Rabu, Januari 16, 2013

BILAKAH ANWAR IBRAHIM AKAN BERSUARA?

Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS berhubung larangan menggunakan kalimah Allah untuk diterjemahkan dalam kitab Bible berbahasa Melayu telah diketahui umum.

Sebelum itu Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan, penggunaan kalimah Allah hanya untuk orang Islam sahaja.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan telah menerima keputusan itu, Alhamdulillah tetapi beliau gagal dihubungi kerana dikatakan kurang sihat, klik di sini.

Pun begitu, setakat ini DAP masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan terbabit, klik di sini.

Turut membisu, Datuk Seri Anwar Ibrahim? Klik di sini.

Sebagai pemimpin berhajat untuk menakluki Putrajaya dan dicanang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-13, tentunya, kita semua ingin mendengar pendirian beliau berhubung hal ini.

Adakah Datuk Seri Anwar bakal menentang keputusan Mesyuarat Majlis Ulama PAS?

Kita tunggu bersama.


Apapun, dalam jangka waktu terdekat, saya akan berkongsi kisah kuda bersama semua pembaca.

Itu juga harus ditunggu.

7 ulasan:

  1. nampaknya kawan kat negeri johor ni terpaksa biasakan untuk lagu baru negeri la nanti.. maklum lah ada kalimah Allah dlm tu

    BalasPadam
  2. "Sebelum itu Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan, penggunaan kalimah Allah hanya untuk orang Islam sahaja."

    macam manalah dengan lagu rasmi negeri Selangor kan? nampaknya kena ubah juga la ek..

    BalasPadam
  3. Anwar pandai ke nak bercakap tentang agama...dia GRAD sekolah pondok mana??? sama sekolah dengan ustajah nurul ijah ke???

    BalasPadam
  4. Patutnya Najib ler yang bersuara, 'redakan' keadaan. Dia tu PM. Anuar Ibrahim bukan siapa-siapa.

    Lucu.

    BalasPadam
  5. Nama NAJIB Tak Masukkan Sekali kee...Kesiaan dia...

    BalasPadam
  6. Alahai abeih...hang pun tau kan PM kita tu tak mengaji sekolah Pondok. so nak senang cerita die tak berani la nak komen...tapi sape tau lagi 2,3 hari Kak Mah akan keluarkan killer statement...Sedangkan yang cerdik pandai dalam agama, memperjuangkan islam pun tak sependapat...kejap boleh...eh...ehhh...ehhhh tetiber jer dah ta' boleh. tu lagi lucu kot...Hal agama jangan la campo aduk dgn politik...jadi macam ni la. pagi ckp boleh, petang dah lain lak...

    BalasPadam
  7. salam..

    jika kita kaji baca n fahamkan betul2 maksud surah al-ikhlas, pasti kita akan faham kenapa..

    dalam lagu setiap negeri, " zat " yg dinyatakan adalah "zat" ALLAH yang sebenarnya...

    tapi penggunaan kalimah "ALLAH" dalam bible versi melayu adalah bukan "ZAT" yg sebenarnya..kerana "ALLAH" yg dinyatakan adalah merujuk kepada mother GOD org kristian..

    Wallahualam..saya hanya budak hingusan yg perlu banyak lagi belajar..

    betulkan saya jika saya salah.

    sila semak ini utk bahan rujukan -----> http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.