Isnin, Disember 31, 2012

MENUNGGU RESPON BANK NEGARA MALAYSIA

Saya telah menulis 3 entri berhubung kegiatan pendedahan maklumat peribadi pemilik kad kredit dan debit institusi perbankan di Malaysia kepada pihak ketiga, bermula pada 26 Disember lalu.

Berikut link entri terbabit untuk rujukan pembaca.


Kira-kira jam 9.30 pagi tadi, saya menghubungi Bank Negara Malaysia, BNM dan cuba unutk bercakap dengan kakitangan Jabatan Komunikasi Korporat tetapi gagal kerana panggilan tidak berjawab setelah berulang kali didail. 

Barangkali mereka terlalu sibuk atau berada jauh dari gagang telefon di pejabat. Panggilan seterusnya disambungkan kepada BNM Telilink dan saya berpeluang bercakap dengan kakitangan bertugas. 

"Saya membuat panggilan ini di atas kapasiti sebagai blogger," ujar saya.

Petugas terbabit berkomunikasi secara berhemah sekaligus berjanji akan memaklumkan informasi disalurkan kepada pegawai atasannya untuk saya dihubungi kembali.

Terima kasih.

Mengapakah saya mengambil inisiatif itu? Supaya kita semua sebagai pemilik kad kredit atau debit atau keduanya tidak terus diperdayakan oleh pekerja SEBILANGAN agensi telemarketing.

Saya ingin BNM berkongsi fakta khususnya dengan semua pembaca blog ini serta masyarakat, apakah antara langkah penguatkuasaan berkesan dilaksanakan terhadap bank tempatan bertujuan mengekang  maklumat sulit perbankan pelanggan tidak didedahkan kepada pihak tidak bertanggungjawab?


"Mendedahkan maklumat peribadi pelanggan bank kepada pihak ketiga satu kesalahan," ujar kakitangan Telelink BNM saya hubungi.

Hemat saya, majoriti pelanggan bank mengetahui fakta itu namun kegiatan pendedahan memperdayakan pelanggan  masih terus berlaku.

Bersama kita nantikan respon daripada BNM.

* Kekadang berasa hairan, sebilangan berkunjung bertandang ke blog ini sekadar untuk meninggalkan komen bertujuan mengecam dan mencerca BUKAN melontarkan komen membina. Why reading after all? Anyway, this is what some people call as love and hate relationship, barangkali :) You hate but you still love reading it.

PAHA BARAI


Awal malam tadi sewaktu dalam perjalanan pulang, saya dan rakan terserempak kemalangan jalanraya.

"Pemandu kereta cuba membuat pusingan-U dan kemudian bertembung dengan motosikal Yamaha RXZ 135 itu," ujar lelaki berdiri di sebelah saya.


Ambulan dari Hospital Sungai Buloh tiba dan kakitangan bertugas terus memberikan rawatan kecemasan. Kaki mangsa berusia 17 tahun dipercayai berketurunan Indonesia itu kelihatan cedera parah.


"Motosikal dia menggunakan tayar sotong, botak pula di bahagian tengah," ujar rakan mangsa.

"Tayar sotong?," soal saya.

"Untuk speed," balasnya.


Saya terlihat kad pengenalan dan lesen memandu pemandu kereta terbabit dalam kemalangan itu dan . sewaktu merakamkan gambar, terdengar perbualan saya percayai kenalan penunggang motosikal. 

"Ayah penunggang motosikal itu tadi pengsan melihat keadaan anak dia manakala ibunya tergaman dan menangis. Saya dengar anak mereka tiada lesen menunggang motosikal," katanya.

"Oh! Ya ke?," celah saya. 


"Alah! Kawan saya pemilik motosikal BMW 1200 CC, enjin jenis boxer,  pun bukan ada lesen B full, pakai lesen biasa sahaja," dakwanya.

"Tidak ada masalah?," tanya saya lagi.

"Yalah, dia kata kalau tengok motosikal besar, lazimnya pihak berkuasa berfikir ... motosikal besar dan mahal, masakan pemilik tidak mampu untuk mendapatkan lesen B full," katanya.

"Saya pasti, mungkin sebilangan penunggang sahaja, bukan semua. Saya pernah berjumpa dengan presiden kelab motosikal, Ride to Right. Beliau memiliki institut untuk latihan advance riding di Pulau Pinang dan katanya, pemilik motosikal berkuasa tinggi diwajibkan memiliki semua dokumen, cukai jalan dan lesen B full jika ingin menjadi ahli," jelas saya.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital Sungai Buloh diiringi oleh ayahnya, bercakap dalam loghat Indonesia.


Ahad, Disember 30, 2012

WAJARKAH BERITA KERAJAAN DIPAPARKAN TANPA SUNTINGAN DI MUKA HADAPAN HARAKAH?

Semalam media memaparkan hasrat presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk muncul di RTM dan TV3, bertujuan menjelaskan isu 'Amanat Hadi' dikeluarkan beliau pada tahun 1981.

Klik di sini.

Lebih menarik, Haji Hadi memohon kerajaan membenarkan beliau tampil dalam siaran secara langsung atau live. Program live bermaksud, beliau berpeluang untuk bercakap apa sahaja dan kemudian dipancarkan di televisyen tanpa suntingan.

Tonton rakaman permintaan Haji Hadi ...


Berikut satu daripada contoh program live kontroversi disiarkan sebelum ini.


Sebagai individu beragama Islam, tetamu terbabit tentunya tidak berhasrat untuk menghina Nabi tetapi kenyataan diungkapkannya secara langsung, tanpa disedari membawa maksud sebaliknya.

Saksikan juga antara kejadian tidak dijangka berlaku sewaktu siaran secara langsung di televisyen luar negara.



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata RTM tidak bermasalah untuk menyiarkan penjelasan Haji Hadi mengikut tempoh bersesuaian.

Namun bukan secara live tetapi rakaman, recorded, klik di sini.

Jika penjelasan dirangkakan Haji Hadi sama sekali bebas isu sensitif, RTM  tentunya tidak perlu melakukan sebarang suntingan. Tambahan pula Haji Hadi juga bercadang mengeluarkan kenyataan bertulis berhubung penjelasan beliau. Justeru kandungan penjelasan bertulis seharusnya sama dengan kenyataan bakal di ungkapkan di televisyen.

PAS Pusat menyokong permintaan Haji Hadi agar dizahirkan, klik di sini.

Andai Haji Hadi dibenar memberikan penjelasan secara live di RTM, wajah pemimpin kerajaan, contohnya, Perdana Menteri wajar diberikan peluang untuk dipaparkan di muka hadapan akhbar PAS, Harakah, dengan tajuk, 'Kami sokong Najib', tanpa kandungan artikel disunting terlebih dahulu agar berstatus sama dengan program live.

Terkini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM turut mendesak Haji Hadi untuk menarik kembali amanat telah diharamkan itu, sila baca di sini.

Berikutan kenyataan JAKIM, organisasi terbabit mempunyai bukti kukuh, Amanat Hadi mengkafirkan UMNO, lebih molek jika dalam rakaman itu, wakil JAKIM didudukkan di pentas sama agar kedua pihak berpeluang berhujah secara matang dan disaksikan oleh jutaan penonton.

* Saya tidak menulis di sini di atas kapasiti sebagai wartawan TV3, I am a blogger.

JANGAN GANGGU AKU!



Perlahan saya mengekorinya ...


Dia kelihatan marah.

Barangkali jika berupaya bercakap, pasti dia akan menjerit dan berkata, jangan ganggu aku!


Sebilangan kita barangkali melihat aksi kucing menggonggong tikus, perlakuan menjijikkan tetapi kita harus faham, tikus berupaya menyebarkan penyakit sekaligus membahayakan nyawa manusia.

Sabtu, Disember 29, 2012

SAYA MEMOHON MAAF ...



Saya memohon maaf  kerana barangkali ramai terkeliru, Restoran Melaka Kitchen BUKAN di Melaka tetapi di Bandar Baru Bangi, Selangor.


Klik di sini untuk mengetahui alamat restoran dan antara hidangan disajikan kepada pelanggan setiap hari.

Saya dan kru Penyingkap Fakta, Razali Harun, berpeluang mencuba menu terbaru restoran terbabit, asam pedas seafood.


"Saya memang langkah kanan, berpeluang merasa asam pedas seafood. Saya memang suka makan bukan sebab kakak saya masak tetapi sebab memang dia pandai masak," ujar Mohd Hanif Mohd Din.


Tersenyum Hajah Husaini mendengar pujian itu.


Sejak mengenali Razali, saya tahu, dia agak cerewet memilih makanan.

"Bagaimanakah rasanya bro?," soal saya.

"Sedap! Sedap! Sedap!," ujarnya.

"Hai! Tiga kali sedap. Sedap! Sedap! Sedap! Selalunya orang hanya berkata sekali sahaja," celah Mohd Hanif.


Pemilik restoran, Puan Syamimi Mat Desa, 26 tahun dan ayahnya, Haji Mat Desa Mat Jan juga berada bersama kami sewaktu gambar menu terbaru itu saya rakamkan. 


"Sudahlah mengambil gambar Mazidul, mari kita makan dahulu," pelawa Haji Mat Desa.

Ketika itu saya sibuk merakamkan pelbagai gaya Mohd Hanif menjamu selera.



Hidangan asam pedas seafood itu sesuai untuk dimakan empat orang, mengandungi ketam, udang dan sotong. 


Melihat Razali berselera makan, saya kemudian berhenti merakamkan gambar dan mencuba menu terbaru terbabit.


Kami semua beruntung dilayan dek wanita peramah dan mahir menyediakan pelbagai juadah di Melaka Kitchen. 


Burung gagak itu pasti cemburu ...


Menghirup kuah asam pedas sederhana pekat dan pedas itu, satu kenikmatan.


Kepada mereka gemarkan asam pedas, sila berkunjung ke Melaka Kitchen. InsyaAllah pembaca akan berpuas hati dengan makanan dihidangkan.

Sila hubungi 019 984 0284, jika tersesat jalan. Restoran Melaka Kitchen terletak berhampiran Kompleks PKNS Bangi.


Jangan lupa, sebelum membayar bil, katakan kepada juru wang, "saya pembaca blog Mazidul" ...

Potongan harga 10% diberikan sebelum tawaran berakhir.

Sila hubungi Syamimi di talian 019 381 6422.

Selamat menjamu selera!