so pemberitahuan awal dan jelas perlu.....kalau ia melibatkan nyawa.... bukan buat lepas batuk ditangga......

    dan paling penting kita jangan campurkan politik...dan kaum...dalam perkara ini...cuma ianya untuk keselamatan.....janagn sebab ia cadangan kerajaan kita semua perlu setuju....kalau tak setuju tak bermakna kita ni pembangkang kerajaan....kita cuma menyuarakan pendapat....rakyat didahulukan.......

    saya setuju kamera ini dipasang tetapi ianya perlu jelas.....dan tidak mempunyai agenda tersembunyi....dan lebis jelas bukan untuk keuntungan...tetapi untuk keselamatan......

    abg Mazidul.....

    boleh cek.....semua kamera AES....jangan cek satu atau dua kamera sahaja melalui uadara.....cek 18 kamera yg dipasang melalui kenderaan darat dan abang Mazidul boleh la bagi maklum balas lepas nie

    tunggu maklum balas dari abang Mazidul yer rakan2 semua

    wassalam

    BalasPadam
  18. apa lah yang susah sangat nak ikut peraturan?.. dah ditetap kan speed limit 110 ker, 90 ker ,,30 ker, ikut lah..

    mungkin yg perlu diperbaiki ialah,,tempat speed limit yg tak masuk di akal...

    BalasPadam
  19. Terima Kasih Adyputra dan kepada The Red Rambutan, kumpul duit banyak2 so nanti boleh gi oversea supaya minda tu terbukak sket ...

    Setuju dengan Adyputra, harap Bro Mazidul boleh gi check kamera AES yg lain.

    Perkara yg perlu dikenalpasti:

    1) Papan tanda amaran adakah sudah dipasang 1km sebelum kamera aes?
    2) Pertukaran had kelajuan adakah membahayakan pengguna jalanraya jika brake emergency? Cth: pertukaran dari 110 km/h kepada 60 km/h
    3) Tahap kesesuaian kamera AES dipasang di satu2 tempat. Jika kawasan tersebut jalannya cantik dan tiada laporan tentang kemalangan, buat analisa apakah logiknya aes kamera dipasang di tempat tersebut.
    4) Tahap visibility kamera aes. Adakah terlindung dek dahan pokok dan sebagainya.

    Jangan ade bias, buang segala sifat politik. pastikan kita neutral, then baru boleh buat kajian tersebut. Terima kasih bang. Saya tunggu laporan dan akan terima secara terbuka ...

    BalasPadam
  20. SMTI..

    Bro Mazidul..

    Saya secara dasarnya menyokong perlaksanaan AES ni. Tetapi ada satu persoalan la Bro.

    Tiadakah peratusan yang alat ini akan melakukan kesilapan dalam mengesan pesalah lalulintas. AES ni memang tepat ke bacaannya. Selaras tak bacaan speed limit AES dengan Speedometer kereta di malaysia ni.

    Atau sebagai jalan selamat(supaya tak disaman dan diharap tidak belaku kemalangan) saya perlu memandu dari kl ke perlis(kampung saya) dalam speed bawah 90kmj.

    Harap setiap stesyen petronas menyediakan kopi atau teh percuma..

    BalasPadam
  21. Rez, maaf hendak tanya.

    Kamera AES di lokasi mana dilindungi dek dahan pokok? Jika berbukti, sila kemukakan, sekarang juga saya akan menghubungi pegawai JPJ bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada beliau. Saya juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk bercakap terus dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan, ANDAI dakwaan itu benar.

    Seperkara lagi, aplikasi android memaklumkan pemandu, 2 (DUA) kilometer sebelum kedudukan kamera AES.

    Dua kilometer tentunya memberikan cukup ruang kepada saya memandu kenderaan tempatan untuk membrek.

    BalasPadam
  22. Rez- saya dah belajar dan tinggal di USA lebih lapan tahun, dan sekarang masih selalu kesana, dan negara negara lain. Untuk pengetahuan anda kenderaan saya ccnya adalah 2.5 dan 3.0, tapi tak pernah terfikir untuk memandu lebih dari had laju. Takutt!

    BalasPadam
  23. Rez, ko bawak kereta apa? Myvie? F430? LP700-4? MP4-12C?

