Rabu, Jun 27, 2012

GAMBAR INI MEMANG GANJIL (UPDATED)

Sebelum ini beberapa kali saya pamerkan gambar pegun entiti paranormal dirakamkan di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pembaca setia blog ini atau blog Penyingkap Fakta pastinya pernah melihat gambar dirakamkan pada 1 Oktober 2011 di bawah.


Untuk rekod, Ustaz Zaharuddin Zainal berada di tempat tinggi semasa gambar di atas dirakamkan. Lebih tepat lagi, rujuk lokasi kru 666 di bawah berdiri.


Manakala entiti terbabit direkodkan secara rawak, berada di kawasan bersimen di bawah. Selepas gambar  dirakamkan, beberapa kru 666 membuat tinjauan di kawasan sama dan tidak menemui sebarang entiti ganjil.


Sewaktu kamera digital diangkat oleh Ustaz Zaharudin dan gambar dirakamkan, entiti itu hanya berjaya direkodkan pada paras bahu sahaja. Maksudnya, entiti kelihatan seperti mawas itu dipercayai lebih tinggi atau berada dalam keadaan terapung.

Setelah meneliti semula beberapa gambar dirakamkan itu, saya menemui fakta saya anggap menarik.

Berikut gambar direkodkan pada 22:03:03 dan tidak pernah dipaparkan di blog ini.


Gambar di bawah direkodkan tepat pada 22:03:15, perbezaan waktu, 00:00:12.


Maksudnya, entiti itu mengambil masa beberapa milisaat untuk membentuk dan kemudian dirakamkan di hadapan Ustaz Zaharuddin biarpun tidak mampu dilihat menggunakan mata kasar.

Saya percaya gambar terbabit sukar dirakamkan dan amat ganjil.

Sila baca nukilan awal saya sewaktu tinjauan kami di lokasi itu, klik di sini.

Kepada pembaca baru blog ini, sila klik di sini untuk melihat hasil rakaman entiti terapung di Highland Towers direkodkan  pada tengah malam 2 Julai 2011.

Berikut komen Al-hafiz Ustaz Zaharuddin di Facebook beliau berhubung gambar dirakamkan.


5 ulasan:

  1. ish peliknya... naik seram bulu roma tengok. bro mazidul pernah tak pergi melawat terowong komunis zaman2 dulu? kalau belum cuba kaji aktiviti paranormal kat dlm terowong tu mana tau ada hantu komunis ke

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Menakutkan ...,
    Betulkah Palm Spring Resort di PD juga berhantu...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.