Jumaat, Jun 01, 2012

MAS : ALL ABOUT US?

Boeing 737-800.


Syukur kerana kapal terbang terbabit dilengkapi kemudahan audio video seperti perkhidmatan ditawarkan kepada penumpang penerbangan antarabangsa.


Pelbagai video ditayangkan di panel hadapan kerusi. Jurukamera Majalah 3, Abdul Rahman Salim dan juruteknik, Mohd Azhar Che Umar menonton untuk mengisi masa selama kira-kira 2 jam sebelum pesawat mendarat di Kota Kinabalu, Sabah.

Video TANPA suara.


"Penerbangan kurang tempoh 3 jam, memang kita tidak berikan head set," ujar pramugari bertugas.

"Mengapa?," soal saya.

Tiada jawaban.

Untuk rekod, penerbangan dari KLIA ke Kota Kinabalu memakan masa kira-kira 2 jam. Barangkali dalam tempoh itu, agak leceh untuk kru kabin mengagihkan head set dan kemudian mengutip kembali alat dengar terbabit sebelum pesawat mendarat?

Untuk rekod, harga tiket penerbangan pergi balik menggunakan Malaysia Airlines System, MAS, RM1,406.

"Blanket ada?," soal Rahman. 

Umur beliau, 48 tahun, dia kesejukan, tubuh dimamah usia.

"Blanket tidak ada, hanya untuk kanak-kanak sahaja, atas arahan pihak pengurusan," balas pramugari sama.

Simpati saya terhadap perkhidmatan MAS.

Saya kemudian terus merakamkan gambar paparan di panel dan cuba membaca informasi 'All about us (MAS)" di skrin.


Biarpun tanpa mampu mendengar audio, penumpang masih berpeluang mengenali latar belakang perkhidmatan syarikat penerbangan negara melalui pembacaan.

Saya masih berasa bangga.

Paparan maklumat itu pastinya memudahkan penumpang warga asing mendapatkan maklumat tepat berhubung MAS.


Tambahan pula dia membawa head set sendiri.

Tanpa berlengah, saya menggunakan papan sesentuh untuk mengakses maklumat.


Hasilnya ...



Barulah saya faham mengapa penumpang tidak dibekalkan dengan head set. Bukan sahaja tiada audio, informasi berhubung MAS juga gagal disediakan di panel kelihatan gah terbabit.


Sekaligus saya terjeling tajuk buku dibaca oleh penumpang wanita duduk di baris sama.


20 ulasan:

  1. takdir itu milik aku.. hahaha.. sinikal sekali..

    BalasPadam
  2. Memang dah culture macam ni. Ayat yang paling mudah di sebut "ATAS ARAHAN PIHAK PENGURUSAN". Mungkin pekerja-pekerja bawahan tiada kuasa. Ops! Mungkin juga secara peribadi mereka boleh mengetengah kan isu ini ke pihak atasan. Atau sebab tak kena batang hidung sendiri lagi.

    BalasPadam
  3. malaysia boleh!!! best nya fly wth mas

    BalasPadam
  4. Azhar itu senior saya masa belajar, rupanya masih tak berubah!

    MAS perlu lebih banyak belajar dalam usia tuanya.

    BalasPadam
  5. terbaeklah penerbangan no. 1 malaysia MALAYSIAN AIRLINES a.k.a MAS... siap ada under construction tu... rasa2 dah berapa lama dia under construction tu?

    http://buasirotak.blogspot.com/?

    BalasPadam
  6. sedih bila memikirkan nasib MAS kini..flight dari KL straight ke Sibu tanpa transit di KCH pun tinggal satu trip sehari..

    Tahun 2009 n 2010 puas dapat tiket murah MAS

    BalasPadam
  7. mungkin itu antara sebab MAS asik mengalami kerugian berbanding AA, mmg sgt berbeza harga MAS ngn AA, perkhidmatan yg diberi juga di AA jauh lbh baik walaupun cume dlm malaysia

    BalasPadam
  8. MAS tidak sekuat mas cotek..hehehehe

    BalasPadam
  9. Janji selamat sampai sudah..
    Suka saya ingatkan, keutamaan yg patut diberikan ketika menaiki kapal terbang adalah dari segi aircraft maintenance..

    Apa gunanya dapat tengok movie hd, tapi terhempas...

    Oh ya, satu lagi, headphone yang digunakan adalah jenis proprietary jack.. Wanita yang dalam gambar tu, kalau dia guna headphone dia sendiri pun dia cuma boleh dengar telinga sebelah kiri atau kanan saja..