    BalasPadam
  24. Salam Jumaat bang,

    2 hari lepas sewaktu perbahasan dewan rakyat utk meluluskan budget bagi kementerian pengangkutan, disiarkan berita di Buletin Utama and/or Awani 7.45. (saya kalo tengok berita, bertukar2 siaran antara 2 channel tv ni).

    Semasa berita tentang perbahasan tu disiarkan, ade dipaparkan sekali footage AES camera dan saya terpandang ade AES camera disebelahnya dahan pokok berjuntai2.
    Exact location saya tak tau di mana. Jika abang ade access ke footage buletin utama, mungkin abang boleh check. Jika tiada, mungkin itu berita di Awani 7.45.

    Tapi berita tersebut tidak mengatakan tentang AES kamera yg terlindung dek dahan pokok .. cuma tentang perbahasan dewan rakyat sambil dipaparkan sekali footage AES camera.

    Terima Kasih pasal info AES android app yg boleh detect 2km. Default setting saya 1km. Salah saya kerana tak sedar sebenarnya app tu boleh ditukar setting kepada 2 km.

    Tapi, untunglah kita bang yg ade android app, boleh detect aes camera sejauh 2 km. Bagi yg tiada, kena bergantung kepada papan tanda amaran 1 km seperti yang abang paparkan. Seperti yg saya kata, untuk menurunkan halaju dari 110km/h kepada 60km/h .. 1 km tak cukup melainkan brake emergency.

    Hari ni lepas keje, saya nak ke satu lokasi AES dimana saya tak perasan pun ade papan tanda amaran. SAya akan snap gambar dan video kalo boleh dah akan emailkan kepada abang ... saya harap saya silap.

    BalasPadam
  25. Kamera AES di km302, Arah Utara dari Bangi ke Kuala lumpur, papan tanda ada tiga (3). lebih kurang 2 km, kemudian 1 km dan akhir sekali dalam 500m. Jelas dilihat diwaktu siang,malam?

    Papan tanda speed limit 90 km terpapang sebelum persimpangan Bangi.

    Kenapa 90 km di lebuhraya 3 lorong?

    BalasPadam
  26. mencadangkan line kelajuan 110 dicat warna selang merah putih, line 90 dicat warna oren berselang putih dan sebagainya.

    kalau bawak kat highway kekadang kita kat perasan dari 110 terus ke 90 atau 80. tambah lagi kalau terlindung lori.

    dan jarak 1km sebelum aes tu.. buar garis warna terang dan besar

    TU PUN ANDAI BENAR MATLAMAT AES TU UNTUK MENCEGAH KEMALANGAN DAN DILETAK DIKAWASAN KEMALANGAN.

    BalasPadam
  27. Salam,

    Speedo meter xsemetinya tepat....bergantung la kepada kereta tu....keluar kilang selalunya ralatnya sikit saja. Lepas owner dia tu tukar tayar saiz lain..pasti ralatnya akan lebih besar (+/-).

    Macam saya....pakai GPS nak periksa Speedometer dan compare dgn meter keta Alza saya. Sebab speedometer GPS lebih tepat. Hasilnya. Meter Alza tayar standard 110km/j = GPS 100km/j. Lepas tu pandai2 la nak agak kalau tak mau on GPS selalu.

    Sekadar berkongsi..

    BalasPadam
  28. Saya tidak mempunyai masalah dengan AES ini, tapi saya agak bermasalah dengan lokasi AES yang bakal ditempatkan. Katanya hendak diletakkan di tempat yang kerap berlaku kemalangan, itu memang wajar. tetapi jika diletakkan di tempat yang tiada penempatan orang, di dalam hutan pula tu, dengan had kelajuan yang rendah. apa niat mereka yang meletakkan sistem itu disana? kalau bukan untuk mengaut keuntungan? saya bercakap berdasarkan lokasi yang bakal diletakkan berhampiran kawasan saya, jalan batu arang- shah alam dengan had kelajuan 60km/j. sekian

    BalasPadam
  29. SAlam bang. Saya dah tweet kan gambar AES kamera disebalik rimbunan pokok dalam buletin utama. Print screen melalui tonton.com.my

    Maaf saya terpaksa anon. Ramai keyboard worrior yg suka memalukan orang lain jika tak sependapat ...

