Selasa, Ogos 26, 2008

Kisah Negara Sireh

Semalam kali pertama saya bertemu rakan baru pulang dari Yangon, Mynmar. Saya bawakan topi 360 dan 999 sebagai cenderahati. Dia kelihatan gembira. Semasa minum bersama, saya tanyakan beberapa soalan berhubung negara di bawah pemerintahan junta tentera terbabit.

“Setakat ini 300 rakyat Malaysia bekerja di Mynmar. Sekarang ni 299 sebab saya balik bercuti. Gaji orang sana murah. Engineer tempatan RM700. Bank hanya tempat simpan dan keluar duit, tak bagi loan, so kalau nak beli kereta kena cash. Harga petrol mahal gila, RM9 se liter,” katanya.

“Motosikal orang tak guna?”

“Motosikal tentera dan polis sahaja pakai. Pelik tau, askar dia ada umur 15 tahun. Pakai senjata M16. Bagi gula-gula, dia buat apa saja,” dia tertawa.

Saya tersenyum mendengar gurauannya. Menurut rakan itu, penduduk Mynmar, 57 juta. Tiga puluh peratus Islam.

“Masa taufan Nargis, 4 Mei macamana?”

“Huh! Tingkap rumah pecah, air masuk dalam rumah macam bomba siram. Mati dalam 200 ribu orang. Kebanyakan mati tu orang susah di Dataran Irrawady, pesawah padi. Rumah dia orang dibuat dari buluh dianyam. Lima hari lepas tu baru siaran TV ada balik. Mak kat kampung kata silap-silap kenduri arwah dah. Sepuluh hari kemudian baru boleh call out. Internet kafe macam beli tiket bas balik raya, seorang boleh guna 15 minit aje, ya la orang ramai kan,” ujarnya.

“Bekalan air?”

“Masa tu air dalam bekas botol mineral 1.5 liter harga RM15. Lima hari saya tak mandi. Tapi nasib baik cuaca kat Mynmar tak panas macam kat sini”

“Siapa pemerintah?”

“General Than Shwe. Dia lah general, dia lah king dan dia juga presiden. Siapa tak undi dia masa pilihantaya 18 Mei tu, waktu dia lawan Aung Sang Shukyi, dia masukkan dalam lock up. Biasa lah pemerintahan tentera bukan demokrasi. Rakyat ramai buta huruf, baca tulisan Mynmar tak tahu, tulisan rumi apa lagi. Kena tipu hidup hidup dek general. Rumah dia kepala paip emas tau”

“Ya ke?,” saya terkejut.

“Tapi ada lah juga ok. Perabot jati murah. Kalau di Indonesia kita beli 14 ribu, sana baru 3 ribu. Makan murah. Kalau nasi briani, RM3. Teh ‘O’ free, sayur free,” jelas rakan berusia 35 tahun itu.

“Hand phone murah?”

Dia kemudian menggamit warga Mynmar, pelayan tempat kami minum. Pelayan itu mengambil calculator, menekan beberapa nombor dan kemudian meletakkan calculator di atas meja sambil tersenyum.

RM6944.

“Apa tu?,” soal saya.

“Harga SIM card kat Mynmar. Cuma ada satu operator sahaja, Mynma Post and Telecomunication. ‘Mynma’ memang tak ada ‘r’,” jawab rakan jurutera itu.

“Tapi kalau hand phone tinggal kat kedai makan 2 minggu pun tak apa. Tak kan ada siapa ambil atau mencuri. Jenayah hampir sifar. Orang sana kuat agama. Lepas tu kalau kita baru berdiri nak melintas jalan, kereta semua dah berhenti. So, kalau tak nak melintas lagi pun, kena melintas juga lah,” sambungnya sambil memakai topi 360.

“Hiburan macamana?”

“Disko tak ada. Karaoke ada. Panggung wayang dia ok juga tapi bau sireh. Dia orang kan suka makan sireh. Cerita kegemaran, filem Korea”

Saya menganggukkan kepala.

“Kat sana satelit dish dia besar besar. Panggil MRTV, kira macam Astro la kat sini. Saya selalu tengok 360 pukul 7.30 malam sebab perbezaan waktu,” ulasnya.

“Oh! Boleh tengok 360?,” soal saya mendapatkan kepastian.

“Boleh!,” katanya.

5 ulasan:

  1. hi abg polis!!!hehe..katak_ayu here..baru jumpa ur blog..mmg penuh info..katak_ayu suka baca pasal kes yg histeria kat tanjung lumpur tu..coz im teaching that area also..recently i heard bout the students are getting worst and nak membunuh2 plak...the pricipal katanya mcm xnak panggil ustaz harun din coz politik laaaa...ntahla..menda tgh kritikal camni..politik yg utama?????urghh..kalo rajin..singgahla blog katak_ayu ...bye abg polis!hehehe

    BalasPadam
  2. mcm x percaya jer jenayah sifar kt myanmar..

    BalasPadam
  3. nasib baik negara kita tak macam tu,merintih,merana dan macam-macam...rakyat malaysia seharusnya bersyukur

    http://www.sarawakmari.blogspot.com

    BalasPadam
  4. http://www.aidilangelo.com

    Mesti sesapa yang ade telefon kat sane org2 kaya je. Sekadar telefon nokia 3210pon mungkin dipandang tinggi masyarakat!

    (p/s: mesti kurang iklan beli ringtone ON PANAS, ON HITZ, ON SERAM, ON COMEL kat sane kan? I hate those ads!)

    BalasPadam
  5. oh.. baru tahu pasal myanma.. terima kasih... tak sukanya pemimpin die.. pemimpin yang bukan memimpin rakyat tapi aniaya rakyat...huh...kesian myanma =(

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.