Khamis, Ogos 21, 2008

Ayam?

[ Ayam Serama ]

Pelacuran dilaporkan profesion tertua di dunia. Di negara barat pelacur digelar ‘whore’ atau ‘pros’.

Manakala di negara kita pelacur seringali dipanggil ‘ayam’. Ayam muda, ayam tua.

“Ceh! Ayam tua semua bersidai tu. Tak guna, hampeh. Dua puluh ringgit pun tak ada siapa selera”

Antara komen biasa didengari, sedangkan ayam tua, haiwan sebenar masih lagi berguna dibuat rendang walaupun terpaksa direbus dalam tempoh waktu lebih panjang. Masih enak dagingnya biarpun agak liat bila digigit.

Jadi mengapa pelacur dirujuk sebagai ‘ayam’.

Itu persoalannya ..

Sesiapa ada jawaban?

7 ulasan:

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Kita langgan pelacur-ayam, terasa jijik.
    tapi kalau makan ayam, tak jijik pula. kita mengeluh kalau harga ayam naik macam kat selangor- sekilo dah jadi rm8. terkejut beruk!!! beruk pun tak terkejut macam abe MIE rasa.

    Ayam digelar pada pelacur sebab dia suka tukar pasangan dan boleh buat 'projek' pada bila-bila masa dan dimana-mana tanpa 'ikatan perkahwinan'.

    Ayam pencen pula jangan hina sebab banyak garam-pengalamannya berharga, tapi ada ayam pencen merujuk kepada ayam tua. sekilo harga RM6.

    Jalil Hamid suka nyanyi lagu ayam. Macam-macam ayam.

    BalasPadam
  2. kesian jugak ayam ni.. tak psal2 jd trade mark benda2 tak baik.. kalau brg tak branded pun dorg ckp barang 'cap ayam' ... so ayam ni lebih fofular la dr haiwan lain.. hehehehe

    BalasPadam
  3. diberi gelaran ayam sebabnya mudah ditenggek tidak kira bila dan di mana...hehe

    BalasPadam
  4. Ha! Ha! Lama saya mencari jawaban, akhirnya insan memberikan komen boleh diterima akal. Thanks

    BalasPadam
  5. emm..mudah ditenggek? ayam mudah ditenggek oleh apa? apa perkataan seerti dengan tenggek.. kurang nampak..maaf ;(

    BalasPadam
  6. http://www.aidilangelo.com

    ayam mudah ditenggek = pelacur mudah dilanggan.

    alaa mcm ayam nak mengawan, xkire tempat ke, xkire pasangan, xkire keliling.

    (ibarat kate org perak, "Nak ngesek je keghojernye!")

    :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.