    BalasPadam
  30. Aku suka komen 'tengokaje'. Sokong. bernas, bernas. Mcm BERNAS.

    BalasPadam
  31. ala bro.. 'inspektor' Azim tu havoc tarik pembaca ke blog dia je... hampeh

    BalasPadam
  32. Saya cadangkan kita boikot saman AES..boikot dengan cara memandu mematuhi hadlaju dan ikut undang - undang jalan raya..supaya JPJ takleh kuo saman..kihkihkih..

    Ingat le yang jalan raya bukan bapak kita punya..tapi untuk semua pengguna so memandu la dengan akal fikiran dan bukan dengan perasaan!

    BalasPadam
  33. Thank Budak Belemoih..

    Jika Speedometer yang ada di kereta tidak semestinya tepat maka akan berlakunya argument bila di saman.

    contoh:
    AES : saman dikeluarkan, kesalahan pandu lebih had laju ditetapkan 90kmj.

    pesalah: saya tak pandu laju... meter saya baru 85kmj...

    macam mana??

    BalasPadam
  34. The Red Rambutan,
    U.S kat ner? Louisiana? No wonder ko racist!

    Bergaul sket ngan orang Europe... takdelah minda tertutup rapat cam org U.S!

    BalasPadam
  35. salam encik..blh cuba jalan dari kl ke kelantan..ada sesetengah papan tanda tak logik langsung..selekoh tajam bercerun boleh bawak 80km/j, jalan lurus 70km/j terutamanya kat kuala lipis dan raub..

    BalasPadam
  36. Kepada yang kena saman sebab memandu laju contoh 90KM/J tapi meter kereta 85KM/J, kena pastikan anda ada menukar tayar lebih besar dari original ?, kalau ada tu lah masalahnya sebab meter jadi berat, pengesan leser bukan tembak meter tapi benda yang bergerak.

    pengiraan untuk saiz tayar +/- error di sini

    http://www.performanceprobe.com/index2.php?redirect=http://www.performanceprobe.com/misc/index.php?do=calc&page=tire

    BalasPadam
  37. bagi saya lar x adil lar saman ekor masih dilaksanakan oleh PDRM, kalau nak diteruskan saman ekor nie pihak PDRM harus membenarkan alat "speedtrap Detector" dibolehkan penggunaanya di malaysia.

    BalasPadam
  38. Tak faham knp part of saman masuk poket sykt pembekal tu .... Dorg bukan pihak berkuasa.... Saman pun dh jd bisnes?? OHMYMALAYSIA...

    BalasPadam
  39. hahaha mesti inspektor azim tu lepas ni terus glamor...

    btw jom join contest dapat hadiah pen drive 8GB/16GB klik kat sini, sangat mudah dan senang.

    BalasPadam
  40. Aku SOKONG 110 % The red Rambutan...Apa kata kita suruh AES ni di pasang di SEMUA Jalan kat Malaysia ni,..

    Terutama di jalan bandaran/tikus/bandaran .. mana tahu untunhg untung pihak berkuasa boleh menangkap mat rempit, pelacur/Pondan yg tgh cari pelanggan di tepi lorong Kow Loon !

    Jadikan negara Malaysia nii pemecah rekod Guiness World Rekod untuk negara yang mempunyai kamera AES yang paling banyak !

    Wowwww.... aku sokong hang The Red Rambutan pasai kelajuan membunuh !

    Tapi bila nak berlaku kecelakaan / perkara tak elok tuu...hatta berjalan kaki & tersadung kaki sendiri & terjatuh pun boleh mati ler..Bro !

    Tapi if dah Pro cam F1 Driver, hang bawak 500KM sejam pun tak ader hal...

    If hang hati hati drive 60km sejam tuu..silap silap hang kena sondol dengan lori tanah !

    apa apa pun, pasanglah AES ni sebanyak yang munngkin ya,.. di Ulu Yam...Ulu Trg..LPT, kesas...

    Hidup 1 AES !

    BalasPadam
  41. AES memang banyak kebaikan terutama mengurangkan kadar kemalangan.

    Tapi, agak2 la tempat nak pasang tuh.