    Ada reasonnya kenapa penerbangan less than 3 hour tidak diberikan headphone..

    Katalah penerbangan tu 1jam setengah, kerja flight attendant (pramugari) bukan cuma nak melawa, hidangkan air saja, dia turut mempastikan keselamatan dalam aircraft.. kenapa tidak dibenarkan tutup tingkap ketika takeoff dan landing juga sama.. atas keselamatan..

    Bayangkan dia nak kena distribute satu2 penumpang yang kapasiti kapal sekitar 200penumpang.. dah berapa masa diambil..

    BalasPadam
  10. biar betik flite? saya dan anak kecil menaiki bus express sani dr kl-kb. meski terpaksa menempuh perjalanan hampir 8jam tetapi ia adalah kenangan manis! semua seat size extra mcm 1st class flite. paparan visual setiap seat dilengkapi headseft dan bermula movies eng malay thai cina. music pelbagai genre kids movies dan al quran utk muslim.alhamulilah dgn hg tambang berdua rm70 shj. tetapi selesa dan puashati yg Amat!
    ps : headseat dia hang je kat situ.

    BalasPadam
  11. Kalau saya tak perlukan itu semua, sebab asyik berselawat dlm hati, tak keruan memikirkan keselamatan sehinggalah dah jejak ke bumi. Betul juga pendapat tukangdera. Melainkan kalau penerbangan yang memakan masa berbelas jam, takde blanket mmg haru biru. Naik bas tak sama dgn kapalterbang....kalau boleh merentasi laut cina selatan dgn bas, mau juga ku tukarkan MAS dgn BAS...kan dadydoom?

    BalasPadam
  12. What a coincidence! MAS: Mazidul Akmal Sidik - all about us..

    The airline MAS is an aging entity that needs constant warming up to keep her fired up! She needs a blanket large enough to heat her all night long! ^_~

    BalasPadam
  13. apa pun MAS adalah salah satu syarikat penerbangan negara yang diuruskan oleh kerajaan walaupun hanya beberapa peratus saham yang masih dipegang...

    http://ayaqkosong.blogspot.com/

    BalasPadam
  14. prnh 6 bln LI bersama MAS maintennce... ya, MAS skrg byk masalah, dn kurang stabil.. sdih lhat MAS mcm ni.. MAS sbnrnya 'untung' ttpi 'rugi'..

    BalasPadam
  15. atas arahan pihak pengurusan, takdir itu milik aku. ahahaha....

    BalasPadam
  16. salam semua, saya nak kongsi sedikit pengalaman saya menggunakan MAS sejak 1998 hingga sekarang. Waktu itu AA pun takda lagi. Disamping MAS saya juga gunakan perkhidmatan SIA, RBA, GARUDA dan Thai Airways. Saya bertugas dinegara2 ASEAN. Kalau tidak beratus mungkin dah berpuluh puluh kali saya gunakan perkgidmatan MAS. Sebagai manusia biasa, kalau kita nak mencari kelemahan dan keburukan org lain memang senang. Buat aper kita nak cari kudis org kalau kita pun berpekung. Selagi namanya manusia kita tidak lah sempurna. Secara peribadi saya amat berpuashati dgn perkhidmatan MAS sejak menggunakannya selama lebih 14 tahun dah... Compare dgn airline lain, MAS setanding malah lebih baik secara keseluruhannya. Untuk nak judge MAS seperti yg dilalui oleh saudara Mazidul , tak boleh lah beri andaian berdasarkan pengalaman sekali dua. Pekerja MAS hanya menjalankan tugas mereka, mereka juga mencari rezeki seperti saudara Mazidul dan saya. Tetapi agaknya dah memang sifat org kita ni suka mencari kesalahan org lain , itu lebih bermakna dari menceritakan kebaikan org lain... So, nak buat mcmana??. Saya tetap bangga dgn MAS dan sebagai rakyat Malaysia juga rasa berbangga bila ada warga asing yg kata perkhidmatan MAS sgt bagus tapi org kita hanya pandai "complain" sahaja. tkasih

    BalasPadam
  17. saya gunakan 2 head-seat Nokia 012 dan Samsung 019 . jadi dpt dgr kiri kanan . crew nampak tindakan saya , dia tak peduli langsung. sy ingat sy seorg yg ON rupanya bila bangun berlambak org ON , tapi tak beradap dah pandai ON , pandai2 la OFF balik. tak ada sivik.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.