Sabtu, Ogos 30, 2008

506

Kebelakangan ini pelbagai ugutan saya terima. Dalam bentuk berbeza. Tapi itu lumrah kerjaya. Tidak semua orang gemar dengan apa kita lakukan dalam hidup sepertimana tidak semua orang benci. Jadi lupakan saja, itu tidak penting.

Apa saya ingin kongsikan bersama anda dalam entry kali ini lebih penting.

Dalam kehidupan, kita seringkali dicabar. Dalam bentuk berbeza. Apabila dicabar, secara lumrah kita marah. Kita hamburkan kata-kata kadangkala tidak mampu dijangka. Tetapi berhati-hatilah kerana perkataan kita keluarkan boleh bertukar UGUTAN kepada pihak kita marahi.

Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata berbentuk ancaman terhadap NYAWA dan HARTA BENDA.

Contohnya ..

“Aku bunuh engkau!”, “aku patah kan tangan engkau!”, “aku bakar rumah engkau!”, “aku pecahkan kereta engkau”

Jika anda ungkapkan, pihak satu lagi berhak membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan sekaligus membenarkan anda direman (dimasukkan ke dalam lock up) maksimum 14 hari.

Jadi berhati-hati bila melemparkan perkataan kepada mereka tidak kita sukai, gemari atau benci. Dalam undang-undang ‘ignorance of the law is not an excuse’.

2 ulasan:

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    renunglah

    "Akal orang bijak berada di hati dan akal orang bodoh berada di mulut".

    "Hendak membezakan antara manusia yang bodoh dan bijak ialah ketika perucapan dan kesabaran ketika marah".

    BalasPadam
  2. abg mazidul,

    if kita kena ugut bunuh,kita kena lapor kan pada polis ke?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.