    Macam saya, pengguna Ferrari, xkan nak pecut 60-90 je??

    oh. come on..

    hahahahaha!

    Update Terbaru Di BLOG MAZEER : CARA NAK MELIHAT KEMBAR QARIN ANDA!

    BalasPadam
  42. Rez,

    Awak nak kata saya 'racist' sebab tak pernah pergi Europe?

    Saya dah tinggal di London hampir 2 tahun dan 5 tahun di Yangon dan Bangkok. Pernah juga bekerja di Makati, Wellington dan Canberra. Dah tengok cara pemandu dan masyarakat di negara-negara tersebut, tak ada sekolah jenis kebangsaan Cina dan mereka patuh serta hormat kepada penduduk peribumi.

    Saya juga bukan anon kerana saya biasa berjumpa Bro Mazidul dan lain-lain dan kejiranan Bro. Mazidul juga.

    Nak tau lagi kenapa bila balik Malaysia saya berfikiran begini?
    baca ini:-

    http://www.papagomo.com/2012/11/pendemo-anti-lynas-arah-orang-melayu.html

    BalasPadam
  43. assalam ...

    yang buat sistem = manusia
    yg buat undang undang = manusia
    yg beri komen = manusia
    yg cerdik/bengap = manusia ...
    mati/hidup =manusia
    gila kuasa/rasuah=manusia
    si pembela/pencacai/penyokong = manusia
    miskin/kaya= manusia

    yg membezakan manusia = iman & takwa

    tak salah pun kalau nak berkongsi/bantah apa apa idea ....

    tp apapun setiap bantahan/cadangan yg di suarakan oleh penduduk/pengguna mesti ada sebab kan ....

    BalasPadam
  44. The Red Rambutan,
    Saya kesian dengan saudara. Keje bertahun2 di luar negara. Tapi balik Malaysia baca blog papagomo??

    BalasPadam
  45. Salam,

    sebelum saya mulakan usul atau pandangan saya ni, biar saya jelaskan dulu bahawa saya adalah penunggang superbike, motor kapchai, pemandu kereta, pemandu van serta pejalan kaki. Saya seorang yang berfikiran terbuka dan xmemihak pada mana2 parti politik. Saya sayangkan negara & rakyat saya walaupun saya ni bukan jenis social atau kaki minum2 teh. Dan saya beragama islam dan tidak pula saya menghina ajaran lain demi kepentingan saya. Fullstop.

    1. Memanglah dari 1 sudut positif, pmasangan AES ni elok bagi mndidik rakyat. Tapi bukan ke mendidik tu bermula dari kecil? Maksudnya, limitkan semua kenderaan ke 60Kmj, melainkan kenderaan kecemasan, ambulan, bomba, polis, TAPI, BUKAN Polis2 yang dok escort menteri2 tu, yang tu xkategori kecemasan, negara xbeperang pun, kenapa nak bawak laju2 pergi meeting? Escort sekadar buka laluan je takpe tapi pastikan maintain 60Kmj sejam, aaaiii...rakyat leh buat, takkan menteri xleh buat?
    Biar r ferrari ke, Yamaha R1 ke terpaksa bawak 60kmj, at least orang tau kenapa kita amalkan macam tu. Jadikan haji @ kematian tu sebagai modul, semua pakai kain putih xkira r dia PM ke, Sultan ke....bukan ke hukum Allah tu adalah sebaik2 contoh?

    2. Yang bulat2 sokong AES ni, dah pikir panjang lom? <__>"
    Salah satu sebab yang jelas rakyat bantah ialah sebab saman. Saman tu sendiri akan membebankan rakyat. Jangan r kata saman tu leh mendidik rakyat, xde mananya. Pe kata letak harga standard bagi 1 saman = RM50,000 atau RM100,000. Even saman parking pun RM50,000 bagi setiap kesalahan. Hahahha, tengoklah pe jadi lepas tu, mau kes rasuah pulak yang meningkat. Kalau betul2 nak mendidik, baik jelkan pesalah AES tu, biar masuk jail 3 hari bagi tiap2 kesalahan. Tapi yela, mana nak buat, nanti kerajaan yang kena tanggung makan minum kat dalam tu. Xleh....nanti membebankan kerajaan. Heeeeeello, abis tu, semua beban letak atas kepala rakyat...? @__@??

    3. Daripada dok sibuk pasang AES, bukan ke lebih baik pasang CCTV kat kawasan2 kediaman? Banyak kes pecah kereta, bakar kenderaan penduduk, simbah asid + banyak lagi kes2 jenayah yang patut dipantau. Tapi memandangkan CCTV tu tak menguntungkan, siapa yang nak pasang, ye tak? ^__^"

    4. Bagi mereka2 yang dok campur adok politik3 ni, be grow up la~~~ anda semua dah dewasa, act like one. Daripada dok berpecah-belah, menghina sana sini, yang kita hina tu rakyat negara kita juga, so, baiklah kita bersatu demi negara & rakyat, bukan demi politik masing2. Sekarang semua cakap "kerajaan sekarang control media", alaaa....kalau dah bertukar kerajaan pun nanti, still kerajaan baru tersebut akan kontrol media jugak. Manusia ni bila dah ada kuasa sikit, xberpijak dibumi yang nyata, ingat sikit, kuasa manusia ni sementara, xperlu bongkak, bila2 masa je kita leh pejam mata.

    5. Pada saya ada pro n con bila kita bandingkan negara kita dengan negara luar. Yang penting, cara dan perlaksanaan serta implikasi terhadap rakyat. Kita boleh buat berjuta2 idealogi tapi xbermakna semua idealogi tu sesuai.

    Xkira pada pemimpin kerajaan memerintah atau kerajaan pembangkang, dahulukan rakyat sebab anda dilantik oleh mereka, bukan sekadar slogan yang rakyat mahukan tapi perkhidmatan, xtakut ke bila disoal-NYA di akhir hari kelak berkaitan tanggungjawab kamu terhadap rakyat jelata? Dosa kamu dengan-NYA boleh dimaafkn, tapi dosa kamu dengan manusia, bukan senang nak settle. Renung2kanlah.



    Mohamad Shahrizan Zakaria
    @ iZAN

    BalasPadam
  46. Assalam..

    Just a piece of my opinion pasal AES ni sebab sy ni driver jugak dan jumpa macam-macam perangai driver.

    Personally sy tak agree AES dipasang di highway. Dah nama pun highway it should be the place where we can drive faster from ordinary road. Highway is also a place we can save time. Save time tu of course when we drive fast. Tapi kalau kene drive 90km/hrs at certain place sampai bila la nak tibe.

    JPJ claim AES can help to reduce an accident. Saya cuma nampak it helps to reduce car speed, which not 100% to solve the issue. Why not JPJ look into the slower driver in the right lane? Kalau ade yang memandu slow di lane yang tak sepatutnya sebenarnya boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Try to imagine kalau orang yang memandu 90km/hrs berada di di lorong paling kanan, begitu jugak driver di lane kiri dgn kelajuan yg same. So annoying! Biase la driver ni kan manusia so bile rase freedom (in term of speeding) di ganggu mesti la mereka hilang sabar. Bila hilang sabar ni yang boleh hilang focus and they are tend to break the rules.

    Tak silap saya there is an Europe country yang implement minimum speeding. Which to avoid drivers being annoyed.

    Please tackle the correct rootcause. If not we wont solve the problem.

    Kalau AES di installed di jalan-jalan persekutuan, then I am agree with it. But in highway? It's totally not proper.

    Another thing is, cost of buying and installing AES should be use to improve the road in our country. Jalan kat highway pun tak smooth banyak tampal sana sini,macam mane la tak jadik accident.

    BalasPadam
  47. Sebenarnya kebanyakan orang kemalangan disebabkan :
    1.Jalan berlubang .
    2.jALAN TIDAK RATA .
    3.Jalan 1 lane , ini selalu berlaku akibat pemandu terkocoh untuk memotong seperti
    jalan segamat-bandar Muadzam Shah .(tindakan,buat lah 2 lane plak )kereta banyak.
    4.stress
    5.jalan raya tiada lampu dan pantulan cahaya di pembahagi jalan .(pastikan pantulan
    cahaya itu terang )

    Akhir seklali saya nak tulis ialah bentuk AES seperti Alien dan menyeramkan .

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.