Khamis, Januari 31, 2013

3/27

Sebelum Himpunan Kebangkitan (bukan semua) Rakyat pada 12 Januari lalu, pihak penganjur telah mempersetujui 27 syarat ditetapkan oleh pihak polis.

Klik di sini untuk membaca syarat terbabit.

Syarat ke 21 secara jelas lagi nyata mencatatkan panganjur harus memastikan tiada kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun dibawa ke perhimpunan. Syarat itu juga telah dipersetujui oleh penganjur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, kemudian mengesahkan 3 syarat telah dilanggar, klik di sini mengikut Seksyen 4(2) Akta Perhimpunan Aman 2010 dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kini polis sedang cuba mengenal pasti identiti mereka di bawah seperti disebut oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh.


Klik di sini.

Jika mengenali mereka, sila berhubung dengan pegawai penyiasat,ASP Tonny Lunggan di talian 014 622 5262.


5 ulasan:

  1. Terimakasih dan Syabas Tuan sebab mengunakan mukadimah "Himpunan Kebangkitan (bukan semua)".

    Perkataan "Bukan semua" tersebut amat tepat sekali. Harap-harap pihak yang kerap guna nama RAKYAT faham-faham sahajalah.



    BalasPadam
  2. salam bro, tetapi mengapa hanya dari kalangan peserta melayu sahaja yang dicari walhal jika saya tidak salah ada juga peserta dari bangsa cina yang membawa kanak2, mengapa pihak polis tidak menyiarkan wajah mereka sama seperti yang diatas? mohon penjelasan. terima kasih

    BalasPadam
  3. ini semua poyoooo, apa kata buat ulasan pasal perkasa nak bakar bible, diam pulakk, puii

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.