Ahad, Disember 23, 2012

SAMPAI BILAKAH PEJALAN KAKI HARUS MENUNGGU UNTUK MENYEBERANGI JALAN INI? SAMPAI KUCING BERTANDUK?

Nampak?


Oh! Kurang jelas ...


Barangkali nampak sedikit.


Lebih jelas? Bagus!


"Bilakah tiang lampu isyarat itu dilanggar?," soal saya kepada pekerja malam restoran mamak berhampiran.

"Khamis, jam 1.30 pagi itu macam. Itu orang langgar banyak kuat dan kemudian dia lari," balasnya.

Dalam keadaan lampu isyarat sebegitu, tidak mungkin pejalan kaki mampu melintas dari kiri ke kanan jalan. Mengapa?

Perhatikan gambar di bawah ...


Ahad, hari ke empat pejalan kaki terpaksa menunggu untuk melintas jalan JIKA mereka mematuhi undang-undang jalanraya.

* senyum

Saya kemudian menghampiri lokasi kejadian dan cuba mengumpulkan antara serpihan saya percaya bahagian hadapan kenderaan terbabit melanggar tiang lampu isyarat di Jalan Kenyalang, Seksyen 11, Kota Damansara itu.

Berikut hasilnya.


Sewaktu berbual bersama kru Penyingkap Fakta, Razali dan Boy serta Datuk Shafik Rizal Shaaban di restoran mamak berdekatan, saya menunjukkan kepada mereka gambar di atas.

"Mungkin kereta Proton Saga," ujar Razali.

"Ya," celah Datuk Shafik.


"Itu kereta warna apa?," soal saya kepada pekerja restoran berasal dari India.

"Serupa itu," balasnya sambil menunjuk ke arah kereta diparkir berhampiran lokasi kami duduk.

"Metalik," celah Datuk Shafik sekali lagi.

Itu semua sekadar jangkaan.

Di lokasi kejadian saya lihat serpihan nombor pendaftaran dan kemudian saya susunkan semula. 


"Huh! Silap silap, ramai orang mengambil nombor ekor," gurau Datuk Syafik.


"Satu tiga kosong lima?," soal saya kepadanya.

Kami semua tertawa bersama.


Mungkin kontraktor lampu isyarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, belum mengetahui berhubung kes ini. InsyaAllah, Isnin nanti, saya akan cuba menghubungi mereka agar semua pejalan kaki tidak perlu terus menunggu ... untuk melintas jalan.


Seperkara lagi, biarpun telah dua kali dikompaun oleh penguat kuasa MBPJ, kafe siber terletak kurang daripada 100 meter di bawah MASIH terus beroperasi 24 jam sehari sekaligus melanggar peraturan ditetapkan oleh MBPJ.


Saya melihat tindakan penguat kuasa MBPJ tidak ubah bak pahat dan penukul. Sekali penduduk membuat aduan, sekali premis dikompaun.

Entahlah, mungkin begitu kaedah mereka melaksanakan tugas.

Jadi perlukan penduduk mengemukakan aduan setiap hari HANYA untuk pengusaha premis terbabit mematuhi peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan?

5 ulasan:

  1. rasanya kalau cina jadi pemimpin negara ini tiada chan berlaku begini, orang kita ibarat kata pepata sekali diketuk baru bergerak, jika tak diketuk begitulah seumur hidup..

    BalasPadam
  2. kalau lampu trafik pejalan kaki kena langgar mungkin lambat sikit nak betulkan, kalau kamera aes kena langgar mungkin dibaiki laju sikit hehehe

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Mesti Pelesit Jalanan yang langgar tu.

    BalasPadam
  4. no plat tu msti BCM 1805....mst kena langgar dgn riders yang mengamuk meroyan semalam...mcm makan asam pedas je diaorang tu..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.