Jumaat, Januari 11, 2013

SIAPAKAH BERTANGGUNGJAWAB JIKA INSIDEN BURUK BERLAKU TERHADAP PESERTA HKR ESOK?



Perhatikan perenggan terakhir maklumat dimuatkan di Keadilan Daily berhubung panduan untuk menyertai Himpunan Kebagkitan Rakyat, HKR, esok.

Ringkasnya, tiada pihak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian tidak diingini jika berlaku kepada SEMUA peserta.

Berani buat, berani tanggung.

Andai HKR berjalan lancar, Alhamdulillah, jika sebaliknya berlaku?

Saya membaca perkembangan perancangan perhimpunan dikatakan bakal membabitkan 1 juta peserta. Mereka sepatutnya akan berkumpul di Stadium Merdeka seperti telah dipersetujui. Hairannya, mengapakah peserta perlu dipecahkan kepada beberapa kumpulan di bandaraya Kuala Lumpur terlebih dahulu?

Adakah 1 juta peserta, seperti bilangan didakwa kemudian bakal berarak secara berjalan kaki ke Stadium Merdeka, hanya mampu menampung 30,000 orang?

Baki 970,000 peserta lagi?

Berdiri dan duduk di luat stadium?

Ada baiknya, jika peserta membawa kacang goreng atau kuaci, boleh juga dikunyah sewaktu berhimpun secara AMAN. Cuma saya khuatir, maksud perhimpunan AMAN ditafsirkan mengikut makna dan kepentingan tersendiri.

posted from Bloggeroid

9 ulasan:

  1. mark up jer lebih angka 1 juta. aku join larian yg 5000 org pun dah cukup banyak, ni kan pulak 1 juta, sure x sampai. mmg muat jer stadium merdeka

    BalasPadam
  2. lantak diorang la..

    diorang yang pilih jalan macam tuh..

    kita tolong jugak la..

    tolong tengok..

    hehehe!

    GEMPAR:REMAJA 13 TAHUN GILA SEKS!
    DEWASA:HUBUNGAN ANTARA WANITA DAN PISANG!
    ILMIAH:DUGAAN LELAKI MENYAKSIKAN PAYUDARA WANITA!

    BalasPadam
  3. SMTI-nak tanya kepada YANG BERKENAAN, apa faedah berkumpul ramai-ramai ni? kalau sudah mendaftar sebagai pengundi gunakan kuasa semasa mengundi.


    Psst-psst PRU13 dah dekat.

    BalasPadam
  4. Semoga tiada sesiapa yang akan bertindak melampaui Undang-undang, tidak kira samada peserta, pihak berkuasa mahupun pihak ketiga. Amin Ya Rabbal Alamin!

    (Saya tidak masuk belah mana pun - saya tak pergi pun, cuma hati saya remuk melihat dan mendengar sesiapa cedera mahupun kehilangan nyawa, tak kiralah samada peserta mahupun anggota pihak berkuasa)

    BalasPadam
  5. ssepatutnya paper tu kena bagi penjelasan macam mana nak mengelakan dari kena liwat....

    BalasPadam
  6. ceh...masalah rakyat negeri dorang perintah pun belum setel lagi nak berhimpun...

    BalasPadam
  7. Demonstrasi adalah perkara biasa. Di negara2 maju, demonstrasi dibenarkan malah pihak polis membantu mengawal perjalanan.
    Perhimpunan Bersih di UK, australia misalnya mendapat kerjasama polis di sana.
    Jangan kita lupa,pada 1946 , umat melayu berdemonstrasi besar2an menuntut agar Malayan Union dibubar.1948 semua rakyat Malaya pula melakukan demonstrasi Hartal. Ini kerana semua ruang berbincang tidak berhasil. Demonstrasi tersebut berjaya. Lalu British mengishtihar darurat kerana kedudukan mereka terancam.
    Kembali kepada HKR, ia berlaku kerana kerajaan Malaysia terus menerus menipu dalam sistem pilihanraya yang berat sebelah. Apa yang ditipukan? Kajilah. Hanya orang2 yang terhijab mata, hati & segala deria sahaja yang dibiarkan terus menerus buta.
    Media kita kekal dikawal & dicengkam kuku besi. Ini disahkan sendiri oleh bapa kemerdekaan kita, YM Tunku. Contoh bab amanat Haji Hadi. Diserang beratus jam tapi hak HajiHadi untuk memberi penjelasan selama sejam dinafikan.
    Di negara maju, kerajaan dan opposisi mendapat peluang yang setara di media. Romney dan Obama berdebat di hadapan rakyat. Di Malaysia yang pemikirannya kurang maju, kerajaan menguasai tv1,2,3,7,9 dan astro serta berpuluh stesen radio. Tetapi hak opposisi mendapat satu stesen tv dinafi. Bagi yang kurang waras, mungkin bagi mereka ini bukan isu. Tetapi bagi yang berakal, ini adalah kegilaan yang perlu dihenti. Bahkan pengamal media sesuka hati mereka berita. Tak takutkah mereka azab neraka?
    Hak menegur pemerintah perlu dihormati. Ianya diamalkan oleh Tunku abd Rahman, Onn Jaafar dan Hussein Onn yang menjadikan parti negara dan parti S46 sebagai wadah.
    DK

    BalasPadam
  8. masalahnya perhimpunan yg dikatakan 'bersih' dan 'aman' di UK pun menjadi ganas. sampai penuntut2 Malaysia di sana jadi mangsa.

    BalasPadam
  9. Kes pelajar Malaysia di serang adalah semasa perhimpunan itu dianjurkan oleh hooligans yang memang bermotif tidak baik.
    Perhimpunan Bersih di UK yang bermotif baik tidak pula ada huru hara. Tugaspolis hanya mengawal lalu lintas.
    Di Malaysia yang teruk membelasah dan melakukan provokasi adalah polis.
    Di negeri2 PR, rakyat bebas berdemo. Tiada provokasi atau keganasan walaupun penganjur yang jahat membawa kepala lembu berarak.
    Senang kira macam ni la. Kalau tak nak orang berdemo, tunaikan lah tuntutan2 yang diminta.
    Kenapa perlu menipu dalam pilihanraya? Kenapa perlu mengongkong media?
    Kenapa begitu penakut?
    Kenapa jahat sangat memperkuda polis?
    Tiada lain, Umno BN memang parti yang bermasalah dan penuh dengan penyakit.
    Tak apa. Tak dapat kemenangan di dunia, di akhirat nanti boleh jumpa.
    Saya hanya menasihati untuk mencegah kemungkaran.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.