Sabtu, Jun 23, 2012

JABATAN IMIGRESEN HARUS MELAKSANAKAN LANGKAH LEBIH BIJAK DAN EFEKTIF UNTUK MENANGANI KEBANJIRAN WARGA AFRIKA

Rabu lalu, saya nukilkan isu berhubung kebanjiran warga Afrika di Desa Aman Puri, klik di sini

Awal pagi tadi, penguatkuasa Jabatan Imigersen Kuala Lumpur melakukan serbuan dan menahan 19 warga sama.


Mereka diberkas, tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Keluhan dan kegusaran penduduk Desa Aman Puri akibat kehadiran warga Afrika berulang kali saya dengari dan dilaporkan oleh media cetak dan elektronik. 

Malah saya sendiri telah 3 kali saya melakukan tinjauan ke kawasan itu.

Saya percaya, selang beberapa hari lagi, 2 kawasan diserbu akan dibanjiri kembali oleh warga Afrika. Tindakan penguatkuasa dan warga Afrika, tidak ubah bak pahat dan penukul. Sekali tindakan dilaksanakan oleh pihak berkuasa, sekali mereka menghilangkan diri.

Perhatikan, untuk mengurangkan  kadar jenayah, pihak polis melaksanakan 'Ops Payung'. Pegawai dan anggota polis ditempatkan di lokasi strategik sekaligus melakukan rondaan di kawasan perumahan dan bandar.

Hemat saya,  Jabatan Imigresen juga harus mengambil langkah lebih bijaK dan efektif. Contohnya, penguatkuasa berseragam lengkap boleh ditempatkan di lokasi 'panas', pastinya membuatkan warga Afrika tinggal di negara ini tanpa dokumen kecut perut. 

Barangkali cadangan ini harus diambil kira dan cuba dilaksanakan.

Andai benar kepentingan rakyat didahulukan, keselamatan dan keselesaan mereka harus terus dijaga dan dipelihara.

11 ulasan:

  1. Saya tinggal di Bandar Bukit Buchong. Ada bistro baru yang dibuka di kawasan perumahan ini.Penuh sesak dengan warga afrika sehingga sesak jalan di situ. Walaupun dinamakan bistro, suasana macam pub.

    BalasPadam
  2. Uzbekistan dulunya tempat Imam Bukhari...

    Skrg dah jadi mcm ni...

    BalasPadam
  3. betul harap2 pihak imigresen dapat mengawal kemasukan warga afrika dan juga lain2 dengan lebih berkesan. btw dah tengok tadi majalah 3 pasal kaum iranun tu... terbaek la bro

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Not only african.... indon pun parah jugak jenayahnya just say semua pendatang je la senang

    BalasPadam
  5. Saya bersetuju..adalah diharapkan agar pihak Jabatan Imigresen lebih agresif.. Setiap warga asing yang masuk ke M'sia sbg pelancong yg melebihi 6 bulan perlu dijejaki bukan dibiarkan sahaja duduk di sini.. mesti ada sebab yg tersebunyi diorg dok lama kat sini. Kalo tanya kaedahnya.. saya pasti org imigresen lagi arif..kan :)

    Tq

    BalasPadam
  6. Ini semua sekadar lakonan.

    DBKL ???

    BalasPadam
  7. salam..pada saudari serikandi,6bulan terlalu lama.biasanye depa2 pendatang2 hanya d benarkan tinggal d ngra kita xlebih dari 30hri shaja.namun ia berbeza mengikut negara2 tertentu,misalnya libya dbenarkan tgl selama 2mggu shaja,middle east layak mndpt 30hri(sesiapa yg bekerja sbagai pgawai imigresen,sila tolong betulkan senadainya fakta saya ada yg "tersalah".terima kasih).negara2 seperti india,china,bangladesh mreka mesti memohon visa malaysia melalui kedutaan malaysia di negara terbabit.pon dlm pada dok bagi VISA SAH,depa ada yg gatai nak dok lelama kat sini..siap buat bisnis tu yg tak tahan tuu..pepon pada abg mazidul,teruskan usaha anda untuk terjah,demi menjaga keamanan negara yg kita cintai ini!!untuk bro mazidul,ade TAKTIK terkini dlm pendepositan wang..ape2 nanti kita borak..take care!!

    BalasPadam
  8. Mungkin boleh pertimbangkan untuk buat penguatkuasa Jabatan Imigersen bergerak di kawasan panas.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.