Selasa, Jun 12, 2012

LELAKI ANEH

Kira-kira jam 12 tengahari tadi, saya terserempak dengan lelaki berperangai aneh di bawah buat kali kedua.


"Biasanya dia minum di antara 10 dan 15 kotak susu," ujar pekerja restoran mamak.

"Sejak bila dia duduk di meja itu?," soal saya.

"Dari jam 11 malam tadi," balas pekerja.

Saya difahamkan, sejak malam tadi dia telah memakan sekeping roti canai kosong, roti pisang, 2 pinggan nasi dan lauk serta meminum 7 kotak susu.


"Selalu pelanggan datang ke restoran ini, makan roti canai banjir sama kuah kari, dia bubuh susu. Makan nasi pun, itu pinggan dia kasi curah susu juga. Hisap rokok banyak kuat, sudah mahu habis dua kotak. Tetapi semua bil dia bayar, wang banyak, lima puluh ringgit ada, satu ratus ada," jelas pekerja sama.


Barangkali berikutan wang terlalu banyak, beg duit miliknya diletakkan di bahu.


"Setiap kali datang ke sini, selepas makan, semua kotak susu dan botol air mineral dia akan masukkan ke dalam plastik dan bawa balik. Saya pernah tanya dia duduk mana? Dia diam. Sejak malam tadi, dia duduk, bercakap seorang diri, kadang-kadang dia menyanyi," kata pekerja.

"Dia menyanyi lagu apa?," soal saya.

"Instrumental, tidak ada itu lirik," balasnya.


Lebih aneh lagi, selama hampir 2 jam, dia duduk selamba di bawah terik matahari.


Saya kemudian meminta pekerja restoran menyuruh lelaki itu duduk di meja berbumbung.


Dia memenuhi permintaan itu. 


... dan membawa semua kotak susu kosong bersama, diletakkan di atas meja.


Tiada terlalu banyak perbezaan perlakuan lelaki terbabit berbanding sebelumnya, cuma ketika kali pertama saya terserampak dengannya, dia memakai seragam PENGAWAL KESELAMATAN.

31 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    SMTI

    Misterinya dia,..

    BalasPadam
  2. SMTI... ade yg tersirat nih hmmm...
    My latest Entry :)
    JJCM: Le Chateau De Puah

    BalasPadam
  3. Byk kelebihan dia dr lelaki2 lain yg mengaku normal... at least meja dia tak penuh botol arak minum susu lg, tak kacau org lain buat hal dia je, makan minum dia bayar... cuma gaya makan tu mcm bela saka la pulak..

    BalasPadam
  4. SMTI

    takpa bro.. banyak calcium. daripada dia minum todi, lebih baik minum susu. =)

    BalasPadam
  5. salam, lagak mcm SB je lelaki aneh ni.

    BalasPadam
  6. this man must have a story hidden. something he is not ready to share.

    BalasPadam
  7. sangat misteri, tapi tak jadi masalah sebab tak susahkan sesiapa.

    BalasPadam
  8. pelik tp dia xkaco org...mesti ada sbb dia jadi cmtu

    BalasPadam
  9. At least dia tak buang sampah merata2..^.^

    BalasPadam
  10. sungguh lazat sgt kots susu jenama "dutch lady" tuuu....sy mesti cuber!!

    BalasPadam
  11. abg kena try smbang dgn dia mana tau kot ada cerita best utk dikongsi bersama. naluri penyingkap fakta abg x berdetik ke

    BalasPadam
  12. Kenapa tak interview dia? mungkin dapat merungkai misteri. hehehe

    BalasPadam
  13. Bagus dok ada, pandai makan pandai bayar. Sejuk hati tauke kedai mamak tuh

    BalasPadam
  14. ni misteri sangat dah ni... apa lagi bro menyingkap misteri lelaki ini..

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  15. KAT TG MALIM PUN ADA ORANG MACAM NI...APA SAHAJA MINUMAN MESTI 7 GELAS....CUMA SAYA TAK PASTI ADA TAK LAGI ORANG NI....PERISTIWA NI BERLAKU 16 TAHUN LALU SEMASA SAYA MENUNTUT DI IPSI....

    BalasPadam
  16. smti...
    misteri plk..
    mazidul interview la dia..
    nak tahu jgk ada kisah menarik x disebalik tue semua...

    BalasPadam
  17. SMTI..

    Uniknya org ni..

    Mkn nasi dgn susu ni arwah bapa saya pun mkn mcm tu..tp bukan susu Dutch Lady la...original susu lembu punye..

    BalasPadam
  18. SMTI - kiranya dia ni 'Kaki Susu Kotak' lah... Minum susu dengan banyak lebih bagus dari mabuk todi, dan paling bagus dia tak buat kacau serta melakukan amalan mulia - Mengemaskan Meja setelah makan dan minum.

    Nota - rasa macam kenal, guard kat pintu masuk kawasan perumahan tembok tinggi kat sebelah kot?

    Masa sekolah kat jauh dulu, beli susu kotak buat ganti santan buat kuah makan dengan ikan masin goreng sendiri.

    BalasPadam
  19. banyaknya dia minum.kalau org lain susu banyak tu supply seminggu. makan banyak, badan kurus..

    hmm.misteri.

    BalasPadam
  20. Untuk pengetahuan semua, lelaki itu enggan menjawab soalan dikemukakan kepada dia.

    BalasPadam
  21. dia nak masok peraduan minum susu dutch lady terbanyak kot?...tu yg kumpul kotak byk2 sebagai bukti pembelian...heheh

    BalasPadam
  22. MMG PELIK..CUBA LA BRO TEMURAMAH DIA ;)

    BalasPadam
  23. Ntah2 dia ala2 mcm Mark Zuckerberg, nampak selenga tapi poket byk isi,sbb tu duduk mamak je 24-7, duit masyuk masok every seconds.

    BalasPadam
  24. makan dengan cara sendiri,dia makan sekeping roti canai kosong, roti pisang, 2 pinggan nasi dan lauk serta meminum 7 kotak susu, melayan rokok dua kotak. mungkin itu cara dia menikmati kehidupannya, mungkin cara dia mengisi waktu terluangnya. siapa tahu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.