Selasa, Januari 22, 2013

KATIL DIJAMIN TIDAK PATAH 10 TAHUN (SHOOWROOM DI DALAM KILANG)



Kira-kira 2 bulan lalu, saya bertemu taukeh perabot, Ah Chai dan isterinya, Angel.

"Sebilangan pelanggan bertanya, mengapakah kami tidak ada showroom? Sebanarnya kami boleh ada showroom tetapi sewa mahal. Kalau kita meletak semua perabot di dalam showroom, nanti harga juga akan menjadi meningkat," kata rakan Ah Chai. 

"Begini. Cuba bina showroom tetapi di dalam kilang. Apabila pelanggan datang, mereka berpeluang melihat pelbagai jenis perabot dipamerkan dan pada masa sama meninjau bagaimana perabot dibuat. Satu konsep cukup unik," cadang saya kepada pasangan peniaga itu.

Semalam saya ke kilang Ah Chai.

"Mazidul, kebelakangan ini, saya memang balik lewat ke rumah kerana menyiapkan showroom ini. Anak saya cakap, dia sudah hampir lupa wajah saya sebab bila balik ke rumah, dia sudah tidur. Dia pergi ke sekolah, saya baru bangun," gurau ayah kepada tiga anak itu.

Cadangan saya itu akhirnya dizahirkan, 'showroom dalam kilang'.


Jom! Masuk ...


Jumpa taukeh dahulu ...


"Ini sofa berbentuk L, boleh memuatkan lima atau enam orang. Pelanggan boleh memilik lebih 100 jenis fabrik untuk dibuat sarung," jelas Ah Chai.

Tetapi ...


... taukeh duduk di atas lantai kerana sibuk melayan panggilan pelanggan ingin berkunjung ke Alcano Design.  Kini Ah Chai dituntut menggunakan bluetooth bertujuan memudahkannya menjawab setiap panggilan masuk.

Beberapa minit duduk di lantai bersamanya, pelanggan pertama melangkah masuk.


"Sofa two-seater berwarna merah ini pula diperbuat menggunakan Casa leather,  design old school. Saya dapati ramai pelanggan membeli kerana sukakan bentuk seperti butang di tempat bersandar. Warna pembalut boleh dipilih, tidak ada masalah," ujar Ah Chai.


Kira-kira jam 4 petang, Muhammad Suhaimi Abdul Rahman, 36 tahun dan keluarga melangkah masuk.

"Ah Chai!," kata Suhaimi.

Ah Chai tersenyum. Mereka kemudian berbual mesra bak sudah kenal lama mungkin kerana wajah taukeh perabot itu sudah lama terpampang di blog ini. 

Justeru nama Ah Chai dan sofa, begitu sinonim.

"Sebelum ini saya hanya tengok Mazidul di TV, tidak sangka berpeluang berjumpa in person. Kami pembaca blog ," katanya sebaik terlihat saya.

Saya dan Ah Chai menghulurkan tangan, kami bersalaman. 


Mereka dijemput masuk ke showroom untuk berbincang dan membuat pilihan perabot bersesuaian. 


Ah Chai dan isteri kemudian melayan Suhaimi dan isteri, Yoshana Omar, sambil diperhatikan oleh 3 anak mereka berusia di antara 3 dan 11 tahun.


"Kerja di mana?," soal saya kepada Suhaimi.

"Saya polis, Cawangan Udara di Sungai Besi. Kami  datang dari Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur dan pada awalnya tadi memang bukan berniat hendak ke sini tetapi mengubah keputusan kerana hendak membeli almari. Masalahnya kami tidak begitu pasti tentang panjang dan lebar sesuai sebab tidak berpeluang untuk membuat ukuran di rumah," balasnya.


"Tidak mengapa, pilih dahulu, kita ukur kemudian," celah Angel.

"Waaaah! Banyak pandai pancing ah?," gurau Suhaimi.

Mereka berempat tertawa.


Menjelang lewat petang, lebih ramai berkunjung ke premis sama.


"Katil itu istimewa kerana memiliki keunikan tersendiri," kata saya kepada mereka semua.


Ops! Sabar ...

Biar Ah Chai dan adiknya melakukan demonstrasi untuk semua pelanggan.

"Selalunya setiap kali hendak menukar cadar,  isteri terpaksa mengangkat tilam berat. Kasihan dia. Jadi saya terfikir untuk membuat sedikit pengubahsuaian agar perabot bukan sahaja dibeli dengan harga 30% lebih murah berbanding di kedai ternama tetapi mudah untuk digunakan," jelas Ah Chai.


Semua pengunjung menumpukan perhatian.

"Kayu penghadang di hujung kaki katil boleh diangkat dan ditanggalkan," kata Ah Chai.


"Kemudian?," soal saya.

"Kita letakkan kayu ini di tepi dan tarik tilam ke belakang menggunakan tali dipasang. Pasang cadar tanpa perlu mengangkat tilam. ," kata Ah Chai.


"Saya bagi jaminan 10 tahun, katil ini tidak akan patah kerana kami menggunakan kayu plywood tebal, 18 mm untuk membina kotak platform atau dipanggil 'divan'. Lazimnya ramai pembuat perabot hanya menggunakan divan berketebalan 2 atau 3 mm sahaja. Kalau rosak, kami ganti kecuali jika divan dimakan anai-anai atau terkena air sewaktu berlaku banjir," ujar adik Ah Chai.

Saksikan demonstrasi berikut.


Kepada pembaca berminat untuk berkunjung ke Alcano Design terletak di Lot 2770m, AL 220, Kampung Baru Sg Buloh, 47000 Selangor, sila hubungi Ah Chai di 012 396 6621.

Klik di sini untuk melihat peta ke kilang terbabit.

8 ulasan:

  1. perh...siap promosi...memang terbaik....

    BalasPadam
  2. dia xde blog / fb ke sbb nak g sn mcm jauh..kang walk in je xde yg berkenan sia2 plak.huhu...

    mmg dlm proses nak cri katil pon ni..yg sblm ni divan gak.tp playwood nipis gile..pakai 3hari patah...sakit hati.tokei tu penipu!!!

    BalasPadam
  3. bro, jangan lupa suruh Ah Chai daftar design perabot dia dgn MyIPO.. design2 cantik nie sng org nk ciplak.. =)

    BalasPadam
  4. bro, jgn lupa suruh Ah Chai daftar design2 perabot dia dkt MyIPO.. design2 cantik nie senang mengundang org nk ciplak.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak susah dan mustahil kebanyakan designer perabot mendaftar design perabot masing-masng, ubah sikit dah nampak bentuk lain tapi fungsi sama. Kalau boleh dah lama saya daftar semua perabot yang saya design.

      Padam
  5. assalam ...

    yg harga dalam katalog tue ... dah dpt less 30% ker ??? atau harga sebenar ...

    dah gie hari tue ... terlupa lakk nak tanya ... huhuhu

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.