Ahad, Disember 09, 2012

DI ANTARA SERAGAM FARID KAMIL DAN DAKWAAN GAY

Saya membaca entri nukilan sahabat, Zulhazri Abu Bakar, klik Farid Kamil perlekeh istiadat kententeraan 

Tidak pasti, siapakah menyarankan pelakon terkenal itu untuk memakai pakaian kelihatan seperti seragam tentera berpangkat Mejar Jeneral sewaktu majlis perkahwinannya.


Hari ini Kosmo pula memaparkan tajuk Farid Kamil berdepan penjara 2 tahun

Jika Angkatan Tentera Malaysia, ATM  ingin mengambil tindakan terhadap Farid, itu hak mereka, mengikut kesesuaian undang-undang. 

Pada masa sama, ATM juga seharusnya bertindak menyiasat dakwaan blogger gay, saya catatkan di tiga entri sebelum ini, klik di sini, di sini dan di sini.

Biarpun status blogger askoke.blogspot.com telah diubah kepada 'open to invited readers only', saya yakin dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, ATM mampu mencungkil maklumat tepat berhubung dakwaan anggota pasukan keselamatan negara terbabit dalam kegiatan seks songsang.






10 ulasan:

  1. SMTI: Kalau kes Farid Kamil boleh diberi perhatian..mengapa tidak kes 'gay' yg dipercayai anggota ATM juga disiasat. Saya sokong sekiranya ATM memandang berat kes ini!

    BalasPadam
  2. pengarah filem gangster dapat pakai paku, mejar lagi tu, hurmm..xkan xtau protokol..majlis anugerah boleh pula ikut protokol..bahkan sayap penerjunan dlm pengakap udara pun tidak boleh dipakai sesuka hati jika tidak melakukan penerjunan.

    BalasPadam

  3. Mencerminkan sikap artis yg mempunyai tahap pemikiran rendah, semuanya nak `berlakon' dimana-mana. Pakaiannya tunggang langgang (kata abang askar). Dulu dipelawa jadi Lt Adnan dalam filem tu, tapi tak nak kerana bayarannya murah katanya, kini nak berlagak jadi pegawai tentera pulak...apa punya artis la..pasal mengandung pun nak cerita seluruh dunia ke....

    BalasPadam
  4. isu sampingan diperbesarkan untuk menutup isu utama. akhirnya.... kambing hitam yang jadi kurban.

    BalasPadam
  5. Farid orang terkenal, senang nak dihubungi, gay itu adalah tidak terkenal dan akan melarikan diri.

    BalasPadam
  6. Stop Diskriminasi Untuk menunjukkan Keadilan dalam Negara...

    BalasPadam
  7. ala mende lerrr.. hal mcm ni pun nak kecoh !!

    ada hal yg lebih besar lg patut kita kecohkan...

    klik sini !!

    http://panjisemarang.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. farid ni pun, berangan sangat nak kawin gaya tentera. awak tu pelakon je, tak payahla nak beria2 sangat. kalau betul nak kawin gaya tentera/polis, daftar la sebagai tentera/polis.

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. ternanti-nanti jugak la penjelasan dari pihatk atasan ATM mengenai isu GAy nih, tapi nampak gaya nih isu pakaian Farid Kamil lebih penting kerana dia memalukan warga ATM.
    Entri pasal warga ATM GAY kes terpencil yang tidak memalukan WARGAnya walaupun bergambar dengan pakaian seragam...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.