Ahad, Januari 06, 2013

NYAWA BAK TELUR DI HUJUNG TANDUK

4 Mei 2010, tanggal amat sukar untuk saya lupakan. 

Biarpun pernah terbabit membuat pelbagai liputan jenayah, subuh hari terbabit, buat pertama kali saya berasa nyawa bak telur di hujung tanduk.

Klik entri ini untuk membaca luahan hati saya di blog ini, sewaktu berehat di katil hotel di Tawau, Sabah. 

Pada hari sama, keputusan nekad saya lakukan bersama kru menyertai misi terbabit. Klik di sini untuk membaca antara kisah paling getir dan mencabar saya tempuh sebagai wartawan. 


Biarpun barangkali tidak berpeluang lagi untuk bertemu Tika, Tina dan Bintang, saya berharap mereka semua menjalani kehidupan lebih sempurna di Surabaya, Indonesia.

Allah mempertemukan kita sekaligus mendepani saat kritikal tetapi ketentuanNya juga menyelamatkan kita semua.

"Saya dan Tika terhutang budi kepada abang bertiga dan hanya Allah mampu membalas jasa kalian. Kami doakan semoga kalian selamat di dunia dan akhirat," ujar Tina sebelum dihantar pulang ke negara asalnya.

Ternyata, kekadang sedikit bantuan ikhlas kita hulurkan, besar maknanya kepada insan lain.

Begitu juga sumbangan rakan saya, Kamal Affandi Hashim kepada masyarakat. Kamal sebelum ini dirawat di hospital, klik di sini.


Alhamdulillah, dengan berkat doa dan bantuan segenap lapisan masyarakat, beliau kembali pulih seperti biasa, baca di sini.

Dua hari lalu saya menghubungi beliau.

"Bagaimanakah keadaan sekarang?," soal saya.

"Syukur, 85% pulih seperti biasa, cuma kekadang kepala berasa sakit sedikit," jawabnya.

"Masih boleh terus menyampaikan ceramah pencegahan jenayah dan motivasi kepada organisasi atau kumpulan berminat?," soal saya lagi.

"InsyaAllah, kalau tidak mampu berlari, saya datang berjalan. Andai tidak mampu berjalan, saya merangkak. Jika tidak berupaya merangkak, saya tetap akan datang berguling," balasnya.

Ya, saya akur, semangat Kamal amat kental.

Beliau tidak pernah jemu mendidik masyarakat berhubung kaedah berkesan untuk mencegah jenayah daripada terus berlaku di negara kita. Jika berminat untuk menjemput beliau, hantarkan mesej kepada Kamal, klik di sini.

3 